Travelog Korea bersama Lurima Travel (Hari 3)

Memandangkan semalam Istana Kyungbok tutup, jadi pagi-pagi lagi kami menuju ke istana ini menaiki bas awam. Jam sebelas sudah ramai orang. Sebelum masuk, kami menonton upacara pertukaran pengawal yang memakai pakaian tradisional pengawal zaman dahulu. Berwarna warni dan siap dengan pedang (replika) dipegang. Selepas selesai upacara, pengunjung boleh mengambil gambar dengan pengawal-pengawal itu.
pertukaran_pengawal_kyongbuk_palace Pengawal di depan pintu masuk istana
kyongbuk_palace_seoul_budget_travel Kami bergambar bersama pengawal yang tak suka senyum đŸ˜€

gyeongbok_palace_lurima_travel

Istana ini LUAS. Kalau hendak menikmati setiap sudutnya, boleh memakan berjam-jam. Kami mengambil masa selama lebih kurang tiga jam untuk melawat. Musim luruh menampakkan wajahnya dengan warna daun berubah kepada oren kemerahan. Cantik. Memang cantik. Istana ini adalah antara destinasi wajib lawat jika ke Seoul.
tumblr_mclt1xCwJK1qkyzm3o1_1280

Kemudian kami makan tengah hari di sebuah restoran pizza. Pizza School namanya. Kami makan pizza kentang dan keledek. Pizza keledek sungguh manis dan menggoda. Makanan vegetarian boleh sahaja sedap begini. Melancong ke luar negara membolehkan kami merasai pelbagai citarasa makanan yang pelbagai.
pizza_seoul_korea_travel

Selepas kenyang, kami ke Namsangol Hanok Village. Di sini terdapat semua jenis rumah tradisonal Korea yang dibina untuk pelancong dapat mengetahui dengan lebih dekat rumah-rumah ini tanpa perlu ke kawasan kampung. Pengunjung juga boleh mencuba permainan tradisional rakyat korea zaman dahulu. Kami juga berpeluang mencuba pakaian tradisional Korea yang pelbagai warna di sini.
permainan_traditional_korea

cuti_murah_korea_hanbok_gadis_melayuPerasaan ala-ala dalam drama Korea. :p

Kami naik bas lagi ke Namsan Tower pula. Namsan Tower berada di atas bukit. Menara ini menjadi kebanggaan warga Seoul dan menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Banyak penduduk tempatan yang dilihat berjalan mendaki bukit sepanjang perjalanan kami di dalam bas

Di tingkat bawah Namsan Tower ada Muzium Teddy Bear. Kami masuk ke Muzium Teddy Bear dahulu sebelum naik ke puncak menara. Muzium Teddy Bear teramatlah comel. Seronok dapat ambil gambar dan melihat keletah patung beruang yang bergerak dan menari. Sesiapa yang sukakan teddy bear, wajib datang sini.

teddybear_psy

teddybearmuseum_korea

teddybearmuseum_korea_1

teddybearmuseum_korea_2

teddybearmuseum_korea_3

Kemudian tentunya kami menaiki lif ke puncak Namsan Tower. Menara ni rendah sahaja, tidaklah setinggi menara Kuala Lumpur walaupun bentuknya hampir sama. Kerana matahari sudah melabuhkan tirai, kami dapat melihat kerdipan lampu bandar Seoul dari atas.

namsan towerSeoul Namsan Tower

Sebelum pulang, kami ke kawasan yang popular menjadi tempat ‘couple’ meletakkan padlock di situ. Biasa tengok dalam drama Korea, kan? Tempat ini menjadi simbol cinta bagi pasangan kekasih ‘mengunci’ cinta mereka.

padlock_seoul_tower_bajet_travelPadlock di Seoul Namsan Tower

Sebelum pulang, kami makan malam di restoran tempatan yang terletak berhampiran hostel. Kami memesan pelbagai makanan Korea mengikut selera masing-masing. Ada yang memesan bibimbap, Camci ciggae, bogembab (nasi goreng korea) dan Kimbab . Sepanjang tiga hari di sini, kami sudah mencuba pelbagai makanan tempatan yang lazat-lazat belaka. Nak cuba?

makanan_korea_halal_travel

Jom ke Korea bersama kami!

Bersambung…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *