9 Souviner Unik Untuk Dibeli Jika Melancong ke Korea

Annyeonghaseyo!

Anda pasti ada masanya agak pening nak beli apa dari Korea sebagai souvenir, kan?

Jangan risau, artikel kali ini ingin kami kongsikan antara cenderamata(souviner) yang boleh dibeli untuk diberikan kepada ahli keluarga mahupun sahabat handai sebagai tanda ingatan buat mereka yang tidak dapat turut serta bercuti bersama di bumi sonata, Korea.

  1. T-SHIRT I LOVE KOREA
Sumber dari Google

Sumber dari Google : Contoh Baju I love Korea

Bagi mereka yang tidak mahu membeli barangan yang tidak tahan lama serta mudah dibuang, T-Shirt merupakan salah satu barangan yang boleh dibeli dan dijadikan cenderamata dari Korea. Pastinya umum juga tahu, bahawa baju yang bertemakan Negara-negara luar ini jarang boleh didapati di negara Malaysia. Maka, bolehlah dibeli dan dijadikan kenang-kenangan. Harganya juga berbaloi serta rata-rata kualiti kainnya juga agak baik dan selesa dipakai. Mungkin nanti, bila-bila si penerima memakai T-Shirt tersebut, tiba-tiba terimbau pula kenangan manis percutian kita di Korea. Betul tak?

 

  1. SUDU PANJANG KOREA

 

korean spoon

Sumber dari Google : Set Sudu dan Chopstick

 

Siapa setuju angkat tangan? Bentuk sudu ini agak unik. Pemegangnya panjang, dan sudunya betul-betul bulat. Dulu, puas admin cari di Daiso, serta kedai-kedai yang nampak macam jual barangan Korea (tapi sebenarnya tidak), tapi tak jumpa. Dapat peluang ke Korea, beli banyak-banyak untuk diberi kepada keluarga dan rakan-rakan yang sama-sama melayan drama Korea. Rasa macam Korea sangat bila pakai sudu panjang tu, kan?? Murah sahaja harga sudu ni kalau yang biasa, tapi kalau beli yang jenis berat dan lebih berkualiti agak mahal juga. Continue reading

Bahasa Korea Yang Perlu Tahu Jika ke Korea

Kami tak akan biarkan anda pulang dari Korea hanya dengan gambar kenangan semata-mata.

Selain daripada pengalaman yang berharga, kami sangat teruja untuk berkongsi bersama anda perkataan atau sentence yang popular dan perlu anda tahu jika ke Korea.

korean_malaysia

Perkataan-perkataan ini kami galakkan anda praktikkan semasa bercuti ke Korea nanti. 😀

 

1. Annyeong Hasaeyo (안녕하세요) – Hello ! Hi ! 

Annyeong hasaeyo ini digunakan apabila anda ingin menyapa seseorang.

Contohnya apabila  anda masuk ke kedai dan berjumpa seseorang. Ia ibarat memberi salam.

 

2. Olmayeyo? (얼마예요?) – How much is it? Berapa ?

Digunakan apabila anda ingin bertanya harga barang ketika membeli.

Anda pegang atau tunjuk barang itu dan berkata “Olmayeyo ?” .
Pastikan Intonasi anda lembut dan sopan.

 

Continue reading

10 Perkara mesti buat jika melancong ke Seoul, Korea

Sebagai tour guide yang berpengalaman dan menetap di Korea lebih dari 5 tahun, kami ingin kongsikan 10 perkara mesti buat jika melancong ke Korea. 10 things must do in Seoul.

1. Melawat Pulau Nami ( Nami Island )

Pulau Nami adalah tempat wajib yang mesti anda lawati jika ke Korea.
Pulau Nami terkenal kerana menjadi lokasi pengambaran drama korea hit iaitu Winter Sonata. Pemandangan yang cantik dengan pokok-pokok dan sungai menjadikan pulau ini salah satu tarikan utama.

pulau-nami

Pemandangan di Pulau Nami

pakej-bot-pulau-nami

Pengunjung boleh menaiki bot ke Pulau Nami dan menikmati pemandangan yang indah.

Menariknya, pulau ini bukanlah di laut. Pulau Nami adalah sebuah pulau di tengah sungai. Untuk ke sini, perlu menaiki bot. Perasaan menaiki bot sambil menikmati pemandangan persisir sungai memang tak dapat digambarkan.

Baca : Apa yang ada di Pulau Nami sampai tempat ini jadi popular?

2. Membeli-belah di Namdaemun Market

Antara pasar (market) yang terbesar dan tertua di Korea. Dahulunya adalah pusat ekonomi rakyat di bandar Seoul.

Di Namdaemun Market, segalanya ada dijual di sini dengan harga yang murah. Pakaian, barang kemas, beg, permainan kanak-kanak, souviner, barangan k-pop dan makanan, semuanya dijual disini.

Namdaemun-Market

Namdaemun – Tempat membeli souviner terbaik di Korea

\

Jika ada yang bertanya, dimanakah tempat membeli belah ( shopping ) yang murah, semestinya Namdaemun Market.

 

3. Padlock cinta di Namsan Tower

Lock of love at Namsan Tower. Berjuta-juta padlock (mangga kunci) yang dikuncikan di Namsan Tower.

Korea memang terkenal dengan tempat romantik terutamanya di Seoul. Salah satunya adalah Namsan Tower.

Padlock-love-namsan-tower

Pasangan kekasih mengambil peluang untuk kunci cinta mereka di Namsan Tower

padlock-cinta-namsan-tower-mangga

Padlock sebagai kenangan di Namsan Tower

Pastikan anda kuncikan padlock cinta anda di sini sebagai kenangan. Mungkin satu hari nanti, anda dan pasangan akan melancong sekali lagi ke Korea sambil menikmati pemandangan dari puncak Namsan seperti scene dalam drama Korea,

Continue reading