7 Tips Hangatkan Badan Ketika Musim Sejuk (Winter)

Bila melancong di negara seperti Korea atau Jepun, kita pasti akan risau dengan suhu yang sejuk. Walaupun kita berada di dalam rumah, kita telah adjust suhu heater kepada paling maksimum, namun masih terasa sejuk. Oleh itu, kami kongsikan beberapa tips untuk kekal hangat dan selesa ketika musim sejuk.

tips-hangatkan-badan-ketika-musim-sejuk-tidur-atas-lantai-pemanas-lantai

  1. Pemanas Lantai (Floor Heater)

Kebanyakkan bangunan Korea seperti pejabat, guest house, apartment dan hotel mempunyai sistem pemanasan lantai dipanggil ondols (온돌). Lantai dipanaskan dari bawah dan haba tersebar sama rata di seluruh bilik/rumah. Ini sangat membantu ketika musim sejuk dan lagi selesa apabila tidur di atas lantai.

tutup-pinti-bilik-air-tips-menghangatkan-badan-ketika-musim-sejuk-winter

2. Tutup Pintu Bilik Air

Pernah anda bermalam di hotel dan bangun pada keesokkannya dengan keadaan yang sangat sejuk? Kerana lantai bilik air selalunya dibuat daripada jubin. Satu tip musim panas untuk menyejukkan badan daripada haba hanya dengan meletakkan tangan di atas lantai jubin dan dinding. Ianya sangat sejuk! Oleh itu, semasa musim sejuk lantai bilik air itu tidak beberapa membantu. Seelok-eloknya tutup pintu bilik air.

 

air-panas-tips-menghangatkan-badan-ketika-musim-sejuk-winter

3. Rebus Air Panas

Rebus air panas? Boleh untuk dibuat mandi. Tapi kini dengan teknologi yang canggih, shower heater sudah pun ada di dalam setiap bilik air. Rebusan air panas ini bertujuan untuk mengeluarkan wap. Semua tingkap akan mula berwap dan anda mula rasa hangat dan kurang sejuk. Tetapi, anda perlu menjaga periuk supaya tidak meluap atau terbakar. Cara ini tidaklah begitu selamat, tapi sering digunakan oleh penduduk Korea.

 

tips-hangatkan-badan-ketika-musim-sejuk-hair-dryer-

4. Guna Pengering Rambut (hair dryer)

Ini adalah cara yang paling cepat untuk memanaskan badan. Seperti pengering tangan di tandas shopping mall. Begitulah fungsinya. Halakan sahaja di area badan kita yang sejuk dan switch on hair dryer itu.

 

tips-hangatkan-badan-ketika-musim-sejuk-hand-warmers

5. Hand Warmers

Dalam hand warmers ini terdapat sejenis gabungan liquid yang boleh menghasilkan haba yang panas jika terdedah dengan udara. Ia juga boleh bertahan selama berjam-jam. Benda ini juga sesuatu yang masyarakat Korea selalu pakai ketika winter. Mereka akan letakkan ia di dalam sarung tangan atau pun kasut untuk mengelakkan mereka daripada rasa sejuk.

 

tips-hangatkan-badan-ketika-musim-sejuk-manteltips-hangatkan-badan-ketika-musim-sejuk-mantel

6. Mantel Coat

Ia adalah kot seperti mantel (cape). Ia juga mempunyai pelbagai jenis rekaan haiwan yang comel. Selain dapat melindungi anda daripada kesejukan, ia juga membuatkan anda kelihatan comel, cantik dan anggun. Mantel coat ini dijual bagi setiap peringkat umur.

 

tips-hantkan-badan-ketika-musim-sejuk-kot-tebal

7. Pakai Jaket Musim Sejuk

Ini adalah tips paling penting dan kami pasti semua orang sudah sedia maklum. Anda perlu sentiasa pakai jaket walaupun berada di dalam rumah, ataupun ketika anda sedang tidur. Anda juga boleh gunakan ia sebagai alas di atas tilam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *