7 Tempat Menarik Wajib Lawat di Tokyo

Tokyo, bandaraya termoden di Jepun ini menjadi tumpuan berjuta-juta pelancong setiap tahun kerana terdapat banyak tempat menarik yang unik untuk dilawati. Sepanjang team Lurima Travel menetap di Jepun, kami merasakan Bandar Tokyo boleh dijadikan contoh untuk bandar-bandar lain diseluruh dunia kerana bukan sahaja teknologi Jepun yang sememangnya moden, malah budaya dan cara hidup masyarakat Jepun itu sendiri yang membuatkan Jepun sangat istimewa untuk diterokai. Berikut kami kongsikan beberapa tempat menarik yang wajib anda lawati jika melancong ke Tokyo.

 

  1. Harajuku

takeshita-street-harajuku

Harajuku merupakan kawasan membeli-belah yang terkenal dengan gaya fesyen terkini. Ini menjadikan ianya sebagai satu tempat yang sangat digemari oleh anak-anak muda yang mementingkan fesyen. Perlu diingatkan, pakaian cosplay(costume playing) yang dipakai oleh anak-anak muda yang gemar meniru gaya rock artis ataupun karakter anime kegemaran mereka bukanlah gaya fesyen yang ditonjolkan di Harajuku Fashion Street. Remaja-remaja yang berpakaian cosplay ini boleh dilihat bermula pada waktu tengah hari, setiap Ahad bertempat di sekitar jambatan yang terletak bersebelahan dengan Harajuku Station.

pakej_murah_jepun

Selain itu, Harajuku juga terkenal dengan deretan kedai cenderamata, restoran serta Café dan kedai menjual CREPES terbaik di Harajuku.

harajuku-crepes-popular

 

  1. Shibuya

shibuya_crossing_Tokyo_jepun

Shibuya merupakan salah satu dari bandar Tokyo yang juga terkenal dengan deretan kedai membeli-belah dan pusat hiburan. Ini menjadikan bandar Shibuya sebagai kawasan Tokyo yang penuh dengan warna warni serta sangat sibuk dengan pengunjung dari pelbagai negara yang datang ke sini untuk membeli-belah dan restoran.

Jika ke Shibuya, tidak sah jika tidak cuba melintas di Shibuya Crossing yang terletak berhadapan dengan Hachikito Exit Station. Istimewanya Shibuya Crossing ini, apabila anda dapat lihat betapa sibuknya tempat melintas ini bila semua lampu isyarat kenderaan bertukar merah. Pejalan kaki dari pelbagai arah melintas pada waktu yang sama. Persimpangan ini indah dihiasi dengan papan iklan neon yang berwarna warni serta skrin video yang besar. Ini menjadikan persimpangan ini terkenal sebagai tempat wajib untuk bergambar serta menjadi pilihan pengarah-pengarah filem.

 

\

  1. Hakone Sightseeing (Lake Ashi & Mount Fuji).

Tasik Ashinoko terbentuk disebabkan letusan gunung berapi Hakone sejak 3000 tahun dahulu. Keistimewaan tasik ini adalah keindahan kawasan sekitar tasik yang berlatar belakangkan Mount Fuji. Ianya menjadi simbol istimewa Hakone pada hari ini.

hakone-fuji-cuti-jepun

Anda dikira beruntung jika dapat melihat pemandangan yang jelas tanpa hadangan disebabkan awan atau kabus. Waktu yang sesuai adalah pada ketika musim sejuk, awal pagi atau lewat petang.Anda disarankan untuk menaiki bot cruise untuk menikmati dengan lebih lagi keindahan tasik ini.

 

  1. Asakusa

Asakusa merupakan satu kawasan Tokyo yang masih mempunyai suasana bandar seperti dari zaman beberapa dekad yang lalu. Kawasan membeli belah yang terdapat dikawasan ini adalah Nakamise. Terdapat bermacam-macam jenis makanan tradisional dan makanan tempatan Jepun yang boleh didapati di sini. Begitu juga dengan cenderamata bagi pelancong yang ingin membawa pulang sesuatu sebagai kenang-kenangan.

Asakusa Tokyo

Tarikan utama Asakusa adalah Sensoji, iaitu sebuah kuil Buddha yang telah dibina sejak abad ke-7. Kawasan Akasuka ini boleh diterokai hanya dengan berjalan kaki sahaja. Tetapi, anda juga boleh memilih untuk menaiki beca yang dikendalikan oleh rakyat tempatan. Harga untuk dua orang untuk 30 minit adalah lebih kurang 9000 yen.

Baca : Ini perkara yang perlu anda tahu sebelum bercuti ke Jepun

 

  1. Akihabara

Akihabara atau Akiba adalah kawasan yang terkenal dengan kedai-kedai barangan elektronik. Beberapa tahun kebelakangan ini, Akihabara semakin dikenali sebagai pusat bagi peminat budaya Jepun seluruh dunia. Banyak kedai-kedai yang dikhaskan untuk anime dan manga kini mula berkembang diantara kedai-kedai elektronik di kawasan ini. Beratus-ratus kedai, dari yang gerai yang paling kecil sehingga kedai yang paling besar menawarkan bermacam-macam barangan elektronik baru atau second hand seperti komputer, kamera, telefon bimbit, televisyen, barangan rumah dan sebagainya.

akihabara-elektronik-murah

\

Antara bangunan baru yang terdapat di kawasan ini ialah Yodobashi Electronic Store dan Akihabara Crossfield, sebuah bisnes kompleks yang dibina untuk mengenalkan Akihabara sebagai sebagai pusat teknologi elektronik global.

 

  1. Tokyo Sky Tree

Tokyo Sky tree

Tokyo Sky Tree adalah stesen penyiaran televisyen terbaru juga menjadi mercu tanda Tokyo. Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di Jepun. Terdapat shopping complex  dan aquarium terletak di bahagian bawah bangunan ini.

tokyo-sky-tree

Apa yang istimewa tentang Tokyo Sky Tree ini ialah observatory deck yang menawarkan pemandangan bandar Tokyo yang sangat cantik. Terdapat 2 observatory deck pada ketinggian 350m (Tembo Deck) dan 450m (Tembo Gallery), menjadikan ianya sebagai observatory deck yang tertinggi di Jepun dan juga antara yang tertinggi di dunia. Jika anda ke sini, jangan lupa beli souvenir sebagai kenangan. Ada antara cenderamata yang dijual disini tidak dijual ditempat lain.

 

  1. Disneyland Tokyo

Tokyo-Disneyland

Bagi penggemar rancangan kartun Disney, anda wajib pergi ke Disneyland. Tokyo Disneyland mempunyai 7 themed land. Antaranya adalah Tomorrowland, World Bazaar, Toon Town, Critter Country, Fantasyland, Westernland and Adventureland. Setiap themed land mempunyai permainan yang berlainan, dari yang sesuai untuk kanak-kanak sehinggalah permainan extreme untuk pengunjung dewasa. Jika anda merancang untuk ke Disneyland, pastikan anda boleh menghabiskan masa seharian di sini. Ini kerana pada waktu malam, ada diadakan persembahan bunga api sebagai penutup.

Baca : tips dan tempat solat ketika melancong ke Jepun

 

 Dapatkan Pakej Percutian ke Jepun di sini

contactus