Info Menarik Tentang Pulau Jeju

Bila cerita tentang bercuti ke Korea, pasti ramai yang hanya mengenali Seoul. Ini kerana Seoul adalah ibu negara bagi Korea Selatan dan kebanyakkan tempat menarik yang dipromosikan oleh Korea terletak di Seoul. Tahukah anda, ada sebuah pulau popular yang menjadi tumpuan pelancong di Korea?

Pulau Jeju (Jeju Island)

Pulau Jeju terletak di bahagian paling selatan Korea , mengambil masa 1 jam dari Seoul dengan menaiki pesawat (flight). Saiz Pulau Jeju agak besar, jika dibuat perbandingan, Pulau Jeju 3kali ganda besar dari Singapore. Besarkan?  Keluasan pulau ini adalah 1,848 kmdan kepadatanan penduduk di sini hanya 590,000 orang sahaja. Oleh sebab itu, pulau ini agak tenang dan tidak terlalu sesak.

peta-pulau-jeju

Pulau Jeju terbentuk dari letusan gunung berapi di dasar laut. Larva yang meletus keluar dan bertembung dengan air laut menghasilkan sebuah daratan yang subur. Oleh sebab itu, Pulau Jeju dikatakan sangat unik dan diiktiraf dunia sebagai one of 7 natural wonders of the world.

Jika anda melancong ke Pulau Jeju, anda akan dihidangkan dengan pemandangan yang sangat menakjubkan. Terdapat beberapa kawah gunung berapi yang sudah tidak aktif lagi di sekitar pulau ini. Oleh kerana Jeju merupakan bekas pulau gunung berapi, tanah di sini sangat subur. Banyak ladang buah-buahan dan ladang bunga yang boleh dilihat di sekitar pulau. Bagi pencinta alam semula jadi, Pulau Jeju pasti memikat hati anda. Continue reading