6 Tarikan Menarik di Seoul Namsan Tower

n-seoul-tower-

N Seoul Tower adalah salah satu simbol ikonik Seoul. Tempat ini kini telah menjadi satu tarikan pelancong popular di Korea. Seperti jambatan Pont Neuf di Paris, pelancong terutamanya pasangan bercinta akan dating di Seoul Tower untuk kunci “mangga cinta” mereka di pagar dan berharap bahawa cinta mereka akan kekal selama-lamanya.

Oleh kerana drama TV, program-program hiburan yang menampilkan selebriti popular kpop dan buku-buku panduan pelancongan, Seoul Namsan Tower telah menjadi tempat yang mesti dilawati oleh pelancong yang datang bercuti ke Seoul. Selain daripada itu, terdapat beberapa lagi tarikan menarik di sekitar N Seoul Tower. Continue reading

5 Tips Shopping di Dongdaemun

5 Tips Shopping di Dongdaemun

dongdaemun_shopping_di_korea

Dongdaemun merupakan antara tempat shopping yang terkenal di Seoul. Selain Namdaemun Market, Dongdaemun juga menjadi pilihan pelancong yang travel ke Korea. Tidak seperti Namdaemun, Dongdaemun Market terkenal dengan barang-barang fashion yang berkualiti tinggi. Terdapat lebih dari 3 shopping complex di kawasan Dongdaemun yang femes dikalangan pelancong dari Malaysia, Singapore, China malah dari Jepun. Ada diantara shopping complex di Dongdaemun yang hanya buka pada waktu malam kerana hanya menjual secara borong dan ia khas kepada mereka yang ingin berniaga. Oleh itu, Team Lurima Travel ingin berkongsi sedikit tips shopping di kawasan Dongdaemun.

  1. Cash Dalam Tangan

pakej_muslim_murah_korea

Sentiasa ada cash dalam tangan. Ini kerana kebanyakkan kedai di Dongdaemun hanya menerima cash dan bukan kad kredit. Jadi kita harus sediakan cash atau duit tunai secukupnya supaya kita dapat membeli-belah dengan senang dan gembira. Malah, kelebihan cash jika shopping di Dongdaemun, kita boleh tawar menawar dengan penjual. Penjual Korea lebih suka bagi diskaun jika kita cakap kita nak bayar secara tunai atau cash kepada meraka. Mungkin harga satu barang yang ingin kita beli boleh dapat diskaun lebih dari yang kita jangka. Continue reading

8 Tempat Paling Cantik di Seoul ketika musim luruh (Autumn)

musim luruh di koreaMusim luruh (autumn) di Korea adalah musim yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Korea. Selain suhu yang nyaman dan tidak terlalu sejuk, pemandangan di Korea lebih cantik berbanding ketika musim lain kerana pokok-pokok di Korea akan bertukar warna.

Musim luruh di Korea adalah pada bulan September, October dan November. Waktu kemuncak musim luruh di Korea bermula pada pertengahan bulan October.

pakej-trip-to-korea-autumn

Jika anda melancong atau bercuti ke Korea pada musim luruh, anda mesti melawat tempat-tempat yang ingin kami kongsikan ini.

  1. Cheonggaecheon

cheongae-stream-autumn

Sungai Cheongyecheon atau dikenali sebagai Cheongyecheon stream ini terletak di tengah-tengah bandaraya Seoul. Sepanjang sungai ini, terdapat banyak pokok renek yang berwarna-warni hanya pada musim luruh. Suhu yang nyaman akan buat anda melupakan segala masalah dan menenangkan jiwa sambil berjalan di tepi sungai Cheongyecheon. Continue reading

Tempat Menarik Wajib Lawat Jika Travel ke Jeju Island

Plan untuk melancong ke Jeju Island Korea?

Tahukah anda yang Pulau Jeju masih terpelihara dari pembangunan dan kemodenan Korea Selatan?
Pelancong yang bercuti ke Jeju biasanya mereka yang sukakan nature terutamanya gunung dan pantai.

Pulau Jeju menerima pelancong yang paling ramai pada musim bunga iaitu pada bulan March, April dan Mei. Low season di Jeju adalah pada musim sejuk. Kami kongsikan tempat menarik yang terdapat di Jeju Island untuk anda lawati.

  1. Seongsan Ilculbong

Pulau-jeju-tour-guide

Songsan Ilchulbong merupakan bekas gunung berapi yang telah wujud di Jeju sejak 100,000 tahun dahulu. Istimewanya kawasan ini, kita dapat melihat kawah gunung yang sangat cantik di tepi laut. Gunung ini terkenal kerana bentuknya yang unik dan pelancong datang ke sini untuk melihat matahari terbit (sunrise) kerana kedudukannya paling timur di bahagian pulau Jeju.

Perjalanan dari Jeju Airport ke Songsan Ilchulbong mengambil masa 1 jam 20 minit. Ia terletak dibahagian timur Jeju (East coast). Tapak gunung berapi ini diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage dan tempat tarikan utama pelancong yang bercuti di Pulau Jeju.

2. Cheonjiyeon Waterfall

air-terjun-waterfall-jeju-island

 

Cheonjiyeon Waterfall antara air terjun paling popular di Pulau Jeju. Walaupun kawasan air terjun ini terletak di dalam bandar Seogwipo, anda akan merasai ketenangan bila berada di kawasan Cheonjiyeon Waterfall ini kerana ia dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok dan tumbuhan exotic yang cantik.
Pengunjung tidak dibenarkan mandi di waterfall ini untuk menjaga kebersihan air sungai. Selain Cheonjiyeon Waterfall, ada 2 lagi waterfall popular di Jeju iaitu Cheonjeyeon waterfall dan Jeongbang waterfall.

 

3. Mount Halla

mount-halla-jeju

Mount Halla atau Hallasan adalah gunung paling tinggi di Korea. Pada musim sejuk, puncak gunung ini akan diliputi dengan salji yang tebal walaupun pulau Jeju tidak terlalu sejuk pada musim sejuk.
Sangat sesuai bagi yang sukakan aktiviti hiking. Jika anda mendaki gunung ini sehingga ke puncak gunung, anda akan dapat melihat kawah gunung berapi yang besar. Continue reading

Cara untuk ke Studio kpop entertainment seperti JYP dan SM Town di Korea

kpopIdols

Salah satu penyebab utama, mengapa Korea menjadi salah satu tempat tarikan pelancong adalah disebabkan selebriti-selebriti mereka, tidak kira sama ada penyanyi mahupun pelakon. Jika anda peminat KPOP, pastinya nama-nama agensi yang popular ini biasa anda dengari. Kalau dah sampai ke bumi sonata pasti anda tidak mahu melepaskan peluang untuk melawat bangunan agensi-agensi artis kesukaan anda. Tak susah sebenarnya jika anda nak pergi sendiri. Kalau sesat tu adat dan pastinya akan menjadi salah satu kenangan manis anda dan rakan-rakan. Jom, kami kongsikan cara bagaimana nak pergi ke bangunan agensi-agensi tersebut. Untung-untung boleh jumpa artis Korea.

JYP ENTERTAINMENT

Dari subway station mana pun anda naik, pastikan anda menaiki subway Bundang (yellow) line dan turun di APGUJEONG RODEO, bukan station Apgujeong. Jika anda tersalah, anda tidak akan jumpa tempat-tempat yang akan kami sebut nanti.

Selamat sampai di Apgujeong Rodeo Station, cari #Exit3. Sebabnya, direction  yang kami kongsikan ini adalah dari #Exit3 Apgujeong Rodeo Station.

apgujeongrodeo

Tak salah jika anda keluar dari mana-mana exit sekalipun, sekiranya anda bercadang untuk explore sendiri cara nak ke bangunan agensi-agensi berkenaan. Insyaallah, tetap akan sampai. Tapi jika anda nak jimat masa, boleh cuba ikut direction yang kami kongsikan ini. Continue reading

10 perkara FREE yang boleh buat di Korea

Korea semakin menjadi tarikan utama pelancong yang mahu bercuti ke luar negara. Pengaruh Kpop dan Korean Drama berjaya menarik jutaan pelancong untuk ke Korea. Tak dinafikan, sepanjang menetap di Korea sejak 2008, team Lurima Travel sangat mengakui bahawa Korea sebuah negara yang cantik untuk dilawati. Kemudahan dan sistem bandar di Korea yang teratur dan sentiasa dinaik taraf membuatkan pelancong selesa untuk travel di sini.

Cuma, sejak beberapa tahun ini, keadaan ekonomi tidak menentu. Kos bercuti ke Korea semakin hari semakin meningkat. Kita harus bijak menyusun bajet percutian supaya tidak ada masalah kemudian hari. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Korea secara percuma atau free. Kami kongsikan tips ini supaya anda dapat jimatkan kos percutian ke Korea.

  1. Bucheon Hanok Village

bucheon hanok village

Untuk bersiar-siar melihat perkampungan hanok ini adalah Free. Tiada kos dikenakan. Kita bebas untuk berjalan sekeliling kawasan kampung dan bergambar dihadapan rumah hanok disini tanpa dikenakan bayaran oleh penduduk. Pelancong dinasihati untuk menjaga suara tidak terlalu bising bagi menghormati penduduk di sini kerana setiap rumah disini berpenghuni. Perkara paling penting adalah menjaga kebersihan. Biasalah kan, perlu jaga adab bila masuk ke tempat orang.

2. Hangel Experience at Sejong Museum Continue reading

7 Line subway pilihan utama untuk travel di Seoul, Korea

Jika anda melancong ke Korea, tidak kira musim apa sekali pun, subway merupakan pengangkutan utama pilihan pelancong di Seoul. Terdapat lebih dari 10 jenis line subway yang menghubungkan bandar dan daerah utama di dalam dan luar bandaraya Seoul. Sangat mudah travel menggunakan subway kerana sistem subway yang sangat moden menjadikan perjalanan percutian anda terurus dan selesa.

travel di korea dengan subway

Klik Gambar untuk Large View

Kami kongsikan 7 line subway utama pilihan pelancong ke Seoul, Korea.

 

  1. Line 1 (Biru)

Line 1 antara line subway yang terawal dan terpanjang di Seoul. Line ini menghubungkan 73 station dalam dan luar Seoul.  Kebanyakkan orang Korea yang menetap di luar Seoul terutamanya di daerah Gyeonggi menggunakan line 1 untuk ke pusat Bandar.

Tempat menarik yang boleh dituju dengan line 1 <<< Klik untuk lihat peta subway

City Hall

muslim korea package

Di sini terdapat bangunan City Hall lama dan baru yang merupakan salah satu bangunan ikon di Bandar Seoul. Pada musim sejuk, terdapat ice skating rink yang dibina berhadapan dengan bangunan City Hall.

Berdekatan dengan City Hall, terletaknya Deoksugung Palace, sebuah istana lama di Korea yang boleh dikunjungi.

Dongdaemun

dongdaemun-shopping-murah-korea

Bagi yang ingin membeli belah, anda boleh gunakan line 1 untuk ke Dongdaemun. Di Dongdaemun, terletaknya banyak pusat membeli belah terutamanya pakaian.

Seoul Station

seoul-station

Bagi anda yang ingin ke luar Seoul seperti Busan dan Incheon Airport, anda boleh ambil line 1 ke Seoul Station kemudian ambil train lain untuk ke destinasi yang dirancang.

Continue reading

Apa aktiviti yang boleh buat di Nami Island?

nami-island-tour

\

Jika datang bercuti ke Korea, tak lengkap rasanya kalau tak pergi ke Pulau Nami (Nami Island). Pulau Nami merupakan salah satu tarikan utama di Korea. Siapa masih ingat drama Korea yang berjudul Winter Sonata yang pernah ditayangkan di TV pada tahun 2000? Tahukah anda drama ini mencatat rating sehingga 1.2 juta penonton untuk setiap episod ketika itu? Jika tanya pada yang tak pernah tengok drama tu, sekurang-kurangnya pasti pernah dengar tentang drama Winter Sonata yang menjadi bualan gadis-gadis pada ketika itu. Di sinilah lokasi penggambaran salah satu scene romantis dijalankan.

tempat pengambaran drama korea

Sedikit sebanyak tentang sejarah Pulau Nami, pulau ini dinamakan Nami bersempena nama General Nami yang sangat berani ketika berperang tetapi malangnya beliau tewas pada ketika umurnya 26 tahun. Bagi mengingati beliau sebagai antara pahlawan yang teragung di Korea, ada terdapat sebuah makam Jeneral Nami dibina di pulau ini.

pakej-nami-island

Pulau ini terbentuk disebabkan kesan dari pembinaan Cheongpyeong Dam. Ada yang mengatakan bahawa bentuk pulau ini seakan-akan bentuk poket Doremon, kuih karipap, separa bulat. Jika anda memiliki sebiji drone, boleh cuba terbangkan dan lihat sendiri bentuk Pulau Nami dari arah atas. Pasti menarik!

Pulau Nami sangat cantik sepanjang tahun. Mempunyai keindahan alam yang tersendiri dalam apa jua musim. Berbunga cantik pada musim bunga, dedaun mula bertukar warna bila tiba musim luruh. Memutih dilitupi salji di musim sejuk dan bertukar kehijauan pada musim panas. Pendek kata, datanglah pada waktu bila sekalipun, keindahan Pulau Nami pastinya memukau hati anda.

Apa aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Nami?

 

  1. ZIPLINE/ FLYING FOX
flying fox nami island

Source : Ziprider.com

Sekiranya anda seorang yang gemar beraktiviti lasak serta kuat semangat, jangan lepaskan untuk cuba menyeberangi sungai untuk ke Pulau Nami dengan menaiki zipline. Bayaran untuk menaiki zipline adalah sebanyak 38,000 won seorang. Agak mahal, tetapi pengalaman yang dirasai pastinya berbaloi.

Continue reading

Tips dan tempat solat ketika melancong ke Jepun

Tourguide kami dari Team Otaku Backpackers berkongsi pengalaman belajar dan menetap di Jepun sebagai seorang muslim. Sememangnya melancong tidak menghalang seseorang itu daripada mengerjakan solat walaupun di negara minoriti muslim seperti Jepun. Mari baca perkongsian ini.

***

Ketika bermusafir di negara orang terutama negara bukan Muslim, pastinya tempat Solat menjadi persoalaan utama setiap hari. walaupun Jepun bukan negara Islam, tetapi semakin hari semakin mudah untuk mencari tempat solat kerana betapa prihatinnya kerajaan Jepun terhadap keperluan umat Islam terutama bagi pelancong.

Jom kami kongsikan tips penjagaan solat dan beberapa tempat Solat yang boleh anda dapati sepanjang trip anda di Jepun. Semoga dengan menjaga solat anda, trip anda lebih diberkati lagi.
.
1. Tokyo Masjid Camii

masjid-di-jepun
Masjid yang terbesar di Jepun ini terletak di Yoyogi-Uehara, berhampiran dengan Shibuya dan Harajuku. Jaraknya cuma 5 minit berjalan kaki dari stesen Yoyogi-Uehara (Chiyoda Line). Dengan fasiliti yang lengkap serta staf yang sedia membantu, anda dapat menunai ibadah dengan tenang di sini. Terdapat juga cenderamata masjid untuk dijual dan hasilnya diwakafkan bagi kegunaan maintenance masjid serta aktiviti dakwah Islam di Tokyo.
.
2. Masjid Assalaam

japan-muslim-travel
Masjid kecil ini terletak di Ueno. Ueno merupakan salah satu tempat shopping ‘favorite’ bagi pelancong dari Malaysia,Indonesia dan seumpamanya. masjid ini cuma 10 minit jarak berjalan kaki dari stesen JR Ueno, atau JR Okachimachi, ataupun 5 minit dari Naka-Okachimachi (Oedo Line). Berhenti shopping seketika untuk menunaikan kewajipan anda, pasti lebih tenang dan seronok rasanya smile emoticon
.
3. Masjid Otsuka

masjid-tokyo
Masjid ini letaknya cuma 1 stesen dari Ikebukuro. Ikebukuro merupakan bandar yang penuh tarikan seperti game center, panggung wayang, Pokemon Center, J-World dan sebagainya. Masjid ini terletak berhampiran JR Otsuka station,di kawasan perumahan yang tenang. Terdapat juga restoran Pakistan yang halal berdekatan dengan masjid ini.
.
4. Narita-Ya Halal Ramen Restaurant
Ketika berkunjung ke Sensoji-Temple di Asakusa, pastikan anda singgah di restoran Narita-Ya. Restoran ini menyediakan hidangan Ramen yang dijamin 100% halal, dan turut menyediakan bilik Solat khas lengkap dengan tempat
berwuduk untuk kegunaan pengunjung.
.
5. Surau di Tokyo Big Sight, Odaiba
Sekiranya anda berkunjung ke Odaiba untuk melawat Gundam Statue, ataupun bersiar-siar di tepi pantai, bolehlah singgah di Tokyo Big Sight Convention Center yang terletak di Kokusai-Tenjijo Station (Yurikamome Line). Pusat Konvensyen yang besar ini baru-baru ini telah turut menyediakan Musolla/Prayer Room bagi kemudahan umat Islam.
.
6. Surau di Osaka-Umeda Station
Bagi yang memilih untuk ke bahagian Kansai (Osaka,Kyoto,Nara), pasti akan melalui Osaka station atau juga dikenali dengan Umeda station. Stesyen Tren yang besar ini turut menyediakan kemudahan surau. Jika anda tidak pasti kedudukannya, bertanyalah pada petugas stesyen atau information center dan mereka akan tunjukkan jalan pada anda.
.
7. Surau di Gotemba Premium Outlets
Lagi bagi yang gemar membeli-belah, Gotemba Premium Outlets yang terletak berdekatan Mt. Fuji turut dilengkapi kemudahan surau yang besar. Ianya terletak di East Zone, walaupun agak jauh namun selesa dan sesuai bagi anda merehatkan diri setelah seharian membeli-belah di Premium Outlets yang begitu besar itu.
Selain daripada itu, Narita Airport, Haneda Airport dan Kansai International Airport juga kini sudah dilengkapi dengan prayer room yang luas dan selesa. di Kyoto juga terdapat masjid di Islamic Cultural Center. Jika anda ke Kobe pula, Masjid Kobe iaitu masjid pertama di Jepun juga wajib anda singgahi.

Jika anda tidak temui atau jauh dari Surau/Masjid yang kami kongsikan, pastikan anda membawa kompas kiblat dan Sejadah atau alas dan carilah taman-taman atau kawasan lapang seperti parking lot. Jangan risau, kawasan taman di Jepun atau mana-mana kawasan outdoor teramatlah bersih. Jika ragu-ragu, tanyalah pada petugas di stesyen tren atau mana-mana tempat, mereka pasti tidak akan teragak-agak untuk membantu anda mencari tempat yang sesuai untuk Solat.

Anda ada tempat Solat lain di Jepun yang ingin anda kongsikan ? komen di bawah dan share demi kebaikan kita bersama ketika bermusafir In Sha Allah

 

P/S : Ingin kami bantu anda menguruskan trip ke Jepun?

Klik di sini >>> NAK BERCUTI KE JEPUN <<<

 

Kredit artikel ini kepada ‘Otaku Backpakers’

7 budaya Jepun yang perlu anda tahu sebelum bercuti ke Jepun.

Jepun sangat kaya dengan budaya mereka yang sangat unik. Masyarakat Jepun yang lemah lembut dan sopan menjadikan Jepun lebih istimewa dan menarik. Jika kita merancang bercuti ke Jepun, kita perlu tahu serba sedikit budaya dan amalan harian mereka disana. Ini adalah kerana untuk mengelakkan kita sebagai pelancong melakukan perkara yang kurang disenangi oleh orang Jepun. Kami kongsikan antara budaya Jepun yang perlu tahu sebelum melancong ke Jepun.

 

  1. Tiada TIPPING

jejak_jepun_tippingAmalan memberi tip adalah dianggap kurang sopan dikalangan masyarakat Jepun. Upah kerja yang dilakukan oleh mereka adalah hasil dari tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh majikan. Oleh sebab itu, orang Jepun tidak menerima sebarang tip dan itu dianggap kurang sopan dan tidak menyenangkan. Jika anda terhutang budi atau dibantu oleh seseorang diluar skop kerja, pemberian kecil seperti hadiah lebih disenangi berbanding duit.

 

  1. Bersin di tempat awam.

bersin-di-jepunMasyarakat Jepun terkenal dengan budaya menjaga kebersihan yang sangat tinggi. Bersin di khalayak ramai juga dianggap tidak sopan kerana dianggap sesuatu perbuatan yang kotor dan menjijikan. Jika terasa mahu bersin, cuba tahan atau bersin di tempat yang sedikit sunyi dan bukan di kawasan orang ramai. Saranan memakai topeng muka yang selalu digunakan oleh orang Jepun jika berasa kurang sihat.

 

  1. Bahasa Inggeris

bahasa-jepun-englishPenggunaan bahasa Inggeris di Jepun sangat rendah dan Bahasa Jepun merupakan bahasa utama pengantaran di sana. Oleh kerana itu, tidak pelik jika hampir semua orang Jepun yang anda jumpa tidak tahu bahasa Inggeris. Mereka akan menggunakan bahasa jepun kepada anda walaupun mereka tahu anda adalah pelancong. Jika anda tidak tahu bahasa Jepun, cuba berbahasa Inggeris dengan perlahan bersama isyarat tangan supaya mereka memahami. Belajar sedikit bahasa Jepun ringkas adalah sangat membantu. Jika anda mempunyai tour guide, ini bukan masalah.

 Baca : Tempat menarik yang mesti anda pergi jika bercuti ke Tokyo Continue reading

7 Tempat Menarik Wajib Lawat di Tokyo

Tokyo, bandaraya termoden di Jepun ini menjadi tumpuan berjuta-juta pelancong setiap tahun kerana terdapat banyak tempat menarik yang unik untuk dilawati. Sepanjang team Lurima Travel menetap di Jepun, kami merasakan Bandar Tokyo boleh dijadikan contoh untuk bandar-bandar lain diseluruh dunia kerana bukan sahaja teknologi Jepun yang sememangnya moden, malah budaya dan cara hidup masyarakat Jepun itu sendiri yang membuatkan Jepun sangat istimewa untuk diterokai. Berikut kami kongsikan beberapa tempat menarik yang wajib anda lawati jika melancong ke Tokyo.

 

  1. Harajuku

takeshita-street-harajuku

Harajuku merupakan kawasan membeli-belah yang terkenal dengan gaya fesyen terkini. Ini menjadikan ianya sebagai satu tempat yang sangat digemari oleh anak-anak muda yang mementingkan fesyen. Perlu diingatkan, pakaian cosplay(costume playing) yang dipakai oleh anak-anak muda yang gemar meniru gaya rock artis ataupun karakter anime kegemaran mereka bukanlah gaya fesyen yang ditonjolkan di Harajuku Fashion Street. Remaja-remaja yang berpakaian cosplay ini boleh dilihat bermula pada waktu tengah hari, setiap Ahad bertempat di sekitar jambatan yang terletak bersebelahan dengan Harajuku Station.

pakej_murah_jepun

Selain itu, Harajuku juga terkenal dengan deretan kedai cenderamata, restoran serta Café dan kedai menjual CREPES terbaik di Harajuku.

harajuku-crepes-popular

 

  1. Shibuya

shibuya_crossing_Tokyo_jepun

Shibuya merupakan salah satu dari bandar Tokyo yang juga terkenal dengan deretan kedai membeli-belah dan pusat hiburan. Ini menjadikan bandar Shibuya sebagai kawasan Tokyo yang penuh dengan warna warni serta sangat sibuk dengan pengunjung dari pelbagai negara yang datang ke sini untuk membeli-belah dan restoran.

Continue reading

4 Tempat Membeli-belah Popular di Seoul, Korea

Jika melancong ke Korea, tidak sah kalau tidak ke tempat membeli-belah (shopping) yang terdapat di sekitar bandaraya Seoul. Di sini kita boleh dapatkan pelbagai jenis barang sebagai souvenir untuk diri sendiri atau orang lain.

1. Namdaemun Market

namdaemunmarket1

Namdaemun market telah wujud beratus-ratus tahun dahulu sejak zaman dinasti Joseon lagi. Merupakan antara pasar tertua di Korea dan menjadi tumpuan rakyat tempatan dan pelancong untuk membeli-belah di sini. Daripada bahan basah seperti ayam dan ikan, hingga barangan mewah seperti kamera dan batu permata, semuanya ada dijual di sini.

Pelancong yang ke Namdaemun market biasanya membeli cenderahati (souvenir) seperti keychain, fridge magnet, t-shirt dan barang paling popular yang sering dicari ialah Korean Brooch. Harga yang murah dan banyak pilihan menjadikan tempat ini antara tempat popular untuk membeli belah di Seoul.

Tips penting jika berbelanja di sini, minta diskaun atau bargain jika anda betul-betul mahu beli sesuatu barang. Jika tidak, pekedai disitu mungkin bakal meninggikan suara terhadap anda.

\

2.Myeongdong Shopping Street

myeongdong

Kosmetik dijual dengan harga sangat murah di sini

Myeongdong yang terletak di tengah-tengah bandaraya Seoul ini sentiasa dikunjungi pelancong. Di sini terdapat banyak kedai barangan branded dan butik popular. Tidak seperti Namdaemun, Myeongdong bukan sebuah pasar. Jadi, barangan disini sedikit mahal tapi cantik dan berkualiti.

Anda mungkin akan sesat di dalam Myeongdong kerana sizenya yang besar dan ramai orang. Pada waktu malam, ada gerai-gerai kecil di celah lorong di Myeongdong ini seperti pasar malam.

Ia juga terkenal sebagai ‘Cosmetic Paradise’ kerana terdapat berpuluh-puluh kedai Korean skincare dan cosmetic popular yang menjual pelbagai jenis produk dengan harga yang sangat murah. Jika anda tidak mempunyai cash, kebanyakkan kedai di sini menerima credit card untuk pembayaran.

 

3. Gwanjang Market

Korean Silk boleh dibeli di Gwanjang Market

Korean Silk boleh dibeli di Gwanjang Market

Gwanjang Market sering menjadi tempat pengambaran Korea Reality Show. Oleh itu, pasar ini kini menjadi tarikan pelancong selepas Kerajaan Korea giat mempromosi Gwanjang Market kepada pelancong. Gwanjang Market terkenal dengan barangan fabric yang dijual dengan harga yang murah. Jika anda mencari Korean silk atau Korean Cotton, tempat ini adalah tempat yang harus anda pergi.

 

4. Insadong Art Street

insadong

Kuih kkultarae dan ais krim tongkat antara yang popular di sini

Jika anda suka melihat budaya dan karya seni, disarankan melawat ke Insadong. Insadong terkenal dengan kedai-kedai yang menjual barang-barang kraftangan asli Korea seperti Hanbok (pakaian traditional Korean) , ceramics, lukisan dan banyak barang antik yang lain.

Anda juga boleh beli souviner di sini seperti fridge magnet, keychain dan sebagainya. Selain itu, anda boleh cuba kuih tradisi masyarakat Korea seperti kkultarae dan lain lagi yang banyak dijual disini. Kebanyakkan pelancong yang datang disini membeli kuih tradisi Korea, skaf dan beg galas Korean Style yang banyak dijual dengan harga yang murah.

 

Banyak lagi tempat membeli belah yang terdapat di Korea. Kebanyakkannya lebih kurang sama dengan tempat yang dinyatakan diatas. 4 tempat yang dinyatakan ini adalah antara yang popular dan mendapat rating terbaik dikalangan pelancong serata dunia. Kedai-kedai di sini tidak sewenang-wenangnya meletakkan harga yang tinggi kepada pelancong. Walaubagaimana pun anda harus bijak berbelanja dan sentiasa berhati-hati agar tidak ditipu.

\

 

Disediakan oleh,

Amirul