11 FAKTA TENTANG KIMCHI YANG ANDA PATUT TAHU


kelas-kimchi

Andai disebut tentang Kimchi, umum pastinya tahu Kimchi merupakan makanan  yang datangnya dari Korea.  Kimchi merupakan makanan ruji masyarakat Korea yang biasanya dihidangkan sebagai makanan sampingan bersama hidangan utama masakan Korea. Makanan sampingan yang pedas ini sangat sinonim dengan masyarakat Korea dan kini telah dikenali hampir seluruh dunia, termasuk di Negara kita sendiri, Malaysia. Jika anda ke pasaraya besar seperti Giant, Tesco, Jaya Grocer dan Cold Storage anda akan dapati banyak jenis kimchi yang dijual diletakkan dibahagian chiller.

Bagi mereka yang first time makan kimchi akan terasa pelik dengan rasanya. Rasanya sedikit pedas, dan rasa masam yang agak menyengat. Bila sekali makan rasa macam dah tak nak lagi, tapi tanpa disedari kita akan craving nak makan kimchi. Especially, bila kadang-kadang tekak terasa loya atau selepas makan makanan yang agak berminyak. Cerita dari orang-orang tua Korea, ada yang menyatakan bahawa Kimchi dapat membantu menghalang kanser dan menyembuhkan orang yang sedang sakit. Oleh sebab itu Kimchi menjadi sesuatu yang penting dalam kehidupan masyarakat Korea. Continue reading