Restoran Malaysia di Itaewon, Seoul, Korea

Savaro Restaurant In Itaewon Seoul

Baru-baru ini FELDA telah membuka sebuah cawangan restoran Savaro di Seoul, Korea. Kami sempat singgah dan merasa makanan yang dihidangkan di restoran ini.

restoran halal korea

Konsep restoran yang exclusive

restoran malaysia di korea

Restoran ini menghidangkan pelbagai menu masakan Malaysia seperti Nasi lemak, rendang, sambal dan macam-macam lagi.
Bagi rakyat Malaysia yang menetap di Korea, kami sangat menanti-nantikan pembukaan restoran Malaysia di Korea.

Makanan yang dihidang di restoran ini semuanya dijamin Halal. Chef restoran ini merupakan rakyat Malaysia. 🙂

pakej korea

Menu Original Malaysia

restoran felda korea

Logo Visit Malaysia digantung untuk promosi Malaysia kepada Korean

pakej murah korea

Pintu masuk restoran

Apa yang menariknya, kedudukan restoran ini yang sangat strategik.

Restoran ini terletak di Itaewon Street. Untuk ke sini, hanya perlu turun di Itaewon Station dan keluar melalui exit 1. Dari exit 1 , hanya perlu jalan 100m dan akan berjumpa restoran Savaro ini disebelah kanan.

Oleh kerana restoran ini  masih baru, mereka hanya menghidangkan hidangan lunch buffet yang berharga 14 000 won untuk seorang.

Savaro restaurant cawangan Seoul ini bakal menghidangkan menu ala carte masakan Malaysia dan Korea yang pastinya Halal untuk pengunjung dalam masa terdekat.

Untuk restoran Malaysia lain yang terdapat di Korea, boleh klik link ini. >>> Restoran Malaysia di Korea

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *