Gwanghwamun dan Cheonggyecheon

Assalamualaikum and Salam Sejahtera semua.

Gwanghwamun (광화문), dataran terletak di tengah pusat bandar Seoul. Merupakan pintu utama untuk masuk ke Istana Gyeongbuk (경북궁). Menjadi tumpuan pelancong jika datang ke Seoul, Korea Selatan.

Jika berada di sini, pengunjung dapat melihat kemodenan bandar Seoul dan juga tinggalan sejarah Istana Gyeongbuk yang mempunyai seni bina yang unik dan menarik.

Tugu bersejarah seperti King Sejong dan Admiral Yi Sun Shin antara tarikan di sini. Bukan sekadar dataran, di bawahnya terdapat museum King Sejong yang merupakan pencipta tulisan Korea yang dipanggil Hangel (한글).

Dari Gwanghwamun, pengunjung boleh berjalan kaki sambil menikmati pemandangan indah untuk ke Cheonggyecheon (청계천). Sungai yang telah dibaikpulih menjadi tarikan pelancong dan masyarakat Korea.

 



                    
                        			

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *