Persiapan dan barang penting ketika travel

Apa yang perlu dibawa atau barang yang patut disediakan sebelum melancong?

Ramai antara kita sangat teruja packing barang sebelum travel. Check listing perlu ada supaya barang-barang penting tidak tertinggal dan dibawa bersama semasa travel. Buat mereka yang pertama kali bercuti ke luar Negara, sedikit catatan ringkas tentang barangan penting yang perlu anda sediakan sebelum terbang ke awan biru menuju ke tempat destinasi percutian.

  1. PASSPORT/ TIKET PENERBANGAN/ ITINERARY

 Kenapa passport penting?

Passport boleh diumpamakan sebahagian dari nyawa kita ketika melancong. Sebelum membeli tiket flight, pastikan passport telah dibuat/renew atau tidak tamat tempoh. Sebabnya, ketika ingin melakukan online check-in, maklumat passport diperlukan untuk diisi pada form. Contohnya nombor passport dan tarikh tamat tempoh passport. Kalau yang dah ada passport tu, check betul-betul tarikh tamat tempoh passport anda. Jangan main agak-agak. Waktu tengah seronok berjalan nanti, jaga passport elok-elok. Susah nanti bila hilang. Percayalah serious susah! So, jaga jangan hilang.

 Passport & Boarding Pass

Tiket Penerbangan

Sudah tentu tiket penerbangan penting. Jika tiada tiket macam mana nak naik kapal terbang. Biasanya, tiket ni orang selitkan sekali dalam passport. Tengok details penerbangan betul-betul. Jangan tersilap hari, jangan tersilap masa. Kalau terawal okay lagi. Kalau lambat, menangis air mata darah pun tak berguna dah. Continue reading