11 FAKTA TENTANG KIMCHI YANG ANDA PATUT TAHU


kelas-kimchi

Andai disebut tentang Kimchi, umum pastinya tahu Kimchi merupakan makanan  yang datangnya dari Korea.  Kimchi merupakan makanan ruji masyarakat Korea yang biasanya dihidangkan sebagai makanan sampingan bersama hidangan utama masakan Korea. Makanan sampingan yang pedas ini sangat sinonim dengan masyarakat Korea dan kini telah dikenali hampir seluruh dunia, termasuk di Negara kita sendiri, Malaysia. Jika anda ke pasaraya besar seperti Giant, Tesco, Jaya Grocer dan Cold Storage anda akan dapati banyak jenis kimchi yang dijual diletakkan dibahagian chiller.

Bagi mereka yang first time makan kimchi akan terasa pelik dengan rasanya. Rasanya sedikit pedas, dan rasa masam yang agak menyengat. Bila sekali makan rasa macam dah tak nak lagi, tapi tanpa disedari kita akan craving nak makan kimchi. Especially, bila kadang-kadang tekak terasa loya atau selepas makan makanan yang agak berminyak. Cerita dari orang-orang tua Korea, ada yang menyatakan bahawa Kimchi dapat membantu menghalang kanser dan menyembuhkan orang yang sedang sakit. Oleh sebab itu Kimchi menjadi sesuatu yang penting dalam kehidupan masyarakat Korea.

Maka, bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Korea menjalankan penyelidikan terhadap makanan Negara mereka secara meluas bukan sahaja dari segi kebaikan untuk kesihatan, malah tentang kaitan sejarah dan budaya mereka.

Berikut merupakan 11 fakta menarik tentang hidangan sampingan popular Korea, KIMCHI!

 

#FAKTA1

kimci-info

Kimchi mengandungi jumlah probiotik yang agak banyak, terutamanya lactobacilli. Probiotik merupakan bakteria pencernaan semulajadi yang membantu sistem pencernaan berfungsi dengan baik. Bakteria ini juga adalah bakteria yang sama seperti didalam minuman seperti Yakult contohnya.

 

#FAKTA2

serbuk-cili-merah-korea

Serbuk cili merah yang digunakan didalam Kimchi didapati penuh dengan vitamin A dan C dimana ianya membantu mencegah pembiakan sel-sel kanser.

 

#FAKTA3kimci-korea

Apabila Kimchi diperam lebih lama, ianya akan menghasilkan sejumlah besar antioksidan. Dimana ianya terbukti membantu memperlahankan proses sel penuaan. Dalam erti kata lain, kulit anda akan sentiasa nampak lebih muda!

 

#FAKTA4

jenis-kimci

Secara purata, orang Korea makan Kimchi sebanyak 18 kg setiap tahun!

 

#FAKTA5

jenis-kimci

Secara rasminya, ada 187 jenis kimchi yang berlainan. Memandangkan Kimchi boleh dibuat menggunakan pelbagai jenis kubis, lobak dan sayuran, maka berapa jumlah sebenar jenis kimchi adalah tidak diketahui. Banyaknya tidak terkira. Berlainan orang, lain citarasanya. Rasa dan jenis kimchi bergantung pada pilihan masing-masing.

 

#FAKTA6

cili-merah

Kimchi tak semuanya merah! Sebenarnya, warna asalnya adalah putih. Cili merah diperkenalkan di Jepun buat pertama kali melalui kelasi Portugis yang datang berlayar, dan kemudiannya diperkenalkan kepada Korea disekitar abad ke-18. Sejak dari itulah, bermulanya dapat dilihat kimchi berwarna merah.

 

#FAKTA7

kimci-putih

Kimchi pada mulanya dibuat hanya menggunakan kubis dan stok air rebusan daging lembu. Tidak berapa sedap, tetapi permulaan yang agak baik. Kemudiannya barulah diubah suai sehingga rasanya seperti sekarang.

 

#FAKTA8

angkasawan-korea-kimci

Angkasawan wanita pertama Korea, Yi So-Yeon, telah membawa Kimchi ke angkasa lepas bersamanya. Bukan sekadar bawa untuk dimakan, ya! Tetapi juga untuk dibuat kajian sains ke atas Kimchi tersebut. Para saintis dan semua rakyat Korea sangat ingin tahu kemungkinan untuk bakteria yang terdapat pada kimchi tersebut dapat dibunuh secara langsung mengurangkan baunya tanpa sedikit pun mengurangkan rasa sedap Kimchi tersebut.

 

#FAKTA9

kimci

Kimchi boleh bertahan untuk masa yang agak lama. Sekiranya disediakan dan disimpan dengan betul, ianya berpotensi untuk bertahan sehingga 3 tahun lamanya  atau lebih. Kata mereka, Kimchi yang disimpan lebih lama, lebih sedap.

 

#FAKTA10

kubis-napa

Pada tahun 2010, ada berlakunya krisis kubis disebabkan oleh cuaca buruk. Ketika itu hasil Kubis Napa yang terhasil tidak banyak seperti selalu sehingga menyebabkan harganya meningkat 6 kali ganda dari harga biasa. Hinggakan kerajaan Korea terpaksa masuk campur dan mensubsidikan harga kubis untuk rakyat Negara mereka.

 

#FAKTA11

petiais-kimci

Rakyat Korea sangat serius tentang Kimchi mereka, sehinggakan mereka telah mencipta peti sejuk yang mempunyai bekas yang direka khas untuk menyimpan Kimchi untuk memastikan suhu yang sempurna serta menjamin Kimchi untuk tahan lebih lama.

kimchi-kimci

Jadi, bagaimana? Anda dah cuba makan Kimchi? Jika belum, cepat! Dapatkan di pasaraya berdekatan. Kalau Jaya Grocer confirm ada. Selamat mencuba!

Mesti baca : 7 Street food popular di Korea

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *