Happy New Year

Selamat menyambut tahun baru 2014.

– Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada anda yang telah sudi ‘like’ page ini dan mengikuti segala aktiviti dan perjalanan Lurima Budget Travel di sepanjang tahun 2013.

– Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami yang telah meletakkan kepercayaan kepada Lurima Travel untuk menguruskan trip percutian mereka. Kepuasan kami adalah melihat pelanggan-pelanggan kami seronok dan gembira dengan percutian mereka.
newyear
– Azam kami untuk tahun 2014 :

1. Menyediakan pakej menarik selain daripada pakej percutian esklusif ke Korea Selatan.

2. Memberikan layanan yang lebih baik kepada setiap pelanggan dan followers Lurima Travel.

3. Berkongsi pelbagai tips percutian yang berguna untuk mereka yang ingin bercuti di dalam dan luar negara.

Teruskan sokongan anda, kami sangat menghargainya.

Kami doakan agar anda semua mencapai impian yang anda inginkan, sihat tubuh badan dan sentiasa bahagia bersama keluarga yang tersayang.

‘No matter how hard the past, you can always begin again and every ending is just a new beginning’

– Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *