Info Menarik Tentang Pulau Jeju

Bila cerita tentang bercuti ke Korea, pasti ramai yang hanya mengenali Seoul. Ini kerana Seoul adalah ibu negara bagi Korea Selatan dan kebanyakkan tempat menarik yang dipromosikan oleh Korea terletak di Seoul. Tahukah anda, ada sebuah pulau popular yang menjadi tumpuan pelancong di Korea?

Pulau Jeju (Jeju Island)

Pulau Jeju terletak di bahagian paling selatan Korea , mengambil masa 1 jam dari Seoul dengan menaiki pesawat (flight). Saiz Pulau Jeju agak besar, jika dibuat perbandingan, Pulau Jeju 3kali ganda besar dari Singapore. Besarkan?  Keluasan pulau ini adalah 1,848 kmdan kepadatanan penduduk di sini hanya 590,000 orang sahaja. Oleh sebab itu, pulau ini agak tenang dan tidak terlalu sesak.

peta-pulau-jeju

Pulau Jeju terbentuk dari letusan gunung berapi di dasar laut. Larva yang meletus keluar dan bertembung dengan air laut menghasilkan sebuah daratan yang subur. Oleh sebab itu, Pulau Jeju dikatakan sangat unik dan diiktiraf dunia sebagai one of 7 natural wonders of the world.

Jika anda melancong ke Pulau Jeju, anda akan dihidangkan dengan pemandangan yang sangat menakjubkan. Terdapat beberapa kawah gunung berapi yang sudah tidak aktif lagi di sekitar pulau ini. Oleh kerana Jeju merupakan bekas pulau gunung berapi, tanah di sini sangat subur. Banyak ladang buah-buahan dan ladang bunga yang boleh dilihat di sekitar pulau. Bagi pencinta alam semula jadi, Pulau Jeju pasti memikat hati anda.

\

Bandar Utama

Terdapat 2 bandar utama di Pulau ini, Jeju City dan Seogwipo City.

pulau-jeju-tour

Jeju City terletak di bahagian utara Pulau Jeju. Di Jeju City, terdapat bangunan kerajaan, pelabuhan utama, Universiti dan bangunan pejabat. Malah, Jeju International Airport juga terletak di Jeju City. Jika dibandingkan Jeju City dengan Seogwipo City, Jeju City lebih sibuk dan ramai penduduk.

Seogwipo City pula terletak di bahagian selatan Pulau Jeju. Aktiviti masyarakat di Seogwipo City lebih kepada pertanian dan pelancongan. Banyak tempat pelancongan menarik terletak di Seogwipo City. World Cup Stadium juga terletak di bandar ini.

Cuaca di Pulau Jeju

pakej-jeju-island

Seperti daerah lain di Korea, Pulau Jeju juga mengalami 4 musim. Cuma, musim sejuk di Jeju tidak terlalu sejuk berbanding di Seoul. Average temperature di Jeju pada musim sejuk hanya 5 celcius. Musim panas pula boleh mencecah 29celcius. Keadaan di Pulau Jeju agak berangin kerana dikelilingi laut.

Orang Korea ramai datang ke sini pada musim bunga dan panas kerana suhu yang nyaman dan tidak sejuk. Malah Pulau Jeju dikatakan paling cantik pada musim bunga dan panas berbanding musim lain.

Musim bunga dan panas merupakan peak season di Jeju Island.

Pengangkutan di Pulau Jeju

Jeju tidak mempunyai sistem keretapi atau subway seperti Seoul. Lebih dari separuh bahagian di pulau ini dipenuhi gunung, hutan, ladang dan kawasan perkampungan masyarakat Jeju. Oleh itu, pengangkutan utama di Jeju adalah kereta. Walaubagaimanapun, sistem public bus masih disediakan untuk memudahkan masyarakat Jeju dan pelancong.

Bagi pelancong, penggunaan bas awam di Jeju tidak dinafikan dapat menjimatkan kos. Cuma, bas awam disini tidak sekerap bas di Seoul. Malah, kawasan tarikan pelancong juga berselerak dan jauh. Sangt disarankan untuk menggunakan private transport seperti menyewa kereta atau mengambil servis taxi/bas pelancong.

tour-bus-jeju

Kami yang sering membawa pelancong ke Jeju selalu menggunakan kereta dan van sewa untuk tour di Jeju. Salah satu kelebihannya, pelancong tidak perlu terkejar-kejar dengan masa bas awam dan boleh cover banyak tempat menarik dalam 1 hari. Oleh kerana pulau Jeju ini penuh dengan pemandangan cantik, pelancong bebas untuk berhentikan kenderaan untuk menikmati view cantik dimana-mana yang mereka mahu.

Mesti baca : 7 Line Subway memudahkan pelancong di Seoul Korea

Makanan di Pulau Jeju

Jeju Island sangat terkenal dengan makanan laut (seafood). Pelabuhan di Pulau Jeju antara pelabuhan yang mengumpulkan hasil laut utama untuk diedarkan di seluruh Korea Selatan.

Makanan-korea-halal

Terdapat banyak restoran seafood yang menyajikan pelbagai jenis makanan laut Korea yang boleh dinikmati di pulau ini. Bagi pelancong muslim, agak mudah untuk mencari makanan kerana sememangnya Pulau Jeju penuh dengan restoran makanan laut.

Penginapan di Pulau Jeju

Terdapat pelbagai jenis penginapan di Jeju. Antaranya hotel, guesthouse dan Pension.

guesthouse-in-jeju

Bagi pelancong tempatan, mereka memilih guesthouse dan pension kerana lokasinya yang lebih dekat dengan tempat pelancongan dan lebih strategik berbanding hotel. Harga pula berbeza mengikut lokasi dan jenis penginapan. Hotel biasanya lebih mahal dari guesthouse dan pension.

Terserah kepada anda untuk memilih jenis penginapan yang mana sesuai untuk anda. Bagi kami, semua jenis penginapan ini adalah selesa. Masyarakat Korea sangat mementingkan keselesaan dan kebersihan.

Lokasi penginapan juga sangat subjektif. Di Pulau Jeju, ada 4 bahagian, utara (Jeju City), selatan (Seogwipo City), timur (Ilchul) dan barat (Hallim).
Pelancong biasanya akan mengambil masa 1 hari untuk habiskan tour di setiap bahagian pulau. Tempat penginapan ini sebaiknya dipilih mengikut itinerary trip pelancong supaya lebih mudah, menjimatkan masa dan kos pengangkutan.

\

Flight ke Jeju

Untuk ke Pulau Jeju, anda disarankan menaiki flight kerana menjimatkan masa perjalanan dan harganya berpatutan. Ada banyak syarikat Airlines tambang murah di Korea untuk ke Pulau Jeju. Antaranya adalah JejuAir, BusanAir, EastarJet, Tways airlines dan banyak lagi. Harganya bermula serendah 20,000won sehala. Bergantung kepada tarikh trip anda ke Jeju. Terdapat lebih dari 10 domestic flight ke Pulau Jeju dari Gimpo International Airport (SEOUL).

Mesti baca : 10 Tempat Menarik di Pulau Jeju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *