Be a Traveler, Not Just a Tourist

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Peluang dapat melancong ke luar negara adalah peluang yang sangat beharga.

Tujuan kita melancong terutamanya ke luar negara adalah :
1. Merehatkan diri daripada tekanan kerja dan urusan harian.
2. Melihat tempat-tempat menarik di negara orang.
3. Belajar budaya-budaya baru masyarakat di negara lain.
4. Shopping barang-barang yang tidak terdapat di negara kita.
5. Dan lain-lain lagi.

Akan tetapi, percutian kita tidak akan bermakna jika kita hanya mengikut rombongan trip ke sesuatu tempat dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, menangkap beberapa keping gambar untuk diupload di Facebook dan Instagram semata-mata dan makan makanan yang mudah didapati di Restoran di negara kita sendiri.

Bak kata omputih, ‘Be a Traveler, Not just a tourist’.

1240461_10200544142511970_1735496695_n

Bila kita melancong sebagai seorang Traveler(Pengembara), percutian kita lebih menarik dan menyeronokkan serta dapat menambah pengetahuan kita.

Setiap pengembaraan itu ada risikonya. Faktor bahasa, lokasi tempat pelancongan yang sukar untuk dicari serta budaya yang berlainan menjadi halangan dan risiko untuk kita.

Lurima Travel bukan sebuah agensi pelancongan. Kami merupakan freelancer tour guide yang sedia memberi khidmat tour guide dan pengurusan trip berkonsepkan backpackers travel.

customer (2)
Berbekalkan pengalaman 5 tahun menetap di bumi sonata (Korea Selatan) ini, kami bersedia untuk menguruskan trip percutian anda ke Korea Selatan dengan bajet yang rendah dan ekonomi.

Disamping membawa pelancong ke tempat-tempat pelancongan yang terdapat di Korea, kami boleh berkongsi cerita tentang sejarah, budaya dan gaya hidup masyarakat Korea Selatan.


Tonton video tentang Seoul ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *