Persiapan dan barang penting ketika travel

Apa yang perlu dibawa atau barang yang patut disediakan sebelum melancong?

Ramai antara kita sangat teruja packing barang sebelum travel. Check listing perlu ada supaya barang-barang penting tidak tertinggal dan dibawa bersama semasa travel. Buat mereka yang pertama kali bercuti ke luar Negara, sedikit catatan ringkas tentang barangan penting yang perlu anda sediakan sebelum terbang ke awan biru menuju ke tempat destinasi percutian.

  1. PASSPORT/ TIKET PENERBANGAN/ ITINERARY

 Kenapa passport penting?

Passport boleh diumpamakan sebahagian dari nyawa kita ketika melancong. Sebelum membeli tiket flight, pastikan passport telah dibuat/renew atau tidak tamat tempoh. Sebabnya, ketika ingin melakukan online check-in, maklumat passport diperlukan untuk diisi pada form. Contohnya nombor passport dan tarikh tamat tempoh passport. Kalau yang dah ada passport tu, check betul-betul tarikh tamat tempoh passport anda. Jangan main agak-agak. Waktu tengah seronok berjalan nanti, jaga passport elok-elok. Susah nanti bila hilang. Percayalah serious susah! So, jaga jangan hilang.

 Passport & Boarding Pass

Tiket Penerbangan

Sudah tentu tiket penerbangan penting. Jika tiada tiket macam mana nak naik kapal terbang. Biasanya, tiket ni orang selitkan sekali dalam passport. Tengok details penerbangan betul-betul. Jangan tersilap hari, jangan tersilap masa. Kalau terawal okay lagi. Kalau lambat, menangis air mata darah pun tak berguna dah.

Dinasihatkan anda semua check in dan masuk ke balai berlepas awal, walaupun Gate belum buka lagi. Kalau naik dari KLIA 2, ada yang perlu menuju ke Gate yang paling hujung dan jaraknya jauh. So, better masuk awal, selepas melepasi imigresen boleh jalan dengan tenang. Relax-relax je. Sebab kalau anda masuk lambat, kononnya ingat Gate dekat. Sekali nun jauh di sana, memang terpaksalah berlari-lari anak. Kemungkinan masalah lain seperti tercicir barang atau lain-lain akan terjadi. Maka, masuk awal ok?

Itinerari

 lost

Untuk yang ikut pakej bolehlah senang hati, sebab ada orang yang lebih pakar dah susun aturkan perjalanan. Tapi, still kita perlu jugak tahu tempat-tempat yang bakal dilawati. Boleh buat research serba sedikit sebelum pergi. Jadi, tidaklah kita nanti terpinga-pinga bila sampai. Bagi mereka yang backpackers, siap sedia itinerary supaya tidak bazir masa. Buat preparation terlebih dahulu sebelum fly, lokasi penginapan, kos transport, tempat makan dan banyak lagi. Nanti taklah masa tu baru nak Google dan sebagainya. Plan awal, untuk perjalanan yang lancar.

  1. DUIT (IKUT NEGARA)

 won

Apa yang pentingnya tukar duit sebelum bertolak? Kat sana nanti pun ada Money Changer.

Betul. Memang di sana nanti ada Money Changer. Cuma, keadaan ekonomi negara yang tidak berepa stabil ini menyebabkan tak banyak money changer di luar negara menerima ringgit sebagai tukaran wang. Kalau tak nak tukar banyak pun, tukar sikit dulu. Just incase sampai nanti kita perlu beli keperluan atau barang ketika kecemasan, kita sudah siap sedia duit dan tidak cemas untuk mencari money changer. Sedikit tips tukar duit, memandangkan semua pun tahu, matawang Malaysia berada ditahap yang agak teruk, maka, disarankan tukar duit ke matawang USD. Insyaallah, matawang USD ni diterima di mana-mana negara. Pastikan anda check rate terkini currency yang akan anda tukar di internet. Boleh check di sini >>> (XE RATE CONVERTER) 

Kad ATM

Sebagai backup, kad ATM yang digunakan di Malaysia boleh diaktifkan untuk pengeluaran luar negara. Caranya amat mudah, hanya perlu call bank atau ke cawangan bank berhampiran untuk mengaktifkan kad ATM anda. Kalau Maybank, boleh buat melalui Maybank2u je. Selain dari Maybank, boleh cuba tanya pihak bank atau bertanya Encik GOOGLE.  Tujuannya, bila kata ada kecemasan, terputus duit ke (sebab terlebih shopping) bolehlah mintak bantuan dari ahli keluarga kat Malaysia salurkan duit dulu.

Seeloknya, sediakan duit kecemasan jika ke mana-mana. Pastikan jika sedang travel, jangan bawa semua duit yang ada ketika berjalan. Dikhuatiri anda dirompak atau duit tercicir, anda akan sehelai sepinggang. Sekarang ini banyak dijual travel beg yang bersaiz kecil dan mudah dibawa kemana-mana. Traveller biasanya menggunakan beg macam itu untuk bawa barang penting seperti passport dan duit.

\

  1. PAKAIAN YANG SESUAI

Sebelum bercuti, study sedikit info tentang suhu, cuaca kat tempat yang nak dituju. Bukannya apa, at least kita tahu pakaian apa yang sesuai nak bawa, tempat tu ada berapa musim dan sebagainya. Kalau musim sejuk, pastikan anda bawa pakaian yang secukupnya. Pakaian yang betul, sedikit sebanyak membantu untuk menjaga suhu badan dan mengelakkan demam.

Baca:  Panduan Pakaian musim sejuk

apparel

Pastikan anda bawa pakaian secukupnya dan sesuai mengikut tempoh percutian. Jangan terlalu excited untuk bawa 1 almari pakaian. Rancang baju dan seluar apa ingin dipakai mengikut bilangan hari anda bercuti. Anda mungkin akan berbelanja ketika travel seperti membeli tshirt, bukankah anda boleh menjimatkan size luggage dengan bawa beberapa helai sahaja. Harga luggage untuk setiap company airlines sekarang dah makin mahal, harus bijak merancang kos travel.

  1. KASUT

kasut

Pilih kasut yang sesuai dan paling penting selesa. Biasanya, kalau time bercuti ni kita banyak berjalan. Salah pakai kasut, kaki boleh sakit dan melecet. Antara kasut yang selesa untuk banyak berjalan, dicadangkan sport shoes. Banyak lagi kasut yang sesuai dan fashionable. Terserah pada kita untuk pilih jenis yang mana asalkan ia selesa dan sesuai dengan keadaan dan musim. Silap pakai kasut, kita sendiri merana, habis hilang mood bercuti.

  1. TOILETRIES

Contoh Toiletries

Bawa shampoo, berus gigi dan pencuci muka. Ada antara tempat penginapan sama ada hotel atau guesthouse yang menyediakan shampoo dan shower gel. Kita juga boleh bawa alatan mandi sendiri jika dikhuatiri alatan yang disediakan itu tidak sesuai untuk diri kita. Kalau untuk penerbangan yang makan masa berjam-jam lamanya, disarankan bawa berus gigi dan ubat gigi bersama ketika didalam flight supaya kita berasa segar dan fresh untuk bercuti selepas tiba ke destinasi.

  1. FIRST AID KIT

Apa yang perlu ada dalam First Aid Kit?

 medicine

Benda yang paling utama adalah ubat. Contohnya, Panadol, ubat selesema, ubat cirit-birit, ubat tahan muntah dan sakit kepala. Ubat-ubat ni semua penting disaat kita memerlukan. Selain dari ubat, perlu ada plaster untuk luka atau melecet dan juga minyak angin. Time sakit perut, loya, sakit kepala boleh buat sapu. Boleh juga, standby krim panas untuk muscle, macam Muscle Pain tu. Dah penat seharian berjalan, sebelum tidur lumur kat kaki, lepas tu pakai stoking terus tidur. Insyaallah, selesalah sikit rasa kaki untuk berjalan next day tu.

Oh, nak pesan. Kalau anda yang nak bercuti ketika musim sejuk, jangan lupa bawa lip bum, ya? Untuk elak bibir kering pecah-pecah. Kalau pecah nanti sakit dan sangat pedih. Nak makan pun tak selesa.

  1. GADGET

check list travel

Powerbank/Kamera/Handphone

Tiga barang ni antara barang penting dan harus dibawa ketika percutian. Powerbank yang kita bawa boleh digunakan ketika tiada power supply untuk charge camera atau handphone. Bila bercuti, kita suka bergambar. Jadi bateri kamera anda mungkin cepat habis. Elakkan daripada kehabisan bateri supaya kenangan anda dapat dimemorikan dalam handphone dan camera. Sekiranya, ada kamera yang canggih tu, bawalah bersama ketika bercuti untuk merakam gambar kenangan. Kalau boleh pastikan ada satu lagi bateri extra sebagai backup. Tapi kalau tak ada kamera pun tak ada masalah. Kamera handphone pun dah cukup. Lebih kecil dan ringan untuk dibawa. Asal pandai cari angle, Insyallah hasilnya mesti terbaik.

Universal Travel Adapter

Universal Travel Adapter

Selain dari tu, universal adapter pun penting untuk dibawa bersama. Sebabnya, lain Negara, lain mata plugnya. Disarankan untuk bawa wire extension sekali jika travel dalam kumpulan yang besar. So, bolehlah anda charge barangan elektronik sendiri dan kawan-kawan tu sekali serentak. 

Baca : Jenis Plug di luar negara

\

  1. MAKANAN

Sebagai langkah penjimatan, boleh standby bawa makanan atau minuman segera contohnya macam Maggi, Milo/Nescafe 3-in-1, atau pek lauk Brahim’s. Tak salah pun kalau nak bawa rice cooker yang khas untuk travel. Kos makan di restoran antara kos paling tinggi ketika travel. Apa salahnya kita kurangkan kos tersebut dengan bawa makanan siap-siap dari rumah. Selain dari tu, disarankan juga bawa biskut atau roti yang pek kecil tu, supaya senang nak dibawa. Bila-bila terasa lapar, boleh buat alas perut.

 noodles

Diharap dengan serba sedikit perkongsian dan pengalaman diri ini, dapat membantu anda yang asyik terfikir apa yang perlu prepare sebelum nak berjalan jauh ni. Especially, untuk yang baru first time nak travel. Passport jangan lupa check ya. Pastikan travel date anda 6 bulan sebelum tamat tempoh. Ini agar impian bercuti anda tidak hanya berakhir di pintu airport sahaja. Masa tu, musnah dan punahlah segalanya. Semoga perjalanan dan percutian korang berjalan lancar. Insyaallah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *