Suatu Petang Salji Turun

Suatu Petang di Bandar Seoul.

SEOUL KOREA , 30 Dec 2013 , 4:30 petang

Video ini saya rekod ketika salji sedang lebat turun di kawasan rumah saya daerah Dongdaemun Gu , Seoul.

Beginilah suasananya. Putih dan tenang.

Suhu ketika ini 0 Celcius. Suhu sebelum salji turun lebih sejuk dibandingkan dengan ketika ia turun. Disebabkan kecantikan salji ketika ia turun, saya lupa tentang kesejukkan tahap ‘peti ais bahagian atas’ .

Mungkin kalau saya berada di Nami Island ketika itu, saya boleh ‘feeling-feeling’ seperti drama winter sonata.

Korea memang cantik ketika musim sejuk. Cuma suhunya agak extreme. Perlu pakai pakaian yang sesuai dan banyak minum air.

Ketika salji turun, biasanya orang Korea akan membeli secawan kopi dan minum di cafe sambil melihat keindahan salji yang turun.

Untuk pelancong, biasanya mereka manfaatkan pengalaman beharga ini dengan menangkap gambar ketika salji turun dan membuat bola salji dan baling sesama mereka.

Musim sejuk (WINTER) di Korea adalah pada bulan 12, 1 dan 2.

Aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah bermain ski dan luncursalji (snowslide).

 

Admin

Lurima Travel

 

p/s : Lurima Travel menawarkan Pakej Pelancongan Musim Sejuk (Winter) ke Korea .

Hubungi kami untuk maklumat lanjut. Klik>> PAKEJ MUSIM SEJUK (WINTER) KOREA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *