Panduan Pakaian 4 Musim di Korea

Sebelum pergi bercuti, kita harus ambil tahu musim, suhu, cuaca dan keadaan di sesebuah negara yang ingin kita lawati. Musim yang berbeza memberikan pengalaman yang berbeza terutamanya dari sudut cuaca. Tidak seperti di negara kita, suhu dan musim adalah sama sepanjang tahun. Oleh itu, baju yang kita pakai sesuai dari bulan 1 hingga 12. Tidak seperti negara yang mempunyai banyak musim seperti Korea.

Korea mempunyai empat musim yang berbeza iaitu musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Musim-musim ini berubah mengikut bulan setiap tahun.

Setiap musim mempunyai suhu yang berbeza. Oleh itu, pemilihan baju atau pakaian yang sesuai sangat penting mengikut tarikh percutian kita. Mari kita lihat, pakaian apa yang sesuai untuk setiap musim supaya kita boleh merancang baju apa yang perlu kita bawa ketika bercuti nanti.

Musim Sejuk (Winter)

14573017_1516745408352005_5726216039827856252_n

Tempoh musim sejuk di Korea ialah pada bulan Disember hingga Februari. Tentu ramai di antara anda familiar dengan drama korea meletup suatu ketika dahulu yang bertajuk Winter Sonata. Tajuknya pun amat sesuai dengan ciri-ciri musim sejuk di Korea ini. Dengan salji yang putih gebu halus, amat mengasyikkan dan menjadi idaman bagi mereka yang datang dari negara iklim panas untuk merasai pengalaman sejuk dan salji di Korea. Suhu purata ketika musim sejuk di Korea adalah sekitar -5  hingga 2 darjah celcius.

Oleh itu, pilihan pakaian yang sesuai amat penting bagi mengelakkan anda daripada kesejukkan. Biasanya, penduduk di Korea memakan baju berlapis 3 hingga 4 helai.

Contoh susunan lapisan pemakaian ialah :

1. Long john
2. Tshirt
3. Sweater
4. Winter Coat
5. Snowcap/beanies
6. Scarf
7. Sarung tangan (gloves)
8. Boots

Untuk info lanjut tentang pakaian winter, boleh baca di sini : TIPS PAKAIAN MUSIM SEJUK

Musim Bunga (Spring)

14902850_1516745305018682_6596995793092380511_o

Musim bunga merupakan musim paling dinanti-nantikan oleh orang Korea dan juga pelancong asing.Ketika musim inilah adanya Festival Cherry Blossoms atau Sakura yang diadakan banyak kawasan terutamanya di Bandar Seoul. Korea dihiasi dengan banyak bunga yang cantik dan unik. Musim bunga di Korea adalah pada bulan March, April dan May. Anggaran suhunya pula sekitar 10 hingga 18 darjah celcius.

Istimewanya musim bunga di Korea, suhu ketika itu tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Bagi pelancong, suhu begini sangat ideal untuk melawat tempat menarik dengan tenang dan selesa. Pakaian seperti sweater, cardigan, pullover, hoodies, dan jaket nipis sudah memadai untuk dipakai ketika melancong pada musim bunga.

Anda mungkin perlukan info ini jika rancang untuk travel ke Korea pada musim bunga : Tempat menarik di Korea ketika musim bunga

Musim Panas (Summer)

14568078_1516745341685345_5970247259145755510_n

Musim panas bermula daripada bulan Jun hingga Ogos. Kemuncak musim panasnya adalah pada bulan Ogos dengan suhu dianggarkan sekitar 35 darjah celcius. Panas di Korea tidak sama seperti di Malaysia, Singapore atau Indonesia. Panas ketika summer di Korea adalah panas kering. Waktu siang di Korea juga panjang ketika musim ini berbanding musim yang lain. Jadi,  banyak aktiviti yang boleh dilakukan dalam 1 hari kerana waktu malam yang agak lewat.

Jika anda bercuti ke Koreaa pada musim ini, anda tidak perlu beli kelengkapan pakaian lain. Cukup dengan pakaian yang anda selalu pakai di negara sendiri. Elakkan memakai pakaian yang tebal, tapi pakai pakaian yang dibuat daripada kain yang sejuk seperti cotton atau tshirt biasa.

 \

Musim Luruh (Autumn)

14907161_1516745365018676_4718507630634588591_n

Musim luruh bermula daripada bulan September hingga November. Pada awal dan akhir musim luruh, hujan kerap turun kerana untuk menyeimbangkan suhu. Nasihat kami, jangan pilih tarikh terlalu awal musim luruh atau hujung musim kerana hujan kerap turun dan aktiviti yang ingin dilakukan agak terhad. Pada bulan September, kebiasaanya suhu masih seperti musim panas cuma agak dingin pada waktu malam. Kemuncak musim luruh adalah pada bulan 10 dan awal bulan 11. Anggaran suhu pada musim luruh ini sekitar 10 hingga 16 darjah celcius. Jadi, pemakaian ketika musim ini adalah hanya jaket nipis/cardigan, trench coat, scarf dan kasut yang sesuai sangat disarankan.

Baca lagi : Tempat menarik di Korea pada musim autumn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *