9 Jenis Item koleksi (collection) untuk pelancong

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setiap orang di antara kita semua pasti suka membeli cenderahati atau hadiah untuk dibawa pulang ketika melancong.

Cenderahati (souviner) atau hadiah adalah sebagai tanda peringatan atau kenang-kenangan yang menunjukkan anda telah melawat ke suatu tempat.

Anda mungkin membeli sesuatu barangan sebagai hadiah untuk ahli keluarga dan rakan atau jadikan ia sebagai koleksi peribadi.

Admin berhajat untuk kongsikan apakah barang-barang yang boleh dijadikan koleksi untuk anda yang suka melancong.

9 Barang-barang koleksi untuk pelancong tegar

1. Key Chain

KeyChain travel sourv
Key Chain antara barang yang selalu menjadi pilihan pelancong. Harganya yang murah menyebabkan ramai orang mampu membeli dengan kuantiti yang banyak. Sesuai dijadikan koleksi peribadi dan hadiah kepada rakan.
Pasti cantik jika key chain dari pelbagai negara yang dilawati disusun di atas meja atau di dinding bilik anda.

2. T-shirt

tshirt ilove negara
T-shirt antara barang wajib untuk dibeli ketika melancong. Ada kawan admin yang suka mengumpul baju “I Love”. Jika dia melancong ke Korea, pasti mencari baju ‘I Love Seoul’, jika ke UK, baju ‘I Love London’ dan banyak negara lagi. Antara baju/tshirt lain yang selalu menjadi pilihan adalah tshirt Hard Rock kerana setiap cawangan mempunyai tulisan Hard Rock yang ada tulisan negara/tempat tersebut.

3. Cawan
cawan collection tourist
Cawan, gelas atau pinggan boleh dijadikan barang kenang-kenangan dan koleksi ketika melancong.
Jika anda melawat banyak negara, anda boleh tengok banyak kedai cenderahati menjual cawan dan pinggan yang dilukis mercu tanda atau benda melambangkan negara tersebut.

4. Duit Kertas
duit_wangkertas_koleksi
Kami pasti ramai yang suka mengumpul duit kertas dari negara lain bukan? Seronok bila kita melihat duit-duit yang kita kumpul dari pelbagai negara yang telah kita lawati. Memori ketika melancong ke negara itu terkenang kembali. 😀

5. Poskad
postcard collection tourist
Salah satu sebab poskad dijadikan koleksi kerana terdapat gambar-gambar menarik dari tempat yang kita lawati. Harganya murah dan pelbagai jenis.

6. Tiket
tiket_koleksi
Tiket kapal terbang, bus, keretapi atau muzium adalah item-item yang boleh dijadikan koleksi yang sangat berharga. Bukan sahaja kita dapat tahu ke mana kita sudah pergi, malah di tiket ini juga terdapat tarikh dan harga yang boleh dijadikan rujukan untuk kita dan kawan-kawan.

7. Fridge Magnet
fridge magnet travel
Item popular bagi sesiapa yang pergi melancong semestinya fridge magnet. Bentuk yang menarik dan menarik. Koleksi yang sangat sesuai bagi para pelancong.

8. Buku dan majalah tempatan
koleksi buku melancong
Setiap negara mempunyai buku atau majalah tempatan mereka. Tulisan dan bahasa yang berbeza menjadi faktor utama ia dijadikan koleksi. Admin sangat setuju jika majalah dan buku tempatan dari setiap negara yang kita lawati menjadi koleksi yang sangat menarik dan berharga.

9. Monumen
monumen koleksi
Tengok sahaja monumen ini, boleh tahu dari negara mana kita beli (walaupun kebanyakkanya made in China). Jika anda ada rak atau almari kaca di rumah, cuba kumpul monumen-monumen yang anda beli ketika melancong dan hiaskan ia di rak anda. Pasti menjadi daya tarikan ketika tetamu datang ke rumah.

Jika anda ada koleksi lain atau cadangan barang apa yang boleh dijadikan koleksi ketika melancong, berkongsilah dengan kami di sini supaya boleh dijadikan rujukan kawan-kawan kita yang suka melancong.

🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *