Travelog Korea bersama Lurima Travel (Hari 2)

Pagi yang penuh segar kami mulakan dengan bersarapan di dapur hostel. Tak perlu susah-susah cari sarapan di luar. Jumpa pula orang Malaysia. Ada seorang auntie dan anaknya berbangsa Cina yang mula-mula menegur kami. Banyak yang kami bualkan. Auntie tu bagi tips untuk berjalan-jalan di Seoul. Beliau memang seorang yang peramah. Kepada yang ingin melancong ke luar negara; kalau terjumpa orang Malaysia, ringan-ringankan bibir untuk senyum. Walaupun tidak tegur, senyumlah. 🙂

Hari ini lawatan bersejarah. Kami ke tempat-tempat yang bersejarah di Seoul. Banyak berjalan. Matahari memancar terik. Mula-mula sekali kami ke Insadong Sreet. Street yang dipenuhi dengan tradisi dan kedai menjual barangan budaya rakyat Korea. Kami sempat makan ‘Roti Tahi’. Jangan risau, itu cuma namanya sebab ia berbentuk tahi. Intinya kacang merah yang sedap!

rotitahi_insadongRoti Tahi atau dalam bahasa korea ttongpang

Kami belanja beberapa gambar di Insadong Street untuk tatapan pembaca. 🙂

20131022_115634

20131022_120032

insadong_4

Cadangannya kami akan ke Kyongbuk Palace tetapi apakan daya istana ini tutup pula. Jadi kami ke Gwanghwamun Square dan King Sejong Museum. Ada dalam episod awal Running Man. Muzium ini terletak di bawah tanah. Esoknya baru ke istana pula. Masuk percuma. Di sini kami melawat sejarah tinggalan raja paling berpengaruh di Korea iaitu King Sejong. Siap tengok 4D movie mengenai sejarah seorang pahlawan Korea. Jangan risau kerana ada sarikata bahasa Inggeris.

Kami juga belajar tulis nama dalam tulisan Korea di sini. Free of charge!

tulis_korean_hangelKhusyuk sungguh mereka menulis surat cinta dalam tulisan Korea (hangel)

Kemudian kami makan tengah hari di Lotteria yang ada di sekitar Seoul. Makan burger sotong atau udang sahajalah sebab itu je yang halal. Rasanya memang sedap dan sesuai dengan tekak orang Malaysia. Solat di Tourist Information Centre. Ada prayer hall di sini untuk Muslim siap dengan telekung untuk wanita.

surauseoulTourist Information Center

Di Tourist Information Center ini juga terdapat K-pop gallery. Untuk peminat K-pop, anda boleh singgah ke sini untuk menangkap gambar dengan penyanyi dan pelakon kesukaan anda. Tapi, gambar sahaja ye. :p

kpop_gallery_seoul

Sebelum malam, kami ke Cheongae Stream. Tentu ada yang pernah dengar mengenai sungai di Seoul yang dinaiktaraf dan dijadikan indah, bersih dan cantik. Lama kami di sini menikmati kemodenan teknologi dan keindahan sungai yang siap ada ikan dan yang paling best; berada di tengah-tengah kesibukan bandar Seoul.

Cheonggyecheon_budget_travelCheongae Stream

Akhirnya kami ke City Hall. Ambil gambar, lepak-lepak sebelum ke restoran untuk makan malam. Kawasan ni di tengah-tengah bandar dan ada padang besar di hadapannya. Bangunan ini pernah menjadi salah satu lokasi penggambaran Running Man juga pada episod Reincarnation.

cityhall_seoul_cuti_koreaSeoul City Hall

Kami makan malam di kedai ikan bakar berdekatan dengan Dongdaemun Market. Makan malam ni memang terbaik! Ikan bakar dan sotong masak cili. Selalu tengok dalam tv cerita Korea sahaja kan? Sekali dapat makan, memang terbaikk! Allergic dengan makanan laut? Pastikan anda bawa ubat kerana hidangan ini tidak mungkin boleh ditolak. Rasanya akan membuatkan terasa nak datang Korea semula.

ikanbakar_dongdaemun

Bersambung…

(Ditulis oleh Nurisha, penulis muda)
boleh dapatkan karya beliau di sini.
https://www.facebook.com/pages/Oh-London/109712745795468

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *