5 Tips Shopping di Dongdaemun

5 Tips Shopping di Dongdaemun

dongdaemun_shopping_di_korea

Dongdaemun merupakan antara tempat shopping yang terkenal di Seoul. Selain Namdaemun Market, Dongdaemun juga menjadi pilihan pelancong yang travel ke Korea. Tidak seperti Namdaemun, Dongdaemun Market terkenal dengan barang-barang fashion yang berkualiti tinggi. Terdapat lebih dari 3 shopping complex di kawasan Dongdaemun yang femes dikalangan pelancong dari Malaysia, Singapore, China malah dari Jepun. Ada diantara shopping complex di Dongdaemun yang hanya buka pada waktu malam kerana hanya menjual secara borong dan ia khas kepada mereka yang ingin berniaga. Oleh itu, Team Lurima Travel ingin berkongsi sedikit tips shopping di kawasan Dongdaemun.

  1. Cash Dalam Tangan

pakej_muslim_murah_korea

Sentiasa ada cash dalam tangan. Ini kerana kebanyakkan kedai di Dongdaemun hanya menerima cash dan bukan kad kredit. Jadi kita harus sediakan cash atau duit tunai secukupnya supaya kita dapat membeli-belah dengan senang dan gembira. Malah, kelebihan cash jika shopping di Dongdaemun, kita boleh tawar menawar dengan penjual. Penjual Korea lebih suka bagi diskaun jika kita cakap kita nak bayar secara tunai atau cash kepada meraka. Mungkin harga satu barang yang ingin kita beli boleh dapat diskaun lebih dari yang kita jangka.

2. Ronda Dulu

tempat_best_nak_shopping_di_korea

Ronda dulu, jalan dulu, pusing dulu. Kalau sakit kaki, duduk kejap. Kemudian jalan balik. Bukan apa, senang buat perbandingan harga dan kualiti. Nanti taklah menyesal jalan-jalan jumpa barang sama tapi harga jauh lebih murah. Di Dongdaemun Market, banyak kedai menjual barang yang sama tapi harga yang berbeza. Lebih baik kita lakukan survey sebelum membeli, mungkin tuah kita, dapat jumpa lubuk baju atau kasut murah di Korea.

3. Retail atau Wholesale?

pakej-dongdaemun-korea

Dongdaemun market terdapat 2 kawasan membeli belah. Retail dan wholesale. Retail merupakan kedai-kedai yang berada di dalam mall. Kedai retail yang terkenal dan paling kerap dilawati pengunjung ialah Migliore dan Doota mall. Di kawasan wholesale pula, kedai-kedai disitu hanya menjual secara borong atau kuantiti yang banyak. Di kawasan ini, harga barang agak murah namun perlu beli secara pukal. Kebiasaannya, kawasan wholesale hanya beroperasi petang hingga malam. Oleh kerana kebanyakkan pelancong hanya ingin membeli belah dan bukan berniaga, shopping mall di bahagian retail seperti Migliore atau Doota menjadi pilihan kerana harga yang flexible dan banyak pilihan.

Baca juga : 4 Tempat Shopping Popular di Korea

4. Malam atau Siang

pasar-malam-dongdaemun

Kenapa malam atau siang? Sebab kedai retail buka pada waktu siang. Kedai wholesale pula dibuka pada waktu malam. Ini memudahkan anda untuk plan beli di kedai mana. Jangan pula anda datang pada waktu malam untuk ke kedai retail dan juga sebaliknya. Kedai yang beroperasi pada waktu malam mungkin tidak akan melayan anda jika anda seorang tourist kerana target customer mereka adalah peniaga dan pemborong. Kecuali jika anda menunjukkan kesungguhan anda untuk memborong. Kelebihan berbahasa Korea sangat memudahkan urusan anda disini. Namun begitu, terdapat pasar pada setiap petang di Dongdaemun untuk anda membeli baju, seluar atau kasut dengan harga yang berpatutan.

5. Cara Nak Bargain

tips-shopping-di-korea

Peniaga di Dongdaemun sering letak harga yang tinggi kepada pelancong. Selain survey atau pusing-pusing dulu window shopping, sediakan cash secukupnya, pilih barangan yang betul-betul anda ingin beli sebelum bargain harga. Orang Korea sangat marah jika kita beriya-iya minta diskaun, tapi tak beli. Jika anda sudah berkenan dengan sehelai baju, lihat harga asalnya, kemudian cuba pakai, minta diskaun sambil tersenyum. Gunakan panggilan “Oppa” jika penjual itu lelaki, sebut “kkakka cuseyo” yang bermaksud “bagilah diskaun” untuk ambil hati mereka. Sebut harga yang anda inginkan. Akhir sekali, beritahu yang kita mahu bayar cash. Jika bernasib baik, mungkin anda akan dapat harga yang anda mahukan.

Post ini lebih menarik : Aktiviti yang boleh anda lakukan di Korea secara percuma

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *