6 tempat menarik mesti lawat jika bercuti ke Korea ketika musim bunga

 

Melancong ke Korea ketika musim bunga tidak lengkap jika anda tidak melawat destinasi pelancongan menarik ini. Musim bunga di Korea bermula pada bulan 3 sehingga bulan 5. Waktu kemuncak musim bunga adalah pada bulan 4 dimana banyak bunga sedang kembang terutamanya bunga sakura.

Berikut kami kongsikan tempat yang mesti dilawati ketika musim bunga di Korea.

 

1. Yoido Park

Cherry blossom / sakura di Yoido Park, Seoul

Cherry blossom / sakura di Yoido Park, Seoul

 

Musim bunga terutamanya pada bulan 4, Yoido Park menjadi tumpuan masyarakat Korea untuk melihat beratus-ratus pokok cherry blossom ataupun sakura di taman ini. Festival cherry blossom juga diadakan disini pada musim bunga kerana taman ini antara taman tercantik dan terbesar di Korea.

 

2. Seoul Namsan Tower

spring-korea-package-2015

Pokok cherry blossom/sakura di Seoul Korea

Selain dari keindahan Seoul Tower yang dapat dilihat dari seluruh bandar Seoul, pokok cherry blossom yang ada di kiri kanan jalan sepanjang jalan ke seoul tower akan membuatkan anda terpegun seperti berada didalam terowong sakura yang panjang.

\
pakej-musim-bunga-korea-musim

Seoul Tower ketika musim bunga (spring season)

Pengalaman menuruni bukit Namsan dengan berjalan kaki yang pasti tidak dapat dilupakan kerana pemandangan di sini sangat cantik dan suhunya yang nyaman.

 

Baca : Bahasa Korea basic yang memudahkan trip anda ke Korea 

 

3. Everland Theme Park

percutian-korea-everland-spring

Tulips festival di Everland

Everland sangat popular dengan tulips garden ketika musim bunga. Jangan lepaskan peluang melihat berjuta bunga tulips di everland dan bersuka ria di spring festival yang diadakan di everland setiap hari sepanjang musim bunga.

tulips-in-korea-travel-muslim

Beribu bunga tulips yang terdapat di Everland

Selain theme park dan tulips garden, terdapat juga Safari di Everland.

 

4. Deoksugung Palace

Pemandangan Korea ketika musim bunga

Deoksugung Palace ketika musim bunga

Salah satu istana lama yang terletak di pusat bandar Seoul dan berdekatan dengan seoul city hall. Kenapa istana ini? Tidak seperti istana yang lain, di sini terdapatnya pokok cherry blossom yang sangat besar. sambil anda berjalan melihat peninggalan sejarah, bunga-bunga sakura yang berguguran buatkan pemandangan lebih cantik dan suasana tenang disini dapat dirasai walaupun anda sebenarnya berada di tengah-tengah bandaraya Seoul yang sentiasa sibuk.

\

5. Bucheon Hanok Village

bucheon hanok village rumah korea

Credit pic : Korea Tourism Organization

Perkampungan traditional Korea yang masih lagi di jaga dan dipelihara. Suhu musim bunga yang nyaman iaitu antara 14-15celcius sangat sesuai untuk berjalan-jalan ke sini. Selain pemandangan yang cantik, terdapat restoran korea yang menyajikan menu yang sedap dan pelbagai pilihan. Bagi ‘coffee lover’, tempat ini adalah syurga dunia buat anda kerana terdapat cafe yang unik dan cantik berkonsepkan hanok style.

 

6. Nami Island

Nami Island ketika musim bunga.

Nami Island ketika musim bunga.

Pulau yang menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia hanya kerana 1 drama popular iaitu winter sonata. Bukan hanya pelancong luar negara, orang Korea juga gemar ke sini kerana pemandangan yang cantik dan tenang dari kesibukkan bandaraya. Jangan lepaskan peluang berbasikal mengelilingi pulau nami sambil mendengar alunan muzik yang anda sendiri tidak tahu dari mana muzik itu datang.

 

P/S : Pakej Percutian ke Korea bersama keluarga di sini >> KLIK <<

 

Disediakan oleh,

LurimaTravel

 

Pakej Muslim Korea Selatan

KOREA Ground Package (Pakej MUSLIM Bajet Korea)

pakej-murah-korea

Muslim Package Tour to Korea

Lurima Travel yang terdiri daripada Graduan dan Pelajar Malaysia yang menetap di Korea merupakan freelance tour guide yang berpengalaman menguruskan perkhidmatan pengurusan trip percutian ke Korea sejak 5 tahun yang lalu.

Kami sedar, pelbagai masalah dan risiko yang dihadapi oleh pelancong terutamanya pelancong Muslim yang datang bercuti ke Korea. Oleh sebab itu, kami telah sediakan pakej percutian muslim ini khas untuk pelancong Muslim yang ingin merasai percutian yang menyeronokkan dan berbaloi di Seoul Korea Selatan.

_____________________________________________________________________________________

 

Tentatif

Hari Pertama

– Ketibaan di Incheon International Airport, Korea

(Disambut oleh Tour Guide Lurima Travel)

– Bergerak ke Guest House di Seoul
(Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Lurima Travel menyediakan Private Van dari Airport terus ke pintu Guesthouse bagi keselesaan pelancong)

 

Historical tour

 

Gyeongbuk Palace

(Perkampungan DiRaja ketika dinasti Joseon. Melihat peninggalan istana lama yang masih kukuh dan senibina asli Korea.
Selain itu, terdapat ‘Guard Changing Ceremony’ dihadapan istana dan mengambil peluang bergambar dengan pengawal istana yang lengkap berpakaian Pahlawan Tentera Lama Korea.
– Gwanghwamun Square dan King Sejong Statue

(Terdapat Statue besar Raja Sejong yang merupakan pencipta tulisan Korea yang disebut ‘Hangel’ dan merasai pengalaman menulis nama sendiri dengan tulisan Korea. Terdapat juga air pancut yang sangat unik di sini. )

 

Chongae Stream

(Sungai yang dahulunya kotor, kini dibaikpulih dan menjadi satu tarikan utama pelancong yang datang ke Korea. Anda akan merasa ketenangan ketika berada di sini walaupun lokasi sungai ini berada ditengah-tengah kota metropolitan Seoul)

Continue reading