Tips Pakaian (outfit) ketika musim sejuk (winter)

PAKAIAN YANG SESUAI KETIKA MELANCONG DI MUSIM SEJUK

Musim sejuk(WINTER) merupakan salah satu musim yang menjadi kegemaran pelancong khususnya yang datang dari negara yang bercuaca panas. Musim sejuk di Korea kebiasaannya bermula pada awal December setiap tahun dan berakhir pada bulan Februari tahun berikutnya. Bagi menikmati keindahan musim sejuk, pelancong disarankan untuk menyediakan pakaian yang sesuai dipakai pada musim ini. Ini adalah bagi mengelakkan pelancong dari jatuh sakit ketika di dalam tempoh percutian. Alangkah ruginya percutian yang dinantikan untuk jangka masa yang lama berakhir dengan anda hanya berkurung di dalam hotel atau guesthouse sahaja.

pakej-korea-muslim

Oleh itu, adalah penting bagi setiap pelancong untuk mengetahui dan mengenali jenis-jenis pakaian yang sesuai digayakan pada musim sejuk. Ramai yang berpendapat bahawa kita tidak dapat bergaya atau berfesyen pada musim sejuk. Salah. Musim sejuk sama sekali tidak pernah menghalang anda untuk tidak bergaya. Tetapi, penting untuk kita memakai pakaian yang mampu memanaskan dan mengekalkan suhu badan kita. Usah dipersoal sekiranya kita melihat sebahagian dari penduduk tempatan di negara yang ingin kita kunjungi memakai pakaian yang mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka, ini adalah kerana mereka mengambil minuman berakohol untuk memanaskan badan mereka. Maka tidak hairanlah mengapa mereka mampu berpakaian sebegitu ketika musim sejuk. Tetapi bagi kita yang tidak boleh menyentuh minuman tersebut, jenis pakaian yang betul dan sesuai sahaja yang mampu memanaskan badan kita dari kesejukan.

\

 

Jenis pakaian untuk dibawa melancong ketika winter :

 

1. Woolen Sweater (Baju Panas Berbulu)

Sedikit info mengenai Wool, ianya merupakan bulu yang lembut dan beralun yang datang daripada haiwan seperti kambing biri-biri.

Wool atau bulu semula jadi adalah lebih baik dari yang berjenis acrylic. Wool dan acrylic adalah dua jenis benang yang berbeza.

baju-winter

Acrylic adalah benang sintetik yang boleh didapati dengan harga yang murah. Oleh itu, barangan yang diperbuat daripada acrylic tentunya dijual dengan harga yang murah. Kebaikan acrylic adalah ianya senang dijaga dan tidak gatal sekiranya terkena pada kulit. Selain itu, pakaian yang diperbuat daripada acrylic adalah lebih ringan daripada yang diperbuat daripada wool dimana ianya sesuai dipakai oleh kanak-kanak kerana ianya lebih selesa.

2. Scarf, Gloves & Stockin (Skaf, Sarung Tangan dan Stokin)

Glove

Jika anda masuk ke kedai yang menjual pakaian musim sejuk, pastinya akan ada satu bahagian yang mempamerkan pelbagai jenis sarung tangan yang berlainan material. Untuk kelihatan nampak bergaya, bolehlah memilih sarung tangan yang berjenis kulit(leather). Tetapi, sesetengah orang berpendapat sarung tangan kulit tidak terlalu memberi kehangatan. Selain itu, kebiasaanya sarung tangan tidak mempunyai saiz kecuali yang membezakannya adalah untuk yang berlainan jantina atau kanak-kanak. Ianya juga tidak memeri(stretchable) dan tentunya tidak memberi keselesaan bagi pemakai yang mempunyai tangan bersaiz lebar.

glove-winter

Ramai berpendapat sarung tangan yang diperbuat daripada wool adalah lebih selesa. Tetapi ianya mudah basah sekiranya terkena air atau salji. Selain kulit dan wool, terdapat juga sarung tangan yang diperbuat daripada PVC dan acrylic. Pastinya boleh didapati dengan harga yang lebih murah.  Tetapi kekurangan sarung tangan yang diperbuat daripada kedua-dua bahan ini tidak memberi kehangatan yang secukupnya dan membuatkan tangan berpeluh sejuk.

Skaf / Mafla

Credit to lucine-a.com

Seterusnya ialah berkenaan skaf. Skaf digunakan untuk membalut bahagian leher bagi mengekalkan suhu badan. Skaf yang diperbuat daripada wool adalah lebih baik berbanding yang lain. Tetapi andai kata anda memiliki Pashmina shawl, mengapa perlu membazir? Ianya turut boleh digunakan untuk membalut bahagian leher dengan bermacam-macam gaya kerana saiznya yang lebih panjang. Selain itu, ada ketikanya kita akan merasa sukar untuk bernafas ketika berada didalam keadaan yang sejuk. Anda boleh tarik skaf yang telah dibalut dileher untuk menutup hidung dan mulut anda. Kemudian bernafas seperti biasa.

Stokin

Stokin juga adalah lebih baik dari jenis wool. Anda juga boleh menggunakan stokin jenis biasa, tetapi anda disarankan untuk memakai beberapa lapis disebabkan material yang digunakan untuk stokin biasa tidak dapat memastikan anda untuk kekal panas.

Baca: Aktiviti mesti buat jika travel ke Korea pada musim sejuk

 

3. HeatTech/ Long John

Thermal wear seperti HeatTech dan longjohn adalah sesuai digunakan ketika suhu mencecah 5 darjah celsius dan ke bawah.

credit to thestylishtraveler.com

HeatTech merupakan baju lengan panjang  yang nipis, ringan, selesa dan menghangatkan. Baju ini hanya boleh didapati di kedai menjual pakaian sejuk. Tujuan Heattech atau longjohn ini adalah untuk mengekalkan haba dan menambah lapisan pakaian supaya tidak terlalu sejuk ketika berada di luar (outdoor).

Thermal wear ini dipakai sebagai lapisan pertama sebelum memakai baju lapisan kedua dan seterusnya.

4. Jacket / Winter Coat

Pastikan anda memilih fabrik yang betul dan tentunya wool adalah pilihan terbaik serta mampu dimiliki berbanding cashmere yang lebih mahal. Perlu dipastikan ianya diperbuat daripada wool atau dilapisi wool. Lebih elok sekiranya lapisan luar jaket anda diperbuat dari bahan kalis air dan menggunakan wool disebelah dalam.  Disarankan juga agar dapat  memilih jaket yang mempunyai hood dan poket. Ini adalah supaya anda dapat menutup kepala ketika cuaca terlampau sejuk, manakala poket membolehkan anda memasukkan tangan sekiranya sarung tangan tidak berjaya menghangatkan anda.

winter-coat-jumper

Adalah lebih baik sekiranya jaket yang dipakai tidak terlalu besar. Seeloknya dipakai fit  dan melekat pada badan supaya dapat mengekalkan kehangatan. Selain itu juga dapat menghalang angin sejuk dari masuk ke dalam baju.

5. Kasut/ Boots

Ketika musim sejuk khususnya di kawasan yang bersalji anda digalakkan memakai boots. Ini kerana boots lebih tinggi daripada kasut biasa. Sekiranya anda pergi ke kawasan yang baru dituruni salji, potensi salji masih tebal adalah tinggi. Boots dapat mengelakkan kaki anda daripada basah sekiranya tenggelam ketika memijak salji. Anda perlu tahu sekiranya salji yang basah terkena kaki anda, seluruh tubuh badan akan mulai sejuk dari dalam.

boots-winter

Selain itu, anda juga boleh memakai kasut sukan seperti Running Shoe ketika musim sejuk. Tapak kasut sukan juga tebal dan tinggi. Sesuai digunakan sekiranya salji tidak terlampau tebal. Jika tidak, salji akan masuk dari bahagian buku lali. Jangan sesekali memakai kasut yang terbuka ketika musim sejuk. Ia amat bahaya untuk diri kita.

\

6. Topi/ Snow Cap/ Earmuff

Topi dan snow cap elok digunakan ketika berjalan di luar bangunan pada musim sejuk. Tubuh badan kita akan kehilangan haba dari mana-mana badan kita yang terdedah. Sudah tentu, kepala merupakan bahagian yang sentiasa terdedah kepada kesejukan. Maka, dengan memakai topi atau snow cap dapat mengurangkan tubuh badan kita daripada kehilangan haba secara berterusan.

snow-caps-winter

Earmuff atau alat penutup telinga juga boleh digunakan sekiranya anda sangat mementingkan penjagaan rambut supaya nampak kekal elok dan sempurna untuk setiap gambar anda. Anda boleh menggunakan earmuff sekiranya enggan memakai topi atau snow cap. Menutup telinga juga dapat membantu mengawal suhu badan anda.

 

Tips Pakaian Sejuk

Layer Layer and Layer (Pakaian berlapis)

Ramai yang berpendapatan, lebih tebal winter jumper/coat anda, lebih tahan tahap kesejukkan ketika kita memakai baju tersebut.

Ya, mungkin ada betulnya. Seperti selimut yang tebal, bila digunakan ketika tidur di dalam bilik yang sejuk lebih selesa jika dibandingkan dengan selimut yang nipis. Untuk pakaian, mereka di Negara sejuk seperti Korea atau Eropah, mereka lebih gemar menggunakan konsep pakai berlapis. Layer by Layer.

Dengan memakai pakaian yang berlapis-lapis, ia dapat memerangkap haba panas daripada terbebas ke persekitaran cuaca yang sejuk. Dimulakan dengan lapisan pertama iaitu thermal wear seperti longjohn, kemudian t-shirt biasa,  t-shirt jenis wool dan akhir sekali winter coat/ jumper.

P/S: Jika anda ingin berkongsi tips tentang pemakaian ketika melancong di Negara beriklim sejuk, sudi-sudilah tinggalkan komen dibawah. 🙂

 

Ads: Pakej Percutian ke Korea  untuk musim sejuk di sini. >>> PAKEJ PELANCONGAN

Instagram : @Lurima_Travel

19 thoughts on “Tips Pakaian (outfit) ketika musim sejuk (winter)

    • Berapa helai baju itu bergantung pada setiap individu.
      Jika melancong ke negara sejuk contoh seperti Korea, pakaian musim sejuk seperti glove dan stokin lebih murah dibeli disana.
      Jika bercadang untuk beli di negara yang ingin dituju, atleast bawa sehelai pakaian musim sejuk supaya tidak kesejukan sebelum ingin membeli belah.
      Pakaian winter seperti winter coat dan sebagainya boleh didapati dengan harga murah di bundle atau online. beli 2nd hand yang masih lagi dalam keadaan baik pun okay, boleh cari di mudah atau facebook. 🙂

    • Pakaian bergantung pada daya ketahanan individu. Long john, tshirt wool dan winter coat sudah okay , cuma jika tidak tahan, bawa sweater untuk pakai bersama. 🙂

  1. Hi,
    Boleh sarankan kedai yg mempunyai segala kelengkapan pakaian musim sejuk ini supaya lebih mudah utk memilih dan mendapatkannya.

    • Hi,

      ada sesiapa yang boleh bantu beri info tentang soalan ini?
      Jika tahu kedai atau tempat yang jual pakaian musim sejuk yang murah, boleh recommend ya. 🙂

      • Hai…kalau anda duduk di KL…boleh dapatkan kelengkapan untuk Winter di Kok Kong Winter Wear di Cheras..kedai yg sangat besar dan pelbagai pilihan…sampai tak mampu nak buat pilihan sebab terlalu banyak…saya akan ke Switzerland pada 03/02/2016 sehingga 15/02/2016..saya beli winter coat, winter boot dan kelengkapan lainnya semua di sana…

  2. as slm..saya akan ke korea pada minggu ke 3 bln mac ini. Di fahamkan pada masa itu adalah akhir musim sejuk / awal musim bunga.
    Apakah cara pemakaian yg sesuai pada suhu pada ketika itu?

    • Salam,

      Jacket dan sweater sangat sesuai ketika musim bunga.
      Jika tidak tahan sejuk, sediakan heattech/thermal/long john dan pakai bersama-sama dengan tshirt dan jacket.
      Musim bunga tidak terlalu sejuk dan suhu agak nyaman berbanding winter.

  3. Hai…
    Kalau nak cari kelengakapan untuk Winter…boleh pergi ke Kok Kong Winter Wear Jalan Cheras KL…kalau stay kat KL lah…terlalu banyak pilihan dan lengkap segalanya yang anda inginkan…harga berpatutan dan berbaloi…saya akan ke Switzerland pada 03/02/2016 sehingga 15/02/2016 ni..saya beli Winter Coat, Winter Boat, Thermal Wear semua kat situ…harga murah sikit berbanding Universal Traveller dan yg pasti banyak pilihan…

  4. Hi, saya akan ke korea pada 1 mei. Apakah cara pemakaian pada musim itu? Adakah saya perlu mmbawa jacket atau beli terus disana? Dari segi kasut pula mcm mana? Kasut jenis snickers sudah memadai?

    • Hi,

      Jacket nipis sudah mencukupi. Suhu pada bulan 5 tidak terlalu sejuk.
      sekitar 23celcius.

      Kasut snickers sangat sesuai kerana selesa untuk travel.

  5. Assalamualaikum wtb.
    Mohon pertanyaan kakak akan ke Eropa pada April2016, dijangkakan suhu disana lbh krg 13 ke 17c agak sejuk juga la. Apakah jenis baju sejuk yg sesuai dipakai dan kasut jenis apa. Tks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *