6 Tarikan Menarik di Seoul Namsan Tower

n-seoul-tower-

N Seoul Tower adalah salah satu simbol ikonik Seoul. Tempat ini kini telah menjadi satu tarikan pelancong popular di Korea. Seperti jambatan Pont Neuf di Paris, pelancong terutamanya pasangan bercinta akan dating di Seoul Tower untuk kunci “mangga cinta” mereka di pagar dan berharap bahawa cinta mereka akan kekal selama-lamanya.

Oleh kerana drama TV, program-program hiburan yang menampilkan selebriti popular kpop dan buku-buku panduan pelancongan, Seoul Namsan Tower telah menjadi tempat yang mesti dilawati oleh pelancong yang datang bercuti ke Seoul. Selain daripada itu, terdapat beberapa lagi tarikan menarik di sekitar N Seoul Tower.

 

love-lock-seoul-namsan-tower-

  1. Love Lock

Di seluruh dunia, terdapat kira-kira 40 tarikan dihiasi dengan love lock. N Seoul Tower merupakan salah satu daripadanya.

Tempat ini juga dikunjungi oleh keluarga dan pasangan. Ibu bapa yang melawat menara bersama anak-anak mereka mengunci mangga kunci mereka sendiri di pagar yang terdapat di platform disediakan, yang melambangkan kasih sayang dan keharmonian keluarga mereka sendiri.

Pasangan Korea yang bercinta akan tulis nama mereka di padlock kemudian kunci di platform love lock di puncak bukit namsan dan baling kunci itu ke bawah sebagai tanda cinta mereka telah dikunci dan tidak akan dibuka semula.

 

namsan-tower-observatory

  1. Observatory

Seoul merupakan bandaraya besar yang sangat cantik. Namun padat dengan bangunan. Disebabkan itu pemandangan bandaraya ini sangat indah jika dilihat dari atas menara. Tiket untuk naik ke Seoul Tower ini hanya 10,000won seorang. Anda boleh melihat seluruh bandar dari puncak paling tinggi di Seoul.

view-seoul

Selain daripada itu, maklumat Seoul dan Namsan Mountain juga terdapat di dalam menara ini. Untuk ke sini, anda perlu beli tiket dari kaunter tiket di Plaza Square atau di basement level. Jika anda tidak mahu naik ke ruang observatory, Seoul Tower menyediakan 32 skrin LED yang besar menceritakan sejarah bandar Seoul sejak 600 tahun dahulu serta menawarkan pemandangan panorama 360 seluruh bandar.

Itulah sebabnya observatory ini begitu popular dan merupakan sumber kebanggaan rakyat Korea.

3. Namsan Tower Cable Car

tarikan-namsan-tower-cable-car-

Ada dua jenis transportation yang boleh digunakan untuk ke Seoul Namsan Tower. Selain daripada bas, anda juga boleh naik cable car.

Namsan Cable Car bergerak daripada Namsan Mountain ke N Seoul Tower. Ia merupakan salah satu tarikan pelancong di Seoul dan popular kerana pernah muncul di dalam babak drama korea bertajuk Boys Over Flower.

Perjalanan dari Station cable car di kaki bukit Namsan ke puncak hanya mengambil masa 5 minit. Namun begitu, elakkan menggunakan cable car pada hujung minggu, anda mungkin akan beratur selama satu jam untuk menaiki cable car ini.

Harga

Adults (Roundtrips): Individuals 8,500 won / Groups 7,000 won

Adults (One-way): Individuals 6,000 won / Groups 5,000 won

Children (Roundtrip): Individuals 5,500 won / Groups 4,500 won

Children (One-way): Individuals 3,500 won / Groups 3,000 won

※ Groups: 30 orang dan lebih

※ Children: 3 – 12 tahun

Baca juga : 7 aktiviti yang anda boleh buat jika melawat Pulau Nami di Korea

\

4.  Seoul Tower Plaza

seoul-tower-plaza-namsan-tower

N Seoul Tower pernah menjadi menara telekomunikasi dan penyiaran dan level bawah menara mempunyai akses yang terhad kepada kakitangan yang dibenarkan sahaja. Kini, semua ruang pejabat telah diubah menjadi Seoul Tower Plaza, ia kini dibuka untuk orang ramai. Pandangan panorama indah Seoul juga boleh dilihat dari puncak Gunung Namsan.

Disini terdapat kedai souvenir yang melambangkan Seoul Tower dan hanya boleh didapati di sini sahaja. Sangat exclusive sehinggakan jika anda cari di tempat lain pun takkan jumpa.

Bukan sahaja kedai souvenir, restoran korea dan western juga terdapat di dalam Seoul Tower Plaza dan sering jadi pilihan orang korea terutama bagi mereka yang sedang bercinta. Mana tidaknya, boleh menjamu selera sambil melihat pemandangan cantik bandar Seoul.

5. Hanbok Culture Experience Center

hanbok-culture-experience-tarikan-namsan-tower

N Seoul Tower Hanbok Experience Center terletak di aras lobi di N Seoul Tower. Peranan tempat ini adalah untuk berkongsi seni fashion hanbok yang dipakai oleh masyarakat Korea dari zaman berzaman. Ia ibarat muzium mini untuk berkongsi budaya orang Korea kepada pelancong. Apabila anda masuk ke ruangan Hanbok experience center ini, anda akan terasa seperti kembali ke zaman dinasti Joseon.

Di sini juga anda boleh merasai pengalaman memakai pakaian hanbok sambil main permainan tradisional Korea.

6. Namsan Park

tarikan-namsan-tower-namsan-park

Namsan Park terletak di kaki bukit Namsan. Walaupun Seoul sangat padat dengan pembangunan, kawasan Namsan Park ini masih dijaga dan dipelihara sebagai kawasan hijau di tengah-tengah bandar. Oleh itu, ia menjadi tempat kunjungan rakyat Korea untuk beriadah dan bersenam. Bagi pelancong, Namsan park merupakan tarikan bagi mereka yang sukakan nature kerana pokok-pokok di sini sangat cantik dan anda pasti tenang bila bersiar di taman ini.

Di sekitar Namsan park ini terdapat beberapa tempat tarikan pelancong seperti N Seoul Tower, Korea National Theater, restoran Korea terkenal, taman dan hotel-hotel bertaraf tinggi seperti Silla, Hyatt, Hilton dan Banyan Tree Club & Spa.

Selain musim luruh, Namsan Park juga amat cantik ketika musim bunga kerana sepanjang jalan menuju ke puncak bukit Namsan dipenuhi dengan pokok sakura atau dikenali sebagai cherry blossom.

Pelbagai kemudahan pengangkutan untuk ke sini seperti bas dan cable car. Selain itu, anda juga boleh berjalan kaki ke N Seoul Tower dengan menggunakan track jungle trekking yang terdapat di Namsan Park.

NOTE: Jika anda bercadang untuk ke Korea, mencari pakej Korea menarik dan harga berpatutan, boleh check link di sini >>> PAKEJ KOREA MENARIK <<<

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *