Persiapan dan barang penting ketika travel

Apa yang perlu dibawa atau barang yang patut disediakan sebelum melancong?

Ramai antara kita sangat teruja packing barang sebelum travel. Check listing perlu ada supaya barang-barang penting tidak tertinggal dan dibawa bersama semasa travel. Buat mereka yang pertama kali bercuti ke luar Negara, sedikit catatan ringkas tentang barangan penting yang perlu anda sediakan sebelum terbang ke awan biru menuju ke tempat destinasi percutian.

  1. PASSPORT/ TIKET PENERBANGAN/ ITINERARY

 Kenapa passport penting?

Passport boleh diumpamakan sebahagian dari nyawa kita ketika melancong. Sebelum membeli tiket flight, pastikan passport telah dibuat/renew atau tidak tamat tempoh. Sebabnya, ketika ingin melakukan online check-in, maklumat passport diperlukan untuk diisi pada form. Contohnya nombor passport dan tarikh tamat tempoh passport. Kalau yang dah ada passport tu, check betul-betul tarikh tamat tempoh passport anda. Jangan main agak-agak. Waktu tengah seronok berjalan nanti, jaga passport elok-elok. Susah nanti bila hilang. Percayalah serious susah! So, jaga jangan hilang.

 Passport & Boarding Pass

Tiket Penerbangan

Sudah tentu tiket penerbangan penting. Jika tiada tiket macam mana nak naik kapal terbang. Biasanya, tiket ni orang selitkan sekali dalam passport. Tengok details penerbangan betul-betul. Jangan tersilap hari, jangan tersilap masa. Kalau terawal okay lagi. Kalau lambat, menangis air mata darah pun tak berguna dah. Continue reading

6 Budaya Orang Korea Selain KPop Yang Patut Dicontohi

Bila kita melancong ke negara orang, kita bukan sekadar melihat keindahan tempat menarik yang terdapat di negara tersebut dan mencuba makanan tempatan, kita juga boleh melihat budaya baik dan buruk sesebuah negara. Seperti Korea, dahulunya negara ini tidak disebut-sebut tapi kini menjadi salah sebuah negara di dunia yang menerima jutaan pelancong setiap tahun.

Tidak dinafikan fenomena KPOP membuatkan ramai orang tertarik untuk bercuti ke Korea. Selain Kpop, banyak budaya masyarakat Korea yang positif pada kami boleh dicontohi dalam kehidupan harian.

Kami kongsikan di bawah budaya positif masyarakat yang kami telah lihat dan pelajari selama bertahun-tahun menetap di bumi Korea Selatan ini.

 

1. Semangat Kenegaraan Yang Kuat

Rakyat Korea membantu ekonomi negara dengan membeli produk dan barang keluaran mereka sendiri. Dari dapur  bawa ke ruang tamu hingga ke kenderaan semuanya ada produk keluaran syarikat Korea. Malah dalam poket sebahagian pembaca artikel ini pun ada telefon bimbit keluaran syarikat Korea.

car-korea

Dalam drama Korea pula, kita boleh lihat hampir 90% peralatan yang digunakan dalam setiap babak drama menggunakan peralatan keluaran syarikat Korea.

smartphone-korea

Selain daripada produk, mereka juga akan menggunakan lokasi-lokasi yang cantik sebagai set rakaman drama. Contoh mudah drama yang berjaya perkenalkan Korea kepada dunia adalah drama Winter Sonata. Lokasi pengambaran drama itu di Pulau Nami telah berjaya menjadi ia tempat tarikan pelancong.

Pada tahun 2001 hanya 270,000 pelawat saja yang datang ke Pulau Nami. Selepas drama itu disiarkan pada 2002 jumlah pelancong semakin bertambah setiap tahun. Pada 2014 jumlah pelawat yang datang sepanjang tahun itu berjumlah 3,000,000 orang.

Sekiranya berpeluang melawat ke Pulau Nami, pastikan tuan-tuan singgah di galeri pelukis Malaysia yang berjaya iaitu Yusof Gajah.

 

2. Pali-pali

palli-palli

Semangat pali-pali bermaksud laju-laju! Semua perkara mereka mahu cepat, apabila kita berada di stesen keretapi mereka, semua orang berjalan laju, malah ada juga yang berlari.

Walaupun begitu, mereka tidak kelam-kabut masuk ke dalam tren. Semuanya beratur di tepi pintu tren, selepas penumpang habis keluar barulah mereka masuk ke dalam tren.

Sebenarnya ia bukan berkenaan cara berjalan saja. Ia juga termasuk dalam tugasan harian seperti bekerja, setiap tugasan yang diberi akan disiapkan dalam masa yang pantas. Tidak mustahil budaya pali-pali ini turut menjadi penyumbang utama kepantasan kemajuan Korea berbanding Malaysia.

 

3. Makanan sihat

Makanan-korea-halal

Apabila kita singgah di restoran Korea, kebanyakan menu yang ada dalam setiap restoran disediakan dengan cara dibakar, makan mentah ataupun direbus.

Selain itu, minuman yang disediakan pula adalah air mineral ataupun air kosong. Air manis tidak disediakan seperti kebanyakan restoran di Malaysia. Ia menjimatkan masa menyediakan hidangan dan paling penting, tidak ada minuman manis.

 

4. Suka berjalan kaki

walking

Boleh dikatakan walaupun Korea antara pengeluar utama kenderaan di dunia, namun majority mereka lebih gemar berjalan kaki. Ia barangkali dibantu dengan kecekapan sistem pengangkutan awam yang sangat efisyen dan menepati masa. Jika masa ditetapkan bas akan tiba pada jam 1028 pagi, maka ia akan tiba tepat pada masanya.

Warga tua di Korea pula menjadikan aktiviti mendaki bukit dan bersiar-siar di taman sebagai aktiviti mingguan mereka selain daripada dapat berjumpa rakan, dapat juga mengekalkan kesihatan.

5. Jujur

cafe di Korea

Warga korea adalah antara warganegara yang paling jujur di dunia. pernah beberapa kali saya tertinggal telefon bimbit dan laptop di sebuah café. Apabila saya kembali semula ke kafe, barang-barang itu langsung tidak diusik dan masih berada di atas meja. Jika barang tertinggal atau tercicir di mana-mana, tuntut sahaja di ‘lost&found’, kemungkinan besar barang itu boleh dijumpai.

Jika ditanya tentang ‘pick pocket’ di Korea, saya boleh katakan 99.9%  tiada kes sebegitu. Tidak dinafikan bukan semua orang Korea ini senang dan berduit, ada juga peminta sedekah di sekitar bandar Seoul, cuma mereka tidak menjadikan mencuri sebagai sumber mereka mendapatkan duit.

 

6. Selamat

cctv-korea-selamat-bercuti

Korea juga adalah tempat yang tidak selamat untuk penjenayah, Dalam satu rancangan Discovery Channel bertajuk Lone Target, dalam masa 5 minit saja Joel Lambert dapat dikesan apabila dia bergerak di jalanraya. Ia dibantu oleh faktor kewujudan cctv yang ada di merata tempat. Di Pulau Jeju saja terdapat 5000 cctv. Tempat yang selamat untuk penjenayah adalah hutan dan juga parit bawah tanah.

Mungkin juga peraturan yang ketat dan langkah-langkah pihak berkuasa yang efektif membuatkan rakyat Korea takut untuk buat jenayah dan secara tidak langsung dapat mengawal keselamatan bandar.

 

P/S : Nikmati percutian ke Korea dengan pengalaman bermakna. Klik sini. >>> PAKEJ KOREA

 

 

 

 

Disediakan oleh,

– Penulis

Ariffuddin Sani

(Pentravel yang menulis buku sambil memenuhkan tabung jalan-jalan, “sikit-sikit lama-lama jadi tiket kapal terbang’ )

Amirul Lurima 아미룰

(Founder lurimatravel.com )

(membuat pelancong tersenyum ketika bercuti buatkan hati saya gembira melihatnya)

Tips Pakaian (outfit) ketika musim sejuk (winter)

PAKAIAN YANG SESUAI KETIKA MELANCONG DI MUSIM SEJUK

Musim sejuk(WINTER) merupakan salah satu musim yang menjadi kegemaran pelancong khususnya yang datang dari negara yang bercuaca panas. Musim sejuk di Korea kebiasaannya bermula pada awal December setiap tahun dan berakhir pada bulan Februari tahun berikutnya. Bagi menikmati keindahan musim sejuk, pelancong disarankan untuk menyediakan pakaian yang sesuai dipakai pada musim ini. Ini adalah bagi mengelakkan pelancong dari jatuh sakit ketika di dalam tempoh percutian. Alangkah ruginya percutian yang dinantikan untuk jangka masa yang lama berakhir dengan anda hanya berkurung di dalam hotel atau guesthouse sahaja.

pakej-korea-muslim

Oleh itu, adalah penting bagi setiap pelancong untuk mengetahui dan mengenali jenis-jenis pakaian yang sesuai digayakan pada musim sejuk. Ramai yang berpendapat bahawa kita tidak dapat bergaya atau berfesyen pada musim sejuk. Salah. Musim sejuk sama sekali tidak pernah menghalang anda untuk tidak bergaya. Tetapi, penting untuk kita memakai pakaian yang mampu memanaskan dan mengekalkan suhu badan kita. Usah dipersoal sekiranya kita melihat sebahagian dari penduduk tempatan di negara yang ingin kita kunjungi memakai pakaian yang mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka, ini adalah kerana mereka mengambil minuman berakohol untuk memanaskan badan mereka. Maka tidak hairanlah mengapa mereka mampu berpakaian sebegitu ketika musim sejuk. Tetapi bagi kita yang tidak boleh menyentuh minuman tersebut, jenis pakaian yang betul dan sesuai sahaja yang mampu memanaskan badan kita dari kesejukan.

\

 

Jenis pakaian untuk dibawa melancong ketika winter :

 

1. Woolen Sweater (Baju Panas Berbulu)

Sedikit info mengenai Wool, ianya merupakan bulu yang lembut dan beralun yang datang daripada haiwan seperti kambing biri-biri.

Wool atau bulu semula jadi adalah lebih baik dari yang berjenis acrylic. Wool dan acrylic adalah dua jenis benang yang berbeza.

baju-winter

Acrylic adalah benang sintetik yang boleh didapati dengan harga yang murah. Oleh itu, barangan yang diperbuat daripada acrylic tentunya dijual dengan harga yang murah. Kebaikan acrylic adalah ianya senang dijaga dan tidak gatal sekiranya terkena pada kulit. Selain itu, pakaian yang diperbuat daripada acrylic adalah lebih ringan daripada yang diperbuat daripada wool dimana ianya sesuai dipakai oleh kanak-kanak kerana ianya lebih selesa.

2. Scarf, Gloves & Stockin (Skaf, Sarung Tangan dan Stokin)

Glove

Jika anda masuk ke kedai yang menjual pakaian musim sejuk, pastinya akan ada satu bahagian yang mempamerkan pelbagai jenis sarung tangan yang berlainan material. Untuk kelihatan nampak bergaya, bolehlah memilih sarung tangan yang berjenis kulit(leather). Tetapi, sesetengah orang berpendapat sarung tangan kulit tidak terlalu memberi kehangatan. Selain itu, kebiasaanya sarung tangan tidak mempunyai saiz kecuali yang membezakannya adalah untuk yang berlainan jantina atau kanak-kanak. Ianya juga tidak memeri(stretchable) dan tentunya tidak memberi keselesaan bagi pemakai yang mempunyai tangan bersaiz lebar. Continue reading

Pakej Percutian Jelajah Jepun ( TOKYO )

 

Percutian ke Tokyo Jepun.

 photo euno-park_zpsec26ab32.jpg

Pengenalan

Bandaraya Tokyo yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seramai 12 juta orang merupakan bandaraya yang termoden di muka bumi ini. Bandaraya ini sangat sibuk dan dikatakan tidak pernah tidur. Walaupun Tokyo merupakan bandaraya moden dan canggih, bangunan sejarah dan seni bina tradisional Jepun masih lagi dikekalkan. Anda boleh lihat dibeberapa kawasan di tengah kota raya, temple(kuil) , istana dan rumah-rumah lama yang klasik masih lagi teguh berdiri. Selain itu, bandaraya ini sangat bersih. Anda pasti berasa seperti di dunia lain bila melancong di Tokyo.

 photo tokyo-tree_zps1331dbf7.jpg

Kenapa Tokyo, Jepun menjadi pilihan pelancong untuk bercuti? Pertama sekali adalah budaya. Masyarakat Jepun terkenal dengan budaya dan manner mereka. Mereka sangat menjaga kebersihan dan tidak buang sampah merata-rata dan menghormati orang. Kalau nak cerita tentang budaya dan peradaban mereka, memang panjang.

Continue reading

7 Perkara & Aktiviti mesti buat ketika Winter (musim sejuk) di Seoul Korea

Jangan biarkan kesejukkan 0 celcius menghalang anda untuk berseronok dan enjoy percutian di Korea.
Banyak aktiviti (things to do) yang boleh kita lakukan ketika winter sebenarnya. Ramai orang bertanya kepada kami, kalau cuaca sejuk, boleh ke berjalan? Selesa ke nak melancong? Kami senaraikan perkara yang anda boleh lakukan ketika bercuti di Seoul Korea.

 

1. Bermain Outdoor Ice Skating di City Hall

 photo winter-package-seoul_zps73080e75.jpg

Jika anda mengidamkan meluncur ais bersama yang tersayang dan sahabat karib sambil berpegangan tangan, ini adalah tempatnya. Sebuah kenangan indah yang tercipta ketika meluncur hanya berbumbungkan langit, berlantaikan ais dan berdindingkan pemandangan bandaraya Seoul yang tersergam indah. Kos untuk bermain ice skating ini hanya serendah 3000 Won sahaja.

 

 

2. Berhibur di Lotte World Theme Park

 photo korea-tourguide_zps4af0cbf4.jpg

 photo lotte-world-pakej-cuti-korea_zpsc860de85.jpg

Keunikkan Taman tema Lotte World yang mempunyai 2 bahagian iaitu outdoor dan indoor menjadi tarikan utama pelancong dan masyarakat tempatan  ketika musim sejuk (winter). Bukan sahaja mempunyai sebuah istana(castle) ala-ala Disneyland, malah bahagian taman indoor theme parknya juga antara yang terbesar di Asia. Anda tidak perlu risau dengan suhu sejuk yang extreme ketika bermain rollercoaster di sini. Jangan terkejut jika salji turun di dalam bangunan kerana itu adalah tarikan istimewa yang disediakan bagi menghidupkan lagi suasana winter.

Continue reading