Cara untuk ke Studio kpop entertainment seperti JYP dan SM Town di Korea

kpopIdols

Salah satu penyebab utama, mengapa Korea menjadi salah satu tempat tarikan pelancong adalah disebabkan selebriti-selebriti mereka, tidak kira sama ada penyanyi mahupun pelakon. Jika anda peminat KPOP, pastinya nama-nama agensi yang popular ini biasa anda dengari. Kalau dah sampai ke bumi sonata pasti anda tidak mahu melepaskan peluang untuk melawat bangunan agensi-agensi artis kesukaan anda. Tak susah sebenarnya jika anda nak pergi sendiri. Kalau sesat tu adat dan pastinya akan menjadi salah satu kenangan manis anda dan rakan-rakan. Jom, kami kongsikan cara bagaimana nak pergi ke bangunan agensi-agensi tersebut. Untung-untung boleh jumpa artis Korea.

JYP ENTERTAINMENT

Dari subway station mana pun anda naik, pastikan anda menaiki subway Bundang (yellow) line dan turun di APGUJEONG RODEO, bukan station Apgujeong. Jika anda tersalah, anda tidak akan jumpa tempat-tempat yang akan kami sebut nanti.

Selamat sampai di Apgujeong Rodeo Station, cari #Exit3. Sebabnya, direction  yang kami kongsikan ini adalah dari #Exit3 Apgujeong Rodeo Station.

apgujeongrodeo

Tak salah jika anda keluar dari mana-mana exit sekalipun, sekiranya anda bercadang untuk explore sendiri cara nak ke bangunan agensi-agensi berkenaan. Insyaallah, tetap akan sampai. Tapi jika anda nak jimat masa, boleh cuba ikut direction yang kami kongsikan ini.

Bila anda dah keluar dari #Exit3, jalan terus sehingga anda nampak MCM Flagship Store di seberang jalan sebelah kiri anda. Ini bermakna, anda berada di jalan yang betul. Teruskan berjalan dan anda akan nampak bangunan lama SM Entertainment yang juga berada disebelah kiri anda. Bangunan ini telah diubah suai  untuk dijadikan training centre untuk selebriti dibawah naungan SM Entertainment.

sm

Teruskan lagi perjalanan anda dan sementara itu anda akan melalui butik-butik mewah disebelah kiri dan kanan anda. Sehinggalah anda berada di persimpangan jalan yang besar dan butik BURBERRY disebelah kanan anda. Lintas ke seberang jalan sebelah kiri anda. Bermaksud melintas ke seberang jalan yang sebaris dengan MCM Flagship Store dan bangunan lama SM Entertainment yang anda nampak tadi.

Selamat melintas, teruskan berjalan dan anda akan melalui deretan kedai disebelah kiri anda. Jalan terus sehingga nampak Baskin Robbin disebelah kiri dan terus belok masuk ke lorong kecil yang terdapat bersebelahan dengan Baskin Robbin tersebut. Jalan terus dan anda akan nampak sebuah Dunkin Donut yang besar. Bangunan JYP Entertainment terletak berhadapan dengan Dunkin Donut tersebut.

JYP

Bagi mereka yang ingin memberi hadiah untuk selebriti dibawah naungan JYP ini, anda boleh kirimkan hadiah anda kepada aunty yang bekerja di Dunkin Donut tersebut. Sebabnya, mereka yang akan sentiasa ada disitu dan kerap berjumpa dengan selebriti-selebriti ini. Contohnya, ahli kumpulan 2PM, 2AM dan juga yang seangkatan dengannya.

CUBE STUDIO  & CAFÉ (CUBE ENTERTAINMENT)

Selepas puas bergambar dan sebagainya dihadapan bangunan JYP, dengan posisi menghadap JYP dan Dunkin Donut dibelakang anda, sila pusingkan badan anda ke kanan, dan jalan terus. Tidak sampai 2 minit, anda akan berada dihadapan bangunan CUBE STUDIO & CAFÉ disebelah kanan anda. Jika anda bernasib baik, anda mungkin akan dapat berjumpa dengan selebriti di bawah naungan CUBE, contohnya ahli kumpulan BEAST, APINK, BTOB dan lain-lain.

Cube Studio

FNC ENTERTAINMENT

Selesai di Cube Studio & Café, patah balik ke JYP Building, melalui jalan diantara JYP dan Dunkin Donut, jalan terus sehingga anda nampak CU Mart disebelah kanan anda, terus belok ke kanan. Teruskan perjalanan anda. Di kiri dan kanan anda merupakan bangunan seperti private apartment dan pejabat. Jika pada ketika anda pergi itu pada musim luruh, anda berpeluang untuk melihat banyak pokok pisang kaki yang berbuah lebat di kiri dan kanan jalan .

pisangkaki

Ok, teruskan berjalan sehingga nampak bangunan FNC Entertainment disebelah kanan anda.

jyp

AhfmnJ_xXPonImlRShJZ_eKgOI4sbGr4ZYbPX9xBwAV6

Terdapat kenderaan yang biasanya digunakan oleh artis FNC yang diparkir disebelah bangunan.

20160128230431 (2)

Antara selebriti berkumpulan yang berada dibawah FNC Entertainment, adalah CN BLUE, FT ISLAND dan AOA.

IMG_2220

Sekumpulan peminat yang mencuba nasib, sanggup menunggu dengan penuh pengharapan dihadapan FNC Entertainment untuk melihat artis kesayangan mereka.

\

SM ENTERTAINMENT

Selepas melintasi, FNC Entertainment, teruskan perjalanan sehingga jumpa simpang tiga. Pada ketika itu, anda akan nampak sebuah taman kecil berada dihadapan anda. Belok ke kanan, jalan sedikit dan anda akan nampak SM Entertainment di sebelah kanan anda.

20160128230431 (3)

Antara artis dibawah naungan SM Entertainment adalah Girls Generation, Super Junior, EXO dan SHINee.

SME

Anda akan berpeluang untuk melihat sendiri fenomena ‘fangirl’ tegar yang sanggup menuggu berjam-jam lamanya untuk melihat sendiri artis kesayangan dan juga sebagai tanda sokongan terhadap karya seni mereka. Ada diantara mereka yang berbaju sekolah. Kemungkinan mereka terus ke sini selepas tamat waktu persekolahan.

Walaupun bila dilihat bangunan agensi-agensi yang namanya Gah diserata dunia ini tidaklah se-Gah namanya, tetapi mereka mampu melahirkan selebriti-selebriti yang dikenali dimata dunia. Dan sehingga kini, disebabkan selebriti-selebriti ini juga, Korea menjadi tempat yang sangat digilai pelancong asing dari pelbagai Negara. Pihak Televisyen Korea juga sangat pandai memainkan peranan dalam menghasilkan rancangan televisyen yang menggabungkan selebriti terkenal sambil memaparkan keindahan dan kecantikkan bumi Korea sehingga membuatkan ramai pelancong yang tertarik untuk datang melancong ke Korea.

Ringkasan :

  1. Naik subway Bundang (Yellow) Line.
  2. Turun di APGUJEONG RODEO.
  3. Keluar ikut EXIT 3.
  4. Sejurus keluar, jalan terus.
  5. Pastikan di sebelah kiri terdapat MCM Flagship Store dan SM Entertainment (bangunan lama) – berada di jalan yang betul!
  6. Terus berjalan sehingga jumpa persimpangan besar.
  7. Butik BURBERRY di sebelah kanan.
  8. Lintas ke seberang jalan sebelah kiri anda. (Sebaris MCM dan bangunan lama SM Entertainment).
  9. Jalan terus sehingga jumpa BASKIN ROBBIN.
  10. Masuk kiri ke lorong kecil sebelah BASKIN ROBBIN.
  11. Jalan terus, sehingga nampak DUNKIN DONUT.
  12. Bangunan JYP berhadapan dengan Dunkin Donut.
  13. Posisi menghadap JYP, Dunkin Donut dibelakang anda.
  14. Pusing ke kanan dan jalan terus sehingga nampak CUBE STUDIO & CAFE di sebelah kanan anda.
  15. Patah balik menghala ke JYP dan Dunkin Donut.
  16. Jalan melintasi JYP dan Dunkin Donut, jalan terus sehingga jumpa simpang.
  17. CU Mart kecil di sebelah kanan anda, belok ke kanan.
  18. Jalan terus sehingga jumpa FNC Entertainment di sebelah kanan anda.
  19. Jalan terus sehingga ke simpang tiga.
  20. Taman permainan kecil di hadapan anda.
  21. Belok ke kanan.
  22. SM Entertainment berada di sebelah kanan anda, berhadapan dengan taman permainan tadi.

 

Nota :

** sehingga jumpa – selagi tak jumpa, maksudnya tak sampai lagi. (tapi kalau lama sangat jalan, tapi tak jumpa point yang disebut, maksudnya salah jalanlah tu).

** Bila baca direction rasa macam dekat. Peringatan untuk anda, bangunan agensi-agensi ini sememangnya berdekatan. Tetapi, bukan 2-3 langkah dah sampai.

 

Nak tengok gambar menarik di Korea? Follow Instagram kami. >> IG LURIMA TRAVEL