Pakej Muslim Korea Selatan

KOREA Ground Package (Pakej MUSLIM Bajet Korea)

pakej-murah-korea

Muslim Package Tour to Korea

Lurima Travel yang terdiri daripada Graduan dan Pelajar Malaysia yang menetap di Korea merupakan freelance tour guide yang berpengalaman menguruskan perkhidmatan pengurusan trip percutian ke Korea sejak 5 tahun yang lalu.

Kami sedar, pelbagai masalah dan risiko yang dihadapi oleh pelancong terutamanya pelancong Muslim yang datang bercuti ke Korea. Oleh sebab itu, kami telah sediakan pakej percutian muslim ini khas untuk pelancong Muslim yang ingin merasai percutian yang menyeronokkan dan berbaloi di Seoul Korea Selatan.

_____________________________________________________________________________________

 

Tentatif

Hari Pertama

– Ketibaan di Incheon International Airport, Korea

(Disambut oleh Tour Guide Lurima Travel)

– Bergerak ke Guest House di Seoul
(Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Lurima Travel menyediakan Private Van dari Airport terus ke pintu Guesthouse bagi keselesaan pelancong)

 

Historical tour

 

Gyeongbuk Palace

(Perkampungan DiRaja ketika dinasti Joseon. Melihat peninggalan istana lama yang masih kukuh dan senibina asli Korea.
Selain itu, terdapat ‘Guard Changing Ceremony’ dihadapan istana dan mengambil peluang bergambar dengan pengawal istana yang lengkap berpakaian Pahlawan Tentera Lama Korea.
– Gwanghwamun Square dan King Sejong Statue

(Terdapat Statue besar Raja Sejong yang merupakan pencipta tulisan Korea yang disebut ‘Hangel’ dan merasai pengalaman menulis nama sendiri dengan tulisan Korea. Terdapat juga air pancut yang sangat unik di sini. )

 

Chongae Stream

(Sungai yang dahulunya kotor, kini dibaikpulih dan menjadi satu tarikan utama pelancong yang datang ke Korea. Anda akan merasa ketenangan ketika berada di sini walaupun lokasi sungai ini berada ditengah-tengah kota metropolitan Seoul)


Insadong Art Street

(Jalan yang menjadi tumpuan penggemar barang art dan juga sourviner. Terdapat pelbagai kedai yang menjual hasil seni dan barang traditional. Jangan lepaskan peluang merasai kuih tradisi yang dijual di sini dan melihat persembahan kebudayaan masyarakat Korea.)

 

Hari Kedua

Sarapan pagi di Guesthouse.

Winter Sonata Tour

Nami Island

(Bergerak menuju ke Nami Island dengan menaiki keratapi laju yang dipanggil ITX. Kelajuan melebihi 200KM/H dan sangat selesa. Sepanjang perjalanan, anda boleh melihat kawasan perkampungan Korea dan pemandangan gunung ganang yang indah.
Anda juga akan menaiki Cruise menyusuri sungai Bukhan untuk ke Nami Island. Anda tidak akan menyesal melihat pemandangan yang sangat cantik ketika berada di atas cruise.
-Lunch ‘Nasi Goncang’ di Nami Island.

(Selepas makan tengahari, nikmatilah pemandangan indah Pulau Nami selain boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti berbasikal dan melawat tempat shooting drama popular “WINTER SONATA” . )

 

– Sindang Tokkpuggi Town (Dinner)

(Makan malam di Tokkpuggi Town. Daerah Sindang sangat terkenal dengan makanan tradisi masyarakat Korea iaitu Tokkpuggi.
Tokkpuggi adalah sejenis rice cake yang hanya terdapat di Korea. Kita akan menikmati mee Korea iaitu Rapuggi. Rapuggi adalah gabungan antara Ramyon(RAMEN) dan Tokk (Rice cake) . Rasanya sangat sedap.

 

Hari Ketiga

Sarapan pagi di Guesthouse.

Culture and Lifestyle Tour

– Namsan Hanok Village

(Terdapat rumah tradisional Korea yang unik di sini. Anda juga berpeluang memakai pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok dan bermain permainan tradisional orang Korea. Tempat ini sangat cantik untuk bergambar kerana kedudukannya di kaki bukit Namsan. )

Lunch di Itaewon Street.

 

– Itaewon Street

(Itaewon Street adalah jalan yang dipenuhi dengan banyak restoran dari serata dunia. Di kawasan ini terdapat banyak kedai makan Halal . Anda boleh merasai kebab dan ais krim turki yang menjadi kegembaran orang Korea.)

Seoul Grand Mosque

(Satu-satunya masjid yang terdapat di bandar Seoul. Di sini kita boleh lihat gaya hidup masyarakat muslim Korea dan melihat seni bina masjid yang unik. Kedudukan Masjid ini terletak di atas bukit, jadi dari jauh anda boleh melihat kubah dan ‘Allahuakbar” yang sangat besar.)

 

Seoul Namsan Tower

(Menara yang terletak di puncak bukit Namsan ini sangat indah. Dari atas anda boleh melihat seluruh bandaraya Seoul. Jangan lepaskan peluang melawat ke “KEY OF LOVE” di bawah menara. Tempat dimana banyak mangga kunci yang diletakkan disini oleh pasangan bercinta. Selain daripada pemandangan yang indah, anda akan merasai suasana romantik seperti dalam drama Korea.)

 

Hari Keempat

Shopping Day

– Namdaemun Market

(Antara pasar tertua yang terdapat di Bandar Seoul. Namdaemun Market terkenal dengan menjual pelbagai jenis barangan.
Di sini, terdapat banyak souviner dan cenderahati yang dijual dengan harga yang murah berbanding dengan tempat lain. Tempat wajib pelancong yang ingin membeli souviner. Terdapat juga bazar Brooch yang menjual brooch dengan batu pelbagai jenis dan warna dengan harga yang sangat murah)

 

– Myeongdong Shopping Street

(Pusat membeli belah yang menjadi tumpuan pelancong. Bagi peminat fashion dan cosmetic, ini adalah tempat yang sesuai untuk dilawati kerana terdapat berpuluh-puluh kedai cosmetic yang pelbagai jenis di sini. )

 

Hari Kelima

Time to say goodbye Korea.

Bergerak ke Airport dengan menaiki private van yang disediakan oleh Lurima Travel.

 

* Info: Kami juga menawarkan pakej untuk 6 hari 5 malam .

Additional untuk tempat lawatan yang lain juga boleh disediakan di dalam pakej.

_______________________________________________________________________________________

PENERANGAN

Penginapan – Guesthouse

(Kelebihan penginapan kami adalah kedudukan yang strategik di kawasan tumpuan pelancong iaitu di Myeongdong. Selain itu, guesthouse kami dilengkapi dengan FREE WIFI, BREAKFAST dan PRIVATE BATHROOM bagi keselesaan pelancong. Anda tidak perlu berjalan jauh untuk ke Subway Station dan boleh bersiar-siar di Myeongdong Shopping Street ketika waktu malam dengan selamat)

Pengangkutan – Seoul Metro Subway

(Kemudahan Subway di Korea yang sangat selesa dan convinient menjadi pilihan ramai pelancong untuk melancong ke Korea dengan menaiki Subway. Selain daripada menjimatkan masa perjalanan (tidak perlu menghadap kesesakan lalulintas), kita dapat melihat budaya Korea dengan lebih dekat)

Private Van daripada Airport

(Kami sangat mementingkan keselesaan pelancong. Pelancong tidak perlu susah payah untuk mengangkat luggage. Dengan kemudahan private van yang kami sediakan, perjalanan menuju ke guesthouse dan airport menjadi lebih mudah, selesa dan tidak memenatkan.)

Makanan – Korean Halal Food

(Sememangnya makanan Korea sangat sedap dan sesuai dengan kita. Kami akan bawa anda merasai makanan Korea yang halal sepanjang trip.)

Tour guide – Rakyat Malaysia yang berpengalaman, mesra dan fasih berbahasa Korea, English dan Bahasa Malaysia.

(Pengalaman menetap di Korea lebih dari 4 tahun menjadikan tour guide kami tahu selok belok Korea. Kami akan melayan anda seperti keluarga sendiri. Kami pastikan percutian anda selesa dan menyeronokkan. )

_______________________________________________________________________________________

GAMBAR KENANGAN PELANCONG BERSAMA LURIMA TRAVEL

<<KLIK>>

_______________________________________________________________________________________

TESTIMONI 

Lihat testimonial dan feedback daripada pelanggan yang telah melancong ke Korea bersama Lurima Travel di sini.

<<KLIK>>

_______________________________________________________________________________________

HUBUNGI KAMI

Dapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi kami di sini.

<<KLIK>>