Restoran Malaysia di Seoul, Korea.

Assalamualaikum and Hello Everyone.

As we know, there are 2 Malaysian Restaurant in Seoul, South Korea.
So, for those who want to taste Malaysian Cuisine in Korea, here are the right place.

Akhirnya, ada juga restoran Malaysia di Seoul, Korea Selatan.
Bagi mereka yang mencari/mengidam/kempunan makanan Malaysia, inilah tempat yang harus anda kunjungi.
Bukan senang nak cari makanan Malaysia di Korea ni.
Dua restoran Malaysia ini baru sahaja dibuka di Seoul beberapa bulan yang lepas.
Sesuai bagi mereka yang rindukan makanan Malaysia setelah lama tidak pulang ke Malaysia.

a) Kitchen Nyonya (Closed)
kitchen nyonya

kitchennyonya2

Location/Lokasi : 서울시 강남구 강남대로 102길 11
Seoul, Gangnam-gu Gangnamtae-ro 102kil 11

kitchennyonya3
Turun di Gangnam Station, exit 11, jalan terus sampai nampak TGV Cinema, belok ke Kanan.
Located in Gangnam station exit 11, behide cgv building

Buat masa ini, Kitchen Nyonya adalah Non-Pork Restaurant. Pihak Kitchen Nyonya masih berusaha untuk mendapatkan bekalan ayam/daging Halal untuk tetamu mereka. Tapi menu lain berasaskan seafood pun banyak. Cuma, diharapkan, tak lama lagi, akan ada ayam dan daging halal di sini, dapatlah pengunjuk muslim merasa nasi lemak ayam berempah di Korea.

Contact : +82-2-564 1001
Email : nyonya2013@naver.com
Website : www.kitchennyonya.com

b) Restoran Mentari
mentari restoran

mentari restoran2

Location/Lokasi : 서울 종로구 홍지동 127-13
295, Jahamun-ro, Jongno-gu, Seoul, Korea

mentari restoran3
Intra-city bus > 1020, 1711, 7016, 7018, 7022, 7212 > Get off at the entrance to Sangmyung Univ.

Makanan di restoran ini adalah halal. Kalau tengok di website mereka, ketua chef di restoran Mentari ini pula orang Islam( Chef Baha). Jadi, pengunjung muslim bolehlah nak pesan/order semua menu yang lazat di sini seperti satay dan ayam masak merah.
Pada kami, lokasi restoran mentari ini tak begitu strategik kerana tiada pengangkutan awam seperti subway untuk ke sana. Lokasinya pula tidak terletak di tempat pelancongan tumpuan. Susah juga kalau pelancong Malaysia mahu ke sini.

Contact : +82-2-396-2800
Email : nyonya2013@naver.com
Website : www.mentari.co.kr

c) Restoran Savaro

Penerangan untuk restoran savaro di link ini. >>> KLIK

Kalau ada yang tahu restoran Malaysia lain di Korea ni, share la dengan kami di sini. 🙂