Tips Pakaian (outfit) ketika musim sejuk (winter)

PAKAIAN YANG SESUAI KETIKA MELANCONG DI MUSIM SEJUK

Musim sejuk(WINTER) merupakan salah satu musim yang menjadi kegemaran pelancong khususnya yang datang dari negara yang bercuaca panas. Musim sejuk di Korea kebiasaannya bermula pada awal December setiap tahun dan berakhir pada bulan Februari tahun berikutnya. Bagi menikmati keindahan musim sejuk, pelancong disarankan untuk menyediakan pakaian yang sesuai dipakai pada musim ini. Ini adalah bagi mengelakkan pelancong dari jatuh sakit ketika di dalam tempoh percutian. Alangkah ruginya percutian yang dinantikan untuk jangka masa yang lama berakhir dengan anda hanya berkurung di dalam hotel atau guesthouse sahaja.

pakej-korea-muslim

Oleh itu, adalah penting bagi setiap pelancong untuk mengetahui dan mengenali jenis-jenis pakaian yang sesuai digayakan pada musim sejuk. Ramai yang berpendapat bahawa kita tidak dapat bergaya atau berfesyen pada musim sejuk. Salah. Musim sejuk sama sekali tidak pernah menghalang anda untuk tidak bergaya. Tetapi, penting untuk kita memakai pakaian yang mampu memanaskan dan mengekalkan suhu badan kita. Usah dipersoal sekiranya kita melihat sebahagian dari penduduk tempatan di negara yang ingin kita kunjungi memakai pakaian yang mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka, ini adalah kerana mereka mengambil minuman berakohol untuk memanaskan badan mereka. Maka tidak hairanlah mengapa mereka mampu berpakaian sebegitu ketika musim sejuk. Tetapi bagi kita yang tidak boleh menyentuh minuman tersebut, jenis pakaian yang betul dan sesuai sahaja yang mampu memanaskan badan kita dari kesejukan.

\

 

Jenis pakaian untuk dibawa melancong ketika winter :

 

1. Woolen Sweater (Baju Panas Berbulu)

Sedikit info mengenai Wool, ianya merupakan bulu yang lembut dan beralun yang datang daripada haiwan seperti kambing biri-biri.

Wool atau bulu semula jadi adalah lebih baik dari yang berjenis acrylic. Wool dan acrylic adalah dua jenis benang yang berbeza.

baju-winter

Acrylic adalah benang sintetik yang boleh didapati dengan harga yang murah. Oleh itu, barangan yang diperbuat daripada acrylic tentunya dijual dengan harga yang murah. Kebaikan acrylic adalah ianya senang dijaga dan tidak gatal sekiranya terkena pada kulit. Selain itu, pakaian yang diperbuat daripada acrylic adalah lebih ringan daripada yang diperbuat daripada wool dimana ianya sesuai dipakai oleh kanak-kanak kerana ianya lebih selesa.

2. Scarf, Gloves & Stockin (Skaf, Sarung Tangan dan Stokin)

Glove

Jika anda masuk ke kedai yang menjual pakaian musim sejuk, pastinya akan ada satu bahagian yang mempamerkan pelbagai jenis sarung tangan yang berlainan material. Untuk kelihatan nampak bergaya, bolehlah memilih sarung tangan yang berjenis kulit(leather). Tetapi, sesetengah orang berpendapat sarung tangan kulit tidak terlalu memberi kehangatan. Selain itu, kebiasaanya sarung tangan tidak mempunyai saiz kecuali yang membezakannya adalah untuk yang berlainan jantina atau kanak-kanak. Ianya juga tidak memeri(stretchable) dan tentunya tidak memberi keselesaan bagi pemakai yang mempunyai tangan bersaiz lebar. Continue reading

7 Perkara & Aktiviti mesti buat ketika Winter (musim sejuk) di Seoul Korea

Jangan biarkan kesejukkan 0 celcius menghalang anda untuk berseronok dan enjoy percutian di Korea.
Banyak aktiviti (things to do) yang boleh kita lakukan ketika winter sebenarnya. Ramai orang bertanya kepada kami, kalau cuaca sejuk, boleh ke berjalan? Selesa ke nak melancong? Kami senaraikan perkara yang anda boleh lakukan ketika bercuti di Seoul Korea.

 

1. Bermain Outdoor Ice Skating di City Hall

 photo winter-package-seoul_zps73080e75.jpg

Jika anda mengidamkan meluncur ais bersama yang tersayang dan sahabat karib sambil berpegangan tangan, ini adalah tempatnya. Sebuah kenangan indah yang tercipta ketika meluncur hanya berbumbungkan langit, berlantaikan ais dan berdindingkan pemandangan bandaraya Seoul yang tersergam indah. Kos untuk bermain ice skating ini hanya serendah 3000 Won sahaja.

 

 

2. Berhibur di Lotte World Theme Park

 photo korea-tourguide_zps4af0cbf4.jpg

 photo lotte-world-pakej-cuti-korea_zpsc860de85.jpg

Keunikkan Taman tema Lotte World yang mempunyai 2 bahagian iaitu outdoor dan indoor menjadi tarikan utama pelancong dan masyarakat tempatan  ketika musim sejuk (winter). Bukan sahaja mempunyai sebuah istana(castle) ala-ala Disneyland, malah bahagian taman indoor theme parknya juga antara yang terbesar di Asia. Anda tidak perlu risau dengan suhu sejuk yang extreme ketika bermain rollercoaster di sini. Jangan terkejut jika salji turun di dalam bangunan kerana itu adalah tarikan istimewa yang disediakan bagi menghidupkan lagi suasana winter.

Continue reading

Pakej Musim Sejuk (Winter) Korea

Pakej Musim Sejuk (Winter) Korea

musim-sejuk-winter-seoul-korea

Winter Package to Korea

Korea Selatan menjadi tumpuan pelancong ketika musim sejuk walaupun suhu average ketika musim sejuk ( winter ) di Seoul terutamanya di bawah paras beku (0 celcius) .

Musim sejuk di Korea adalah pada bulan December (12), Januari (1) dan Febuari (2).

Salji yang kerap turun dan banyak event menarik di Korea menjadi tarikan utama pelancong.

Lurima Travel ingin menawarkan 3 pakej pelancongan ke Korea musim sejuk ( winter ) seperti berikut.

Pakej Korea 6 hari 5 malam

4 – 7 Pax

8 -14 Pax

Pakej Korea(Super Murah)

RM 1700

RM 1500

Pakej Theme Park

RM 1900

RM 1700

Pakej Ski

RM 2000

RM 1800

 

Tahu tentang Pakej ke Korea ini dengan lebih lanjut >>>

pakej-korea-murah

PAKEJ KOREA (SUPER MURAH)

pakej-winter-korea

PAKEJ THEME PARK

pakej-pelancongan-korea

PAKEJ SKI

 

 

 

 

 

Pakej THEME PARK Musim Sejuk (Winter) KOREA

PAKEJ THEME PARK KOREA

korea-musim-sejuk-everland

Keseronokkan berganda apabila anda bukan sahaja melawat ke tempat bersejarah dan membeli belah di pusat komersial Seoul yang popular, malah anda akan dapat keseronokkan dan berhibur di theme park seperti Lotte World dan Everland yang sememangnya memberi kepuasan untuk pelancong ketika bercuti ke Korea.

 

Pakej Korea 6 hari 5 malam

4 – 7 Pax

8 -14 Pax

Pakej Winter (Theme Park)

RM 1900

RM 1700

 

Harga termasuk

– Penginapan ( Guesthouse )

– Makanan ( 3 kali sehari)

– Pengangkutan ( Seoul Subway )

– Tiket tempat lawatan

– Tour guide ( Rakyat Malaysia yang menetap di Korea fasih dalam bahasa Malaysia, English dan Korean)

Bonus : Airport Pickup ( Private Van ) terus ke pintu Guesthouse

 

Continue reading