Mengenai Kami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terima kasih melawat website Lurima Travel. Kami doakan anda sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia bersama keluarga yang tercinta.

tour-guide-malaysian-di-korea

Pengenalan

Lurima Travel merupakan sekumpulan rakyat Malaysia yang menetap di Korea dan Jepun yang menyediakan perkhidmatan tour guide dan membantu menguruskan percutian terutamanya di Korea dan Jepun.

lurimatraveladmin

Berpengalaman menjadi tour guide di Korea dan Jepun sejak zaman universiti. Pengalaman melanjutkan pelajaran di University di Korea dan menetap lebih 8 tahun di Korea, fasih berbahasa Korea dan Jepun, memberi kami kelebihan untuk menguruskan pelancong, berkongsi dan memperkenalkan budaya dan tempat menarik kepada pelancong dengan terurus dan mudah. Objektif Lurima Travel adalah untuk berkongsi info travel bagi membantu ramai orang melancong dengan mudah dan seronok.

 

Pengalaman

Lurima Travel telah menguruskan percutian pelancong lebih dari 1000 orang pelancong setakat ini.

Destinasi utama pilihan pelancong adalah Seoul, Jeju Island dan Tokyo. Kelebihan Lurima Travel menetap di kedua negara ini memudahkan kami menguruskan trip setiap pelancong yang datang dengan lancar dan selesa. Kami focus kepada private trip. Pelancong bebas memilih tarikh trip mereka kemudian pihak Lurima Travel akan menyediakan pakej mengikut kehendak dan menguruskan trip khas untuk group pelancong itu sahaja. Jadi, kebanyakkan kumpulan pelancong yang memilih perkhidmatan kami adalah dari kalangan trip keluarga, rakan pejabat, rombongan universiti dan syarikat.

 

Blog

Kami menjadikan blog Lurima Travel sebagai medium selalu berkongsi tip-tip percutian (tips travel) dan cerita-cerita menarik tentang destinasi percutian dan perkara berkaitan pelancongan (travel ).

 

Terima kasih sekali lagi kerana melawat website Lurima Travel dan teruskan membaca info dalam website ini.

 

Hubungi kami

Website      : www.lurimatravel.com

Facebook    : www.facebook.com/lurimatravel

Instagram    : lurima_travel

Email           : lurimatravel@gmail.com