Apa aktiviti yang boleh buat di Nami Island?

nami-island-tour

\

Jika datang bercuti ke Korea, tak lengkap rasanya kalau tak pergi ke Pulau Nami (Nami Island). Pulau Nami merupakan salah satu tarikan utama di Korea. Siapa masih ingat drama Korea yang berjudul Winter Sonata yang pernah ditayangkan di TV pada tahun 2000? Tahukah anda drama ini mencatat rating sehingga 1.2 juta penonton untuk setiap episod ketika itu? Jika tanya pada yang tak pernah tengok drama tu, sekurang-kurangnya pasti pernah dengar tentang drama Winter Sonata yang menjadi bualan gadis-gadis pada ketika itu. Di sinilah lokasi penggambaran salah satu scene romantis dijalankan.

tempat pengambaran drama korea

Sedikit sebanyak tentang sejarah Pulau Nami, pulau ini dinamakan Nami bersempena nama General Nami yang sangat berani ketika berperang tetapi malangnya beliau tewas pada ketika umurnya 26 tahun. Bagi mengingati beliau sebagai antara pahlawan yang teragung di Korea, ada terdapat sebuah makam Jeneral Nami dibina di pulau ini.

pakej-nami-island

Pulau ini terbentuk disebabkan kesan dari pembinaan Cheongpyeong Dam. Ada yang mengatakan bahawa bentuk pulau ini seakan-akan bentuk poket Doremon, kuih karipap, separa bulat. Jika anda memiliki sebiji drone, boleh cuba terbangkan dan lihat sendiri bentuk Pulau Nami dari arah atas. Pasti menarik!

Pulau Nami sangat cantik sepanjang tahun. Mempunyai keindahan alam yang tersendiri dalam apa jua musim. Berbunga cantik pada musim bunga, dedaun mula bertukar warna bila tiba musim luruh. Memutih dilitupi salji di musim sejuk dan bertukar kehijauan pada musim panas. Pendek kata, datanglah pada waktu bila sekalipun, keindahan Pulau Nami pastinya memukau hati anda.

Apa aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Nami?

 

  1. ZIPLINE/ FLYING FOX
flying fox nami island

Source : Ziprider.com

Sekiranya anda seorang yang gemar beraktiviti lasak serta kuat semangat, jangan lepaskan untuk cuba menyeberangi sungai untuk ke Pulau Nami dengan menaiki zipline. Bayaran untuk menaiki zipline adalah sebanyak 38,000 won seorang. Agak mahal, tetapi pengalaman yang dirasai pastinya berbaloi.

  1. Berbasikal mengelilingi Pulau Nami

Sewa basikal Nami Island

Cara terbaik menikmati keindahan Pulau Nami adalah dengan menggunakan basikal. Kalau jalan kaki, dikhutatiri anda tak dapat nak cover keseluruhan pulau. Bila nampak spot cantik untuk bergambar, boleh berhenti dan bergambar. Ada beberapa jenis basikal yang disewakan, antaranya basikal untuk seorang, basikal tandem dan basikal yang boleh dinaiki empat orang sekali gus sesuai digunakan untuk family yang mempunyai anak kecil. Bayaran untuk sewa basikal adalah semurah 3,000 won untuk sejam. Aktiviti berbasikal ini diwujudkan bersempena salah satu scene drama Winter Sonata dimana heronya (Jun Sang) membawa heroinnya (Yu Jin) bersiar-siar disekitar Pulau Nami.

Drama Korea Tour

Selain basikal, kemudahan menyewa kereta sorong bayi juga disediakan dengan bayaran 3,000 won, manakala kerusi roda pula boleh dipinjam secara percuma.

Paling menarik, ada satu aktiviti yang turut menggunakan basikal, dikenali sebagai Sky Bike. Laluan untuk Sky Bike ini tidaklah panjang sehingga mengelilingi Pulau Nami, tapi dapatlah kiranya kita menikmati keindahan sebahagian dari Pulau Nami dari aras tinggi. Basikal yang disediakan boleh dinaiki dua orang dalam satu masa.

 

  1. BERGAMBAR DI LOKASI PENGGAMBARAN WINTER SONATA

Pokok cantik tinggi Nami Island

Tak lengkap rasanya kalau anda datang ke Pulau Nami, tetapi tak bergambar di spot utama yang terdapat dalam scene drama Winter Sonata. Contohnya, di meja kayu di mana Jun Sang dan Yu Jin membentuk Snowman, di lokasi Jun Sang dan Yu Jin berpegangan tangan menyelusuri jalan diantara barisan pokok serta banyak lagi. Setiap lokasi ini, ada terdapat gambar yang boleh dijadikan panduan pengunjung yang ingin meniru aksi-aksi dalam drama tersebut. Kepada suami-suami yang datang berkunjung ke sini, jangan malu jangan segan melakonkan aksi romantis bersama isteri anda untuk dijadikan gambar kenangan, ya!

pakej-korea-tour-guide

(p/s: Jika datang berdua, jangan risau tiada yang sudi tangkapkan gambar anda. Tour guide Lurima Travel sedia berbakti!).

 

  1. MENAIKI KERETA API MINI

Video Pelancong bersiar-siar di Nami Island dengan Kereta api

Pengunjung juga boleh menggunakan khidmat kereta api mini yang ada disediakan sekiranya berasa penat untuk berjalan ataupun mengayuh. Bayaran sebanyak 2,000 won dikenakan untuk setiap seorang. Sambil kita menikmati keindahan alam semula jadi, pemandu kereta api akan bercerita serba sedikit tentang Pulau Nami dan apa yang terdapat di kiri dan kanan kita pada ketika itu. Kerata api ini akann melalui beberapa kawasan cantik di sekitar pulau antaranya ladang burung unta atau ostrich dan tasik asia.

\
  1. NASI GONCANG a.k.a TOSIRAK @ DRAMA CAFÉ’

Pastinya anda hanya telan air liur bila tengok rakan-rakan upload gambar nasi goncang di laman Facebook dan Instagram mereka. Bila dah dapat jejakkan kaki ke Pulau Nami sendiri, tak sah kalau tak cuba sendiri Nasi Goncang yang sering disebut-sebut ini. Ada beberapa menu nasi goncang, antaranya :

  1. Nasi + telur + kimchi
  2. Nasi + telur + kimchi + cheese
  3. Nasi + telur + kimchi + tuna

makanan halal di nami island

Bekas tosirak perlu digoncang sehingga sebati terlebih dahulu. Tetapi ingin diingatkan jangan lupa untuk memakai sarung tangan yang disediakan kerana bekas makanan tersebut tersangatlah panas. Pastikan pakai sarung tangan dengan betul, jika tersalah pakai akan terasa juga panasnya. Dah penat menggoncang dan agak dah sebati nasi dan lauk-lauknya, bolehlah mula makan. Tiup dahulu sebelum suap masuk ke dalam mulut, sebab tahap panasnya boleh melecurkan mulut anda. Halal ke? Restoran ini mendapat pengiktirafan Halal dari Korea Muslim Federation(KMF).

 

(P/s : Jangan lupa ambil gambar bekas makanan, detik ketika menggoncang, dan rupa makanan yang telah sebati selepas digoncang dan uploadkan ke Instagram atau Facebook anda untuk menggoda orang lain pula!)

 

  1. MELAWAT GALERI SENI
Source : atengbest.blogspot.my

Source : atengbest.blogspot.my

Pada setiap hujung minggu, terdapat aktiviti kesenian yang dijalankan di Pulau Nami sehinggalah pulau ini menjadi tempat tarikan utama pelancongan dari segi kebudayaan dan kesenian Korea. Disini juga terdapat sebuah muzium yang dikenali sebagai Song Museum, yang mempamerkan peralatan muzikal etnik dari seluruh dunia.  Selain itu, ada beberapa buah galeri yang memaparkan hasil karya artis-astis dari seluruh pelusuk dunia yang datang menunjukkan bakat mereka dalam melambangkan ketenangan yang mereka sendiri rasai di Pulau Nami.Pelukis Malaysia terkenal, iaitu Yusof Gajah, merupakan penggiat seni yang aktiff dan dihormati di Pulau Nami. Karya lukisan beliau yang bertemakan gajah antara lukisan yang sering dipamerkan di sini.

 

  1. MENCUBA SUKAN AIR
pulau-nami-sungai

Source : zannahinkorea.blogspot.com

Jika anda datang pada musim panas, anda berpeluang bermain aktiviti sukan air. Maka, bawalah pakaian mandi atau baju bersih sepersalinan sekiranya ingin mencuba aktiviti sukan air yang ditawarkan. Antaranya adalah, bot kayuh, kayak, jet ski, dan water ski. Ada satu aktiviti yang menarik, dimana anda akan disuruh berbaring menelentang didalam sebuah boya, dan kemudian boya tersebut akan ditarik laju menggunakan bot. Hasilnya, boya tersebut akan terbang dan menyebabkan anda berada dalam posisi berdiri. Jika datang musim sejuk, sungai di sini beku dan tiada sebarang aktiviti air dijalankan selain beranikan diri anda untuk memijak air sungai yang beku.

Video pemandangan Pulau Nami

Jika anda seorang yang menghargai keindahan alam, Pulau Nami merupakan salah satu lokasi yang wajib anda kunjungi. Jauh dari kesesakkan kota, alam semula jadi yang terpelihara serta udara yang segar, membayangkannya sahaja buat kita rasa teruja untuk ke sana!

Rugi kalau tak datang. Lebih-lebih lagi musim luruh yang akan tiba ni. Daun-daun akan mula bertukar warna kekuningan dan keorenan. Kalau ambil gambar, aculah kamera ke arah mana sekalipun. Gambar yang terhasil sangatlah cantik. Boleh guna untuk tukar wallpaper desktop setiap minggu. Jadi, apa tunggu lagi? Cepat beli tiket! Kami tak sabar nak tunggu anda datang ke Korea!

P/S: Dapatkan Pakej Korea di sini. < Jom ke Korea >

\

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *