Bahasa Korea Yang Perlu Tahu Jika ke Korea

Kami tak akan biarkan anda pulang dari Korea hanya dengan gambar kenangan semata-mata.

Selain daripada pengalaman yang berharga, kami sangat teruja untuk berkongsi bersama anda perkataan atau sentence yang popular dan perlu anda tahu jika ke Korea.

korean_malaysia

Perkataan-perkataan ini kami galakkan anda praktikkan semasa bercuti ke Korea nanti. 😀

 

1. Annyeong Hasaeyo (안녕하세요) – Hello ! Hi ! 

Annyeong hasaeyo ini digunakan apabila anda ingin menyapa seseorang.

Contohnya apabila  anda masuk ke kedai dan berjumpa seseorang. Ia ibarat memberi salam.

 

2. Olmayeyo? (얼마예요?) – How much is it? Berapa ?

Digunakan apabila anda ingin bertanya harga barang ketika membeli.

Anda pegang atau tunjuk barang itu dan berkata “Olmayeyo ?” .
Pastikan Intonasi anda lembut dan sopan.

 

3.  Com Kakka Cusaeyo (좀 깎아 주세요) – Discount please~ Bagi lah diskaun~

Digunakan apabila anda ingin meminta diskaun.
Pastikan anda senyum dan memandang terus ke mata penjual ketika menyembut perkataan ini.

 

4. Yaeppoyo (예뻐요) – Pretty/Beautiful / Cantik

Pastinya Yaeppoyo ini digunakan apabila anda melihat sesuatu yang cantik. ^^

Tambah perkataan ‘Nomu’ jika ia sangat cantik.

Contoh, Nomu Yaeppoyo yang bermaksud sangat cantik.

 

5. Mossitta (멋있다) – Handsome/ Macho/ Kacak

Digunakan apabila anda melihat seseorang yang kacak.

** Tips Rahsia : Gabunggkan ayat (1) , (2), (3) , (4) atau (5) ketika tawar menawar untuk membeli barang di pasar Namdaemun. Sesuatu keajaiban pasti berlaku. 😀

 

6. Towacusaeyo (도와주세요) – Help! Tolong!

Jika ada sebarang kecemasan berlaku, gunakan perkataan ini sama ada jerit atau pergi kepada sesiapa yang berada di situ untuk tujuan meminta tolong.

Jika anda melancong ke Korea bersama Lurima Travel, “tolong” sudah memadai melainkan anda ingin mantapkan bahasa korea anda. 😀

Baca : 6 budaya orang korea selain kpop yang ramai tak tahu

 

7. Appayo (아파요) – Sick/ Hurt/ Sakit

Digunakan ketika anda ingin beritahu yang anda sedang sakit.

Habiskan perkataan “Appayo” ketika bercakap. Jika anda hanya menyebut “Appa” , ia bermaksud ayah atau bapa.

 

8.  Chae iremen Gary imnida ( 제이름은 개리입니다) – My name is Gary / Nama saya Gary.

Jika anda ingin perkenalkan diri anda, anda boleh gunakan perkataan ini.

Contoh, nama anda adalah Suraya. Chae iremen Suraya imnida.

Jika anda susah untuk menyebutnya, “Chownen Suraya yeyo”. Simple kan? ^^

 

9. Nama Panggilan

Pakcik – Ajohsi

Makcik – Ajumma

** Hati-hati, ada sesetengah daripada mereka tidak mahu dipanggil sedemikian. Anda mungkin tak dapat diskaun. Melainkan umur sudah level atok dan nenek.

Abang – Oppa (untuk perempuan) , Hyeong (untuk lelaki)

Kakak – Onni (untuk perempuan) , Nuna (untuk lelaki)

** Jika anda berjumpa seorang budak sekolah yang muda dari anda atau tidak pasti umur berapa dan rasa tak tahu nak guna nama panggilan yang mana satu, anda boleh gunaka ‘Cogiyo’ atau untuk budak sekolah ‘Hakseng’.

 

10. Kamsahamnida (감사합니다) – Thank you / Terima kasih

Ucapkanlah ‘Kamsahamnida’ setelah membeli barang atau menerima bantuan ketika di Korea.
Pasti mereka akan tersenyum menerima ucapan terima kasih sebagai tanda penghargaan kita kepada mereka.

 

11. Saranghaeyo (사랑해요) – I Love you

Mungkin sudah tertulis takdir anda berjumpa orang yang dicintai di Korea ketika anda bercuti ke sana.

Jadi, anda perlu lafazkan kata cinta sebelum pulang meninggalkan Korea. ‘Saranghaeyo’ adalah perkataan yang sesuai.

Anda boleh gabungkan nama panggilan (9) dan Saranghaeyo.

 

Inilah 10 perkataan yang ingin kami kongsikan kepada anda.

Jika anda ada perkataan lain untuk dikongsikan atau ingin kami ajar bahasa Korea lagi, komen sahaja di bawah.

Selamat mencuba 🙂

 

Ads: Mahu bercuti ke Korea? Klik di sini >>> ‘Saya nak melancong ke Korea’

Follow kami di Instagram : @Lurima_Travel

2 thoughts on “Bahasa Korea Yang Perlu Tahu Jika ke Korea

  1. Hello Lurima Travel
    sy mhu btanya ble tak jika sy melancong pada musim bunga thun depan dgn bajet di bawah 2K untk 2 org sahaja
    dan jka ble sy mhu mgunakn khidmat kmu
    thanks…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *