7 Perkara & Aktiviti mesti buat ketika Winter (musim sejuk) di Seoul Korea

Jangan biarkan kesejukkan 0 celcius menghalang anda untuk berseronok dan enjoy percutian di Korea.
Banyak aktiviti (things to do) yang boleh kita lakukan ketika winter sebenarnya. Ramai orang bertanya kepada kami, kalau cuaca sejuk, boleh ke berjalan? Selesa ke nak melancong? Kami senaraikan perkara yang anda boleh lakukan ketika bercuti di Seoul Korea.

 

1. Bermain Outdoor Ice Skating di City Hall

 photo winter-package-seoul_zps73080e75.jpg

Jika anda mengidamkan meluncur ais bersama yang tersayang dan sahabat karib sambil berpegangan tangan, ini adalah tempatnya. Sebuah kenangan indah yang tercipta ketika meluncur hanya berbumbungkan langit, berlantaikan ais dan berdindingkan pemandangan bandaraya Seoul yang tersergam indah. Kos untuk bermain ice skating ini hanya serendah 3000 Won sahaja.

 

 

2. Berhibur di Lotte World Theme Park

 photo korea-tourguide_zps4af0cbf4.jpg

 photo lotte-world-pakej-cuti-korea_zpsc860de85.jpg

Keunikkan Taman tema Lotte World yang mempunyai 2 bahagian iaitu outdoor dan indoor menjadi tarikan utama pelancong dan masyarakat tempatan  ketika musim sejuk (winter). Bukan sahaja mempunyai sebuah istana(castle) ala-ala Disneyland, malah bahagian taman indoor theme parknya juga antara yang terbesar di Asia. Anda tidak perlu risau dengan suhu sejuk yang extreme ketika bermain rollercoaster di sini. Jangan terkejut jika salji turun di dalam bangunan kerana itu adalah tarikan istimewa yang disediakan bagi menghidupkan lagi suasana winter.

3. Bermain ski dan snowboard

 photo main-ski-korea_zps117c047a.jpg

Jangan lepaskan peluang merasai pengalaman bermain ski atau snowboard di kawasan pergunungan Korea. Banyak ski resort yang cantik dan besar untuk dikunjungi. Ini adalah tempat paling sesuai untuk anda bermain salji dan bergambar belatar belakangkan gunung yang diliputi salji yang tebal. Aktiviti bermain ski ini hanya boleh dilakukan ketika musim sejuk sahaja.

4. Korea Grand Sale

 photo korea-grand-sale-shopping_zps93e7f4ea.jpg

\

Sesuai bagi anda yang kaki shopping dan suka membeli belah. Setiap tahun, Korea mengadakan event Korea Grand Sale ketika musim sejuk (winter). Ia biasanya berlangsung dari awal bulan Januari hingga pertengahan bulan Febuari. Ketika itu, diskaun harga barang terutamanya pakaian dan kosmetik memang berganda-ganda. Myeongdong shopping street adalah antara lubuk shopping barang-barang berjenama dan murah ketika Grand  Sale ini.

Baca : List street food halal dan popular di Korea

5. Winter Street Food

 photo winter-street-food_zpscae833fa.jpg

Ketika musim sejuk, banyak gerai-gerai di tepi jalan yang menjual kuih dan makanan yang sedap dan enak dimakan ketika musim sejuk.  Bayangkan ketika anda kesejukkan, anda menghirup sup panas sambil makan odeng(fishcake) yang sedang berasap-asap. Pelbagai jenis makanan yang boleh dicuba seperti sweet potatoes, chesnuts, manisan korea (hotteok) dan macam-macam lagi. Gerai-gerai ini dapat dilihat merata-rata di sekitar bandaraya Seoul.

 

 

6. Santai di Kafe atau coffee shop

 photo cute-cafe_zpsdc3ed832.jpg

Korea terkenal dengan café yang sangat kiut dan style. Order secawan kopi dan duduk di dalam kafe sambil melihat salji turun. Orang Korea menjadikan kafe sebagai tempat bersantai bersama kawan dan berehat ketika penat berjalan seharian. Dekorasi dan design yang cantik membuatkan kafe menjadi tempat persinggahan ketika musim sejuk selain dapat memanaskan badan dan menenangkan fikiran.

 

7. Melawat Pulau Nami ( Winter Sonata Tour )

winter-package-korea

Pulau Nami (Nami Island) terkenal disebabkan oleh drama Korea paling hit iaitu Winter Sonata. Keindahan Pulau Nami yang sangat cantik sepanjang musim membuatkan ia lebih dikenali dan mempunyai ramai pelawat. Nami terletak di kawasan pergunungan dan pendalaman Korea. Oleh sebab itu keadaan sangat sejuk ketika musim sejuk dan salji lambat cair. Jadi sesuai untuk mereka yang ingin bermain salji dan bergambar ala-ala pelakon drama winter sonata.

Baca : Aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Nami Island Korea

 

***

P/S : Dapatkan pakej percutian musim sejuk Korea di sini >>> WINTER PACKAGE TO KOREA