Panduan Pakaian 4 Musim di Korea

Sebelum pergi bercuti, kita harus ambil tahu musim, suhu, cuaca dan keadaan di sesebuah negara yang ingin kita lawati. Musim yang berbeza memberikan pengalaman yang berbeza terutamanya dari sudut cuaca. Tidak seperti di negara kita, suhu dan musim adalah sama sepanjang tahun. Oleh itu, baju yang kita pakai sesuai dari bulan 1 hingga 12. Tidak seperti negara yang mempunyai banyak musim seperti Korea.

Korea mempunyai empat musim yang berbeza iaitu musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Musim-musim ini berubah mengikut bulan setiap tahun.

Setiap musim mempunyai suhu yang berbeza. Oleh itu, pemilihan baju atau pakaian yang sesuai sangat penting mengikut tarikh percutian kita. Mari kita lihat, pakaian apa yang sesuai untuk setiap musim supaya kita boleh merancang baju apa yang perlu kita bawa ketika bercuti nanti.

Musim Sejuk (Winter)

14573017_1516745408352005_5726216039827856252_n

Tempoh musim sejuk di Korea ialah pada bulan Disember hingga Februari. Tentu ramai di antara anda familiar dengan drama korea meletup suatu ketika dahulu yang bertajuk Winter Sonata. Tajuknya pun amat sesuai dengan ciri-ciri musim sejuk di Korea ini. Dengan salji yang putih gebu halus, amat mengasyikkan dan menjadi idaman bagi mereka yang datang dari negara iklim panas untuk merasai pengalaman sejuk dan salji di Korea. Suhu purata ketika musim sejuk di Korea adalah sekitar -5  hingga 2 darjah celcius.

Oleh itu, pilihan pakaian yang sesuai amat penting bagi mengelakkan anda daripada kesejukkan. Biasanya, penduduk di Korea memakan baju berlapis 3 hingga 4 helai.

Contoh susunan lapisan pemakaian ialah :

1. Long john
2. Tshirt
3. Sweater
4. Winter Coat
5. Snowcap/beanies
6. Scarf
7. Sarung tangan (gloves)
8. Boots Continue reading