Travelog Korea bersama Lurima Travel (Hari 2)

Pagi yang penuh segar kami mulakan dengan bersarapan di dapur hostel. Tak perlu susah-susah cari sarapan di luar. Jumpa pula orang Malaysia. Ada seorang auntie dan anaknya berbangsa Cina yang mula-mula menegur kami. Banyak yang kami bualkan. Auntie tu bagi tips untuk berjalan-jalan di Seoul. Beliau memang seorang yang peramah. Kepada yang ingin melancong ke luar negara; kalau terjumpa orang Malaysia, ringan-ringankan bibir untuk senyum. Walaupun tidak tegur, senyumlah. 🙂

Hari ini lawatan bersejarah. Kami ke tempat-tempat yang bersejarah di Seoul. Banyak berjalan. Matahari memancar terik. Mula-mula sekali kami ke Insadong Sreet. Street yang dipenuhi dengan tradisi dan kedai menjual barangan budaya rakyat Korea. Kami sempat makan ‘Roti Tahi’. Jangan risau, itu cuma namanya sebab ia berbentuk tahi. Intinya kacang merah yang sedap!

rotitahi_insadongRoti Tahi atau dalam bahasa korea ttongpang

Kami belanja beberapa gambar di Insadong Street untuk tatapan pembaca. 🙂

20131022_115634

20131022_120032

insadong_4

Cadangannya kami akan ke Kyongbuk Palace tetapi apakan daya istana ini tutup pula. Jadi kami ke Gwanghwamun Square dan King Sejong Museum. Ada dalam episod awal Running Man. Muzium ini terletak di bawah tanah. Esoknya baru ke istana pula. Masuk percuma. Di sini kami melawat sejarah tinggalan raja paling berpengaruh di Korea iaitu King Sejong. Siap tengok 4D movie mengenai sejarah seorang pahlawan Korea. Jangan risau kerana ada sarikata bahasa Inggeris.

Kami juga belajar tulis nama dalam tulisan Korea di sini. Free of charge!

tulis_korean_hangelKhusyuk sungguh mereka menulis surat cinta dalam tulisan Korea (hangel)

Kemudian kami makan tengah hari di Lotteria yang ada di sekitar Seoul. Makan burger sotong atau udang sahajalah sebab itu je yang halal. Rasanya memang sedap dan sesuai dengan tekak orang Malaysia. Solat di Tourist Information Centre. Ada prayer hall di sini untuk Muslim siap dengan telekung untuk wanita.

surauseoulTourist Information Center

Di Tourist Information Center ini juga terdapat K-pop gallery. Untuk peminat K-pop, anda boleh singgah ke sini untuk menangkap gambar dengan penyanyi dan pelakon kesukaan anda. Tapi, gambar sahaja ye. :p

kpop_gallery_seoul

Sebelum malam, kami ke Cheongae Stream. Tentu ada yang pernah dengar mengenai sungai di Seoul yang dinaiktaraf dan dijadikan indah, bersih dan cantik. Lama kami di sini menikmati kemodenan teknologi dan keindahan sungai yang siap ada ikan dan yang paling best; berada di tengah-tengah kesibukan bandar Seoul.

Cheonggyecheon_budget_travelCheongae Stream

Akhirnya kami ke City Hall. Ambil gambar, lepak-lepak sebelum ke restoran untuk makan malam. Kawasan ni di tengah-tengah bandar dan ada padang besar di hadapannya. Bangunan ini pernah menjadi salah satu lokasi penggambaran Running Man juga pada episod Reincarnation.

cityhall_seoul_cuti_koreaSeoul City Hall

Kami makan malam di kedai ikan bakar berdekatan dengan Dongdaemun Market. Makan malam ni memang terbaik! Ikan bakar dan sotong masak cili. Selalu tengok dalam tv cerita Korea sahaja kan? Sekali dapat makan, memang terbaikk! Allergic dengan makanan laut? Pastikan anda bawa ubat kerana hidangan ini tidak mungkin boleh ditolak. Rasanya akan membuatkan terasa nak datang Korea semula.

ikanbakar_dongdaemun

Bersambung…

(Ditulis oleh Nurisha, penulis muda)
boleh dapatkan karya beliau di sini.
https://www.facebook.com/pages/Oh-London/109712745795468

Travelog Korea bersama Lurima Travel (Hari 1)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Buat pertama kalinya, kami ingin membuat travelog percutian ke Seoul Korea bersama Lurima Travel.

Tujuan travelog ini adalah untuk menceritakan dan memberi gambaran bagaimana bercuti bersama Lurima Travel ke bumi sonata, iaitu Korea Selatan.

Hanya dengan menggunakan pakej percutian ke Seoul Korea Selatan dengan harga yang murah dan menjimatkan, semua orang mampu merasai pengalaman bercuti yang menyeronokkan dan berbaloi di Korea.

Travelog kali ini kami menceritakan percutian 5 hari sebuah trip yang kami bawa melancong ke Seoul pada minggu lepas.

Kami namakan trip ini “Trip Musim Luruh Seoul”.

-Hari 1-

Tour guide telah bersiap sedia di Airport, menunggu ketibaan pelancong yang dinanti-nantikan. Penerbangan dari Kuala Lumpur telah tiba pada pukul 4.20 petang waktu Seoul.

Incheon_airport_bag

Selepas berjumpa dengan pelanggan dan memperkenalkan diri, kami terus ke Seoul dengan menaiki limosin bus. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 30 minit. Untuk pengetahuan semua, Incheon International Airport terletak di luar Seoul iaitu di daerah Incheon. Jadi, dalam perjalanan ke Seoul, pelanggan-pelanggan kami ada yang tidur untuk berehat sementara sampai ke guesthouse dan ada juga yang melihat pemandangan Korea dari dalam bas.

airport_incheon_limousine

Trip kali ini, kami tempatkan pelanggan kami di guesthouse nombor 1 di Korea iaitu Hostelkorea.

Kami memilih guest house ini kerana lokasinya yang strategik, terletak di pusat bandar dan berdekatan dengan Dongdaemun Market, ruang bilik yang selesa, cantik dan bersih, ada kemudahan wifi percuma, layanan yang baik daripada staf dan hanya beberapa minit daripada train dan bus station. Owner hostel Korea ini pula adalah kawan admin, jadi mudah untuk berurusan. 🙂

Kami tiba di Seoul lebih kurang pukul 6 malam. Jadi, selepas meletakkan beg, kami pergi makan malam di restoran bernama Yukane. Menu makan malam hari ini adalah nasi goreng seafood ataupun dalam Korean dipanggil Haemul Bogeumbap(해물볶음밥) .

nasigoreng_korea

Apa yang menariknya, mereka akan masak depan kita. Jadi, bolehlah kita belajar masak makanan korea dengan melihat mereka memasak. Kami sajikan beberapa gambar ketika pekerja restoran sedang memasak nasi goreng Korea di depan kami.

restoran_korea_1restoran_korea_2

Selepas kenyang, kami manjakan diri di Hello Kitty Coffee Shop yang terletak di Hongdae, Seoul. Kafe ini memang sangat terkenal bagi peminat Hello Kitty. Daripada luar kedai hingga ke tandas penuh dengan patung dan lukisan kucing Hello Kitty. Harga secawan kopi di sini adalah daripada 4000 won dan ke atas.

hellokitty_cafe

hellokitty_cafe_2

hellokitty_cafe_3

Tepat pukul 8 malam, kami bergerak pulang ke guest house untuk berehat dan tidur secukupnya.

Bersambung…