Pakej Percutian Jelajah Jepun ( TOKYO )

 

Percutian ke Tokyo Jepun.

 photo euno-park_zpsec26ab32.jpg

Pengenalan

Bandaraya Tokyo yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seramai 12 juta orang merupakan bandaraya yang termoden di muka bumi ini. Bandaraya ini sangat sibuk dan dikatakan tidak pernah tidur. Walaupun Tokyo merupakan bandaraya moden dan canggih, bangunan sejarah dan seni bina tradisional Jepun masih lagi dikekalkan. Anda boleh lihat dibeberapa kawasan di tengah kota raya, temple(kuil) , istana dan rumah-rumah lama yang klasik masih lagi teguh berdiri. Selain itu, bandaraya ini sangat bersih. Anda pasti berasa seperti di dunia lain bila melancong di Tokyo.

 photo tokyo-tree_zps1331dbf7.jpg

Kenapa Tokyo, Jepun menjadi pilihan pelancong untuk bercuti? Pertama sekali adalah budaya. Masyarakat Jepun terkenal dengan budaya dan manner mereka. Mereka sangat menjaga kebersihan dan tidak buang sampah merata-rata dan menghormati orang. Kalau nak cerita tentang budaya dan peradaban mereka, memang panjang.

Continue reading