9 Souviner Unik Untuk Dibeli Jika Melancong ke Korea

Annyeonghaseyo!

Anda pasti ada masanya agak pening nak beli apa dari Korea sebagai souvenir, kan?

Jangan risau, artikel kali ini ingin kami kongsikan antara cenderamata(souviner) yang boleh dibeli untuk diberikan kepada ahli keluarga mahupun sahabat handai sebagai tanda ingatan buat mereka yang tidak dapat turut serta bercuti bersama di bumi sonata, Korea.

  1. T-SHIRT I LOVE KOREA
Sumber dari Google

Sumber dari Google : Contoh Baju I love Korea

Bagi mereka yang tidak mahu membeli barangan yang tidak tahan lama serta mudah dibuang, T-Shirt merupakan salah satu barangan yang boleh dibeli dan dijadikan cenderamata dari Korea. Pastinya umum juga tahu, bahawa baju yang bertemakan Negara-negara luar ini jarang boleh didapati di negara Malaysia. Maka, bolehlah dibeli dan dijadikan kenang-kenangan. Harganya juga berbaloi serta rata-rata kualiti kainnya juga agak baik dan selesa dipakai. Mungkin nanti, bila-bila si penerima memakai T-Shirt tersebut, tiba-tiba terimbau pula kenangan manis percutian kita di Korea. Betul tak?

 

  1. SUDU PANJANG KOREA

 

korean spoon

Sumber dari Google : Set Sudu dan Chopstick

 

Siapa setuju angkat tangan? Bentuk sudu ini agak unik. Pemegangnya panjang, dan sudunya betul-betul bulat. Dulu, puas admin cari di Daiso, serta kedai-kedai yang nampak macam jual barangan Korea (tapi sebenarnya tidak), tapi tak jumpa. Dapat peluang ke Korea, beli banyak-banyak untuk diberi kepada keluarga dan rakan-rakan yang sama-sama melayan drama Korea. Rasa macam Korea sangat bila pakai sudu panjang tu, kan?? Murah sahaja harga sudu ni kalau yang biasa, tapi kalau beli yang jenis berat dan lebih berkualiti agak mahal juga.

Set sudu ini didatangkan bersama chopstick. Istimewanya chopstik Korea, strukturnya adalah nipis bukan seperti chopstick yang biasa kita pakai berbentuk bulat. Rasanya lebih senang untuk grip berbanding yang biasa. Tapi itu pada admin, kalau orang lain mungkin berbeza pendapatnya. Tapi kalau dah pro, bagi lidi pun dah boleh guna macam chopstick.

 \

  1. MASK – PELEMBAP MUKA

 

Sumber dari Google : Face Mask

Sumber dari Google : Face Mask

 

Korea sangat terkenal dengan barangan penjagaan kulit daripada pelbagai jenama. Mask muka sememangnya agak murah dijual di Korea, terutama sekali di kawasan Myeondong Street. Setiap kali anda masuk ke kedai-kedai barangan kecantikan kulit ini, anda akan dapat mask percuma. Jika anda tidak memerlukan mask-mask tersebut, bolehlah dijadikan sebagai cenderamata. Jimat duit, tetapi dalam masa yang sama dapat menggembirakan orang lain.

Lebih menarik jika anda beli mask yang mempunyai bentuk muka haiwan comel seperti panda dan sebagainya.

  1. BARANGAN K-POP
Sumber dari Google : Kedai Barangan KPOP

Sumber dari Google : Kedai Barangan KPOP

Biasanya jika kita ingin berikan cenderamata berupa barangan K-POP mestilah pada orang yang benar-benar meminati muzik K-POP itu sendiri. Sebabnya tak semua orang menggemari K-POP mahupun K-Drama. Jika beri pada orang yang salah, agak membazir dan pastinya mereka tidak akan menghargai pemberian kita. Antara barangan yang boleh dibeli contohnya album lagu penyanyi solo mahupun berkumpulan. Harga untuk album agak murah jika dibeli di Korea berbanding di Malaysia.

Korea merupakan lubuk K-POP dan K-Drama. Boleh cuba check harga di kedai album di laluan station subway.  Antaranya adalah di Myeondong Station. Lebih murah berbanding kedai-kedai lain.

 

  1. CENDERAMATA DARI NAMSAN SEOUL TOWER

 

Sumber dari Google : Kedai Cenderamata Namsan Tower

Sumber dari Google : Kedai Cenderamata Namsan Tower

Tidak kira apa sahaja sama ada fridge magnet, poskad atau apa sahaja yang boleh dibeli di Namsan Seoul Tower adalah istimewa. Ini kerana, cenderamata yang bermotifkan Namsan Seoul Tower, tidak boleh didapati di tempat lain. Hanya ada dijual di Namsan Tower. Tetapi harganya agak sedikit mahal berbanding barangan yang boleh didapati dimana-mana.

Anda juga boleh menghantar poskad untuk diri sendiri atau sesiapa sahaja dari Namsan Tower. Poskad tersebut akan sampai kepada anda setahun dari tarikh anda menghantar poskad tersebut. Menarik bukan?

  1. BROOCH

 

Sumber dari Google : Brooch di Namdaemun Market

Sumber dari Google : Brooch di Namdaemun Market

Anda boleh memborong brooch dengan harga yang agak murah di Namdaemun Market. Apa yang menarik tentang brooch yang dijual ini adalah kualitinya. Admin mengakuinya kerana admin sendiri ada membeli brooch dari Namdaemun dua tahun yang lepas dan sangat mengejutkan tidak ada satu batu pun yang tertanggal. Semuanya masih elok seperti baru dibeli. Bukan satu, malah semuanya masih elok. Maka, bolehlah belikan untuk mak, mak saudara, atau kakak-kakak di office. Design brooch yang dijual agak cantik dan unik-unik belaka.

Baca juga : 9 Jenis Item popular jika travel

  1. HANBOK
Sumber dari Google : Contoh Hanbok

Sumber dari Google : Contoh Hanbok

 

Jika ada budget lebih, bolehlah belikan hanbok untuk kesayangan-kesayangan yang tinggal di Malaysia. Harganya agak mahal, tetapi banyak boleh didapati di Korea. Hanbok merupakan pakaian rasmi serta tradisional rakyat Korea dari zaman Joseon. Macam kita di Malaysia, baju melayu serta baju kurung. Tetapi untuk mereka adalah hanbok. Biasanya mereka akan memakai hanbok pada hari-hari perayaan, keraian, kematian mahupun perkahwinan. Waktu dulu Hanbok diklarifikasikan mengikut jantina, taraf, pekerjaan, status social serta mengikut musim. Untuk lebih memahami lebih lanjut tentang hanbok, anda boleh cuba google tentang jenis-jenis hanbok.

\

  1. KIMCHI

 

 

Sumber dari Google : Side Dish Wajib - Kimchi

Sumber dari Google : Side Dish Wajib – Kimchi

 

Kimchi merupakan makanan sampingan utama masyarakat Korea. Bagi mereka, makan tanpa kimchi membuatkan mereka terasa sesuatu kekurangan. Walaupun kini kimchi boleh didapati di Malaysia, tidak ramai yang berani untuk mencuba. Lebih-lebih lagi bila melihat harganya agak mahal kerana diimport terus dari Korea. Tetapi harga Kimchi di Korea adalah jauh lebih murah berbanding di Malaysia serta packaging yang cantik sesuai dijadikan cenderamata dari Korea.

  1. GULA TARIK KOREA

 

Gambar dari http://mymiee.blogspot.my/ : Penjual Gula Tarik

Gambar dari http://mymiee.blogspot.my/ : Penjual Gula Tarik

 

Gula tarik Korea ini agak mudah didapati di Myeondong Market terutamanya waktu malam. Peniaganya sangat peramah dan pandai mengambil hati pengunjung yang lalu lalang di kedai mereka. Mereka akan menunjukkan cara bagaimana gula tarik tersebut dibuat. Asasnya ialah gula/madu. Pada mulanya gula/madu tersebut dalam bentuk segumpal madu yang keras. Siap ketuk-ketuk lagi nak membuktikan betapa kerasnya gula tersebut. Kemudian ditarik-tarik sambil disalutkan dengan tepung sagu sehigga menjadi seakan benang-benang yang halus. Sedap. Anda boleh pilih sama ada inginkan perisa coklat, almond ataupun peanut. Harganya dalam lingkungan KRW 5,000 sehingga KRW 7,000. Jika beli banyak boleh dapat harga murah. Beli banyak-banyak untuk beri sebagai souvenir. Rasanya tak manis dan sangat sedap.

p/s: Pernah tengok video peniaga Korea yang mengaku dirinya Michael Ang atau kadang-kadang Afdlin Shauki? Dia merupakan salah seorang peniaga gula tarik di Myeondong dan sangat kelakar. Majoriti peniaga gula tarik yang buat demo ini, boleh cakap English dan ada yang fasih berbahasa Melayu.

banner_korea

Diharap perkongsian kami ini, sedikit sebanyak membantu anda yang rungsing memikirkan apa barangan yang patut dibeli untuk dijadikan cenderamata untuk kesayangan-kesayangan anda di Malaysia. Walaubagaimanapun, kita juga tahu tak semua yang melancong untu dalam golongan yang banyak duitnya. Ada yang mengumpul duit bertahun bagi ingin merealisasikan impian untuk melancong ke Negara orang. Maka, janganlah anda terlalu memikirkan bajet yang tak berapa nak ada untuk membeli cenderamata sehingga menganggu percutian yang telah anda rancang bertahun-tahun ini. Rugi. Jika ada duit lebih barulah beli.

Pernah dengar pepatah, “It is not about the gifts, but the thought that counts”. Belilah mengikut kemampuan, dan untuk orang-orang yang tak ikut tu janganlah asyik menuntut ole-ole dari member. Kesian member stress memikirkan, dah tak enjoy bercuti tu. Apa pun kami doakan percutian dan perjalanan anda di Korea berjalan lancar. Insyaallah.

Terima kasih kerana sudi membaca! 🙂

Baca lagi : 10 aktiviti boleh dibuat secara FREE jika travel ke Korea

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *