7 Street Food Popular di Korea

Jika anda penggemar drama dan rancangan realiti Korea contohnya Running Man, pastinya anda pernah menonton episod di mana mereka mengunjungi pasar-pasar yang terletak di kawasan luar bandar. Di pasar-pasar ini ada dijual makanan ringan yang digemari penduduk tempatan korea. Makanan-makanan ini juga ada dijual di tepi-tepi jalan di sekitar bandar Seoul.

Antara street food yang boleh mesti dicuba jika datang melancong ke Korea, adalah :
1. Odeng (Fish cake) 오댕
odeng-cuti-korea-street-food

Anggaran harga : 500 won

Odeng sangat mudah didapati memandangkan banyak gerai tepi jalan yang menjual makanan ini. Odeng adalah diperbuat daripada ikan dan tepung yang kemudiannya dicucuk pada sebatang lidi panjang dan dicelur di dalam sup. Walaupun terlalu banyak gerai yang menjual odeng ini, tetapi uniknya berlainan gerai mampu menghasilkan rasa yang istimewa yang tersendiri. Kesemua penjual odeng pastinya mempunyai resepi rahsia tersendiri bagi mengekalkan perniagaan mereka. Ini adalah kerana terlalu banyak persaingan di dalam perniagaan menjual odeng ini. Semestinya, odeng merupakan street food yang wajib dicuba.
2. Hotteok 호떡
hotteok-street-food-halal-korea

Anggaran harga : 500Won sekeping

Hotteok merupakan sejenis lempeng (pancake) Korea yang mempunyai pelbagai inti. Kebiasaanya Hotteok banyak di jual pada musim sejuk. Doh hotteok diperbuat daripada tepung gandum, air, susu, yis, dan gula. Manakala inti hotteok adalah daripada campuran manisan, antaranya ialah madu, gula perang, kayu manis(cinnamon) dan juga kacang yang ditumbuk. Hotteok sedap dimakan ketika ianya masih panas, lebih-lebih lagi ketika dalam cuaca yang sejuk.

3. Gyeranppang (계란빵)
gaeranpang-telur-goreng-korea-halal-streetf-food

Anggaran Harga : 1000 won sebiji

Gyeranppang merupakan roti yang berbentuk seperti bun tetapi berintikan Gyeran atau telur yang lembut di tengah-tengahnya. Ppang atau roti yang berwarna coklat perang ini mempunyai struktur kulit yang sedikit rangup tetapi mempunyai isi dalam yang ringan dan lembut. Bila disebut Roti Telur di Korea, jangan pula anda terbayangkan roti canai telur di Malaysia. Berbeza sama sekali. Gyeranppang merupakan makanan Street Food yang sangat terkenal pada musim sejuk. Jangan lupa untuk mencuba.
4. Bungeoppang (붕어빵)
bungeoppang_bahulu-korea-inti-kacang

Anggaran harga : 2,000 won (2 – 5 keping)

Dalam bahasa Korea, Bung’eo (붕어) merupakan nama sejenis ikan iaitu Carracius, manakala -ppang (빵) membawa maksud roti.
Bungeoppang merupakan roti berbentuk ikan Carp  yang berintikan kacang merah yang dibakar menggunakan pembakar yang berbentuk ikan. Terdapat juga Bungeoppang yang berintikan custard dan juga aiskrim. Bagi orang Korea, apabila banyak kelihatan Bungeoppang yang baru dibakar dijual di kaki lima jalan serta bau harum manis memenuhi ruang udara, itu bermaksud musim sejuk(winter) benar-benar telah tiba.
5. Kklutarae (꿀타래)
kkultarae-manisan-korea-halal-insadong

Anggaran harga: 5,000 won sekotak

Kklutarae merupakan sejenis makanan tradisional Korea yang boleh didapati dijual di tepi-tepi jalan. Ketika penulis berkunjung ke Korea, kami terjumpa makanan ringan ini dijual di Myeondong Market. Penjual memanggil kami untuk melihat sendiri bagaimana Kkultarae ini dibuat. Ianya dibuat menggunakan madu yang keras yang kemudiannya ditarik panjang dan dilipat sehingga menjadi 16,384 helai benang halus. Kemudian di masukkan inti sebelum digulung. Antara pilihan intinya ialah almond, walnut, peanut, black sesame seeds, chocolate, dan jugak kacang hitam. Rasanya sangat sedap dan tidak begitu manis. Kami ditawarkan untuk membeli 25 kotak dengan harga 18,000 won. Makanan ini sesuai untuk dibawa pulang ke Malaysia sebagai buah tangan.
\
6) Tteobokki (떡볶이)
ttokbokki-halal-pakej-muslim-korea

Anggaran harga: 2,500-3,000 won/ hidangan

Tteobokki merupakan makanan paling popular di Korea. Makanan ini sangat banyak dijual di tepi-tepi jalan dan tentunya sangat mudah untuk didapati. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat tteobokki ialah Garraetteok, kek beras putih kering dimasak bersama eomuk (fish cake), sayur-sayuran dan juga pes cili. Rasanya pedas dan manis. Tetapi, sekiranya anda teringin untuk mencuba makanan ini, adalah lebih baik sekiranya anda meminta bantuan dari tour guide yang fasih berbahasa korea untuk bertanya tentang bahan yang digunakan kerana dikhuatiri ada sesetengah penjual menggunakan bahan yang dilarang bagi kita yang beragama islam.
7) Twigim (튀김)
twigim-streetfood-halal-korea

Anggaran harga : 2,000-3,000 won/ hidangan

Twigim secara umumnya bermaksud gorengan. Sayur-sayuran, keledek ubi, sotong, udang dan juga dumpling disatukan bersama acuan tepung sebelum digoreng. Twigim sedap dimakan bercicahkan kicap kacang soya ataupun dicurahkan dengan sos tteobokki.

***

Jangan sesekali anda lepaskan peluang untuk mencuba kesemua street food yang sangat popular ini di Korea. Rugi rasanya jika tidak mencuba kerana makanan seperti ini tidak terdapat di negara kita. Jika ada sekalipun, rasanya tidak asli.

BONUS: Dapatkan PAKEJ PERCUTIAN Private Trip KE KOREA di sini. >>> KLIK <<<