4 Tempat Membeli-belah Popular di Seoul, Korea

Jika melancong ke Korea, tidak sah kalau tidak ke tempat membeli-belah (shopping) yang terdapat di sekitar bandaraya Seoul. Di sini kita boleh dapatkan pelbagai jenis barang sebagai souvenir untuk diri sendiri atau orang lain.

1. Namdaemun Market

namdaemunmarket1

Namdaemun market telah wujud beratus-ratus tahun dahulu sejak zaman dinasti Joseon lagi. Merupakan antara pasar tertua di Korea dan menjadi tumpuan rakyat tempatan dan pelancong untuk membeli-belah di sini. Daripada bahan basah seperti ayam dan ikan, hingga barangan mewah seperti kamera dan batu permata, semuanya ada dijual di sini.

Pelancong yang ke Namdaemun market biasanya membeli cenderahati (souvenir) seperti keychain, fridge magnet, t-shirt dan barang paling popular yang sering dicari ialah Korean Brooch. Harga yang murah dan banyak pilihan menjadikan tempat ini antara tempat popular untuk membeli belah di Seoul.

Tips penting jika berbelanja di sini, minta diskaun atau bargain jika anda betul-betul mahu beli sesuatu barang. Jika tidak, pekedai disitu mungkin bakal meninggikan suara terhadap anda.

\

2.Myeongdong Shopping Street

myeongdong

Kosmetik dijual dengan harga sangat murah di sini

Myeongdong yang terletak di tengah-tengah bandaraya Seoul ini sentiasa dikunjungi pelancong. Di sini terdapat banyak kedai barangan branded dan butik popular. Tidak seperti Namdaemun, Myeongdong bukan sebuah pasar. Jadi, barangan disini sedikit mahal tapi cantik dan berkualiti.

Anda mungkin akan sesat di dalam Myeongdong kerana sizenya yang besar dan ramai orang. Pada waktu malam, ada gerai-gerai kecil di celah lorong di Myeongdong ini seperti pasar malam.

Ia juga terkenal sebagai ‘Cosmetic Paradise’ kerana terdapat berpuluh-puluh kedai Korean skincare dan cosmetic popular yang menjual pelbagai jenis produk dengan harga yang sangat murah. Jika anda tidak mempunyai cash, kebanyakkan kedai di sini menerima credit card untuk pembayaran.

 

3. Gwanjang Market

Korean Silk boleh dibeli di Gwanjang Market

Korean Silk boleh dibeli di Gwanjang Market

Gwanjang Market sering menjadi tempat pengambaran Korea Reality Show. Oleh itu, pasar ini kini menjadi tarikan pelancong selepas Kerajaan Korea giat mempromosi Gwanjang Market kepada pelancong. Gwanjang Market terkenal dengan barangan fabric yang dijual dengan harga yang murah. Jika anda mencari Korean silk atau Korean Cotton, tempat ini adalah tempat yang harus anda pergi.

 

4. Insadong Art Street

insadong

Kuih kkultarae dan ais krim tongkat antara yang popular di sini

Jika anda suka melihat budaya dan karya seni, disarankan melawat ke Insadong. Insadong terkenal dengan kedai-kedai yang menjual barang-barang kraftangan asli Korea seperti Hanbok (pakaian traditional Korean) , ceramics, lukisan dan banyak barang antik yang lain.

Anda juga boleh beli souviner di sini seperti fridge magnet, keychain dan sebagainya. Selain itu, anda boleh cuba kuih tradisi masyarakat Korea seperti kkultarae dan lain lagi yang banyak dijual disini. Kebanyakkan pelancong yang datang disini membeli kuih tradisi Korea, skaf dan beg galas Korean Style yang banyak dijual dengan harga yang murah.

 

Banyak lagi tempat membeli belah yang terdapat di Korea. Kebanyakkannya lebih kurang sama dengan tempat yang dinyatakan diatas. 4 tempat yang dinyatakan ini adalah antara yang popular dan mendapat rating terbaik dikalangan pelancong serata dunia. Kedai-kedai di sini tidak sewenang-wenangnya meletakkan harga yang tinggi kepada pelancong. Walaubagaimana pun anda harus bijak berbelanja dan sentiasa berhati-hati agar tidak ditipu.

\

 

Disediakan oleh,

Amirul