Tips Pakaian (outfit) ketika musim sejuk (winter)

PAKAIAN YANG SESUAI KETIKA MELANCONG DI MUSIM SEJUK

Musim sejuk(WINTER) merupakan salah satu musim yang menjadi kegemaran pelancong khususnya yang datang dari negara yang bercuaca panas. Musim sejuk di Korea kebiasaannya bermula pada awal December setiap tahun dan berakhir pada bulan Februari tahun berikutnya. Bagi menikmati keindahan musim sejuk, pelancong disarankan untuk menyediakan pakaian yang sesuai dipakai pada musim ini. Ini adalah bagi mengelakkan pelancong dari jatuh sakit ketika di dalam tempoh percutian. Alangkah ruginya percutian yang dinantikan untuk jangka masa yang lama berakhir dengan anda hanya berkurung di dalam hotel atau guesthouse sahaja.

pakej-korea-muslim

Oleh itu, adalah penting bagi setiap pelancong untuk mengetahui dan mengenali jenis-jenis pakaian yang sesuai digayakan pada musim sejuk. Ramai yang berpendapat bahawa kita tidak dapat bergaya atau berfesyen pada musim sejuk. Salah. Musim sejuk sama sekali tidak pernah menghalang anda untuk tidak bergaya. Tetapi, penting untuk kita memakai pakaian yang mampu memanaskan dan mengekalkan suhu badan kita. Usah dipersoal sekiranya kita melihat sebahagian dari penduduk tempatan di negara yang ingin kita kunjungi memakai pakaian yang mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka, ini adalah kerana mereka mengambil minuman berakohol untuk memanaskan badan mereka. Maka tidak hairanlah mengapa mereka mampu berpakaian sebegitu ketika musim sejuk. Tetapi bagi kita yang tidak boleh menyentuh minuman tersebut, jenis pakaian yang betul dan sesuai sahaja yang mampu memanaskan badan kita dari kesejukan.

\

 

Jenis pakaian untuk dibawa melancong ketika winter :

 

1. Woolen Sweater (Baju Panas Berbulu)

Sedikit info mengenai Wool, ianya merupakan bulu yang lembut dan beralun yang datang daripada haiwan seperti kambing biri-biri.

Wool atau bulu semula jadi adalah lebih baik dari yang berjenis acrylic. Wool dan acrylic adalah dua jenis benang yang berbeza.

baju-winter

Acrylic adalah benang sintetik yang boleh didapati dengan harga yang murah. Oleh itu, barangan yang diperbuat daripada acrylic tentunya dijual dengan harga yang murah. Kebaikan acrylic adalah ianya senang dijaga dan tidak gatal sekiranya terkena pada kulit. Selain itu, pakaian yang diperbuat daripada acrylic adalah lebih ringan daripada yang diperbuat daripada wool dimana ianya sesuai dipakai oleh kanak-kanak kerana ianya lebih selesa.

2. Scarf, Gloves & Stockin (Skaf, Sarung Tangan dan Stokin)

Glove

Jika anda masuk ke kedai yang menjual pakaian musim sejuk, pastinya akan ada satu bahagian yang mempamerkan pelbagai jenis sarung tangan yang berlainan material. Untuk kelihatan nampak bergaya, bolehlah memilih sarung tangan yang berjenis kulit(leather). Tetapi, sesetengah orang berpendapat sarung tangan kulit tidak terlalu memberi kehangatan. Selain itu, kebiasaanya sarung tangan tidak mempunyai saiz kecuali yang membezakannya adalah untuk yang berlainan jantina atau kanak-kanak. Ianya juga tidak memeri(stretchable) dan tentunya tidak memberi keselesaan bagi pemakai yang mempunyai tangan bersaiz lebar. Continue reading