10 Perkara mesti buat jika melancong ke Seoul, Korea

Sebagai tour guide yang berpengalaman dan menetap di Korea lebih dari 5 tahun, kami ingin kongsikan 10 perkara mesti buat jika melancong ke Korea. 10 things must do in Seoul.

1. Melawat Pulau Nami ( Nami Island )

Pulau Nami adalah tempat wajib yang mesti anda lawati jika ke Korea.
Pulau Nami terkenal kerana menjadi lokasi pengambaran drama korea hit iaitu Winter Sonata. Pemandangan yang cantik dengan pokok-pokok dan sungai menjadikan pulau ini salah satu tarikan utama.

pulau-nami

Pemandangan di Pulau Nami

pakej-bot-pulau-nami

Pengunjung boleh menaiki bot ke Pulau Nami dan menikmati pemandangan yang indah.

Menariknya, pulau ini bukanlah di laut. Pulau Nami adalah sebuah pulau di tengah sungai. Untuk ke sini, perlu menaiki bot. Perasaan menaiki bot sambil menikmati pemandangan persisir sungai memang tak dapat digambarkan.

Baca : Apa yang ada di Pulau Nami sampai tempat ini jadi popular?

2. Membeli-belah di Namdaemun Market

Antara pasar (market) yang terbesar dan tertua di Korea. Dahulunya adalah pusat ekonomi rakyat di bandar Seoul.

Di Namdaemun Market, segalanya ada dijual di sini dengan harga yang murah. Pakaian, barang kemas, beg, permainan kanak-kanak, souviner, barangan k-pop dan makanan, semuanya dijual disini.

Namdaemun-Market

Namdaemun – Tempat membeli souviner terbaik di Korea

\

Jika ada yang bertanya, dimanakah tempat membeli belah ( shopping ) yang murah, semestinya Namdaemun Market.

 

3. Padlock cinta di Namsan Tower

Lock of love at Namsan Tower. Berjuta-juta padlock (mangga kunci) yang dikuncikan di Namsan Tower.

Korea memang terkenal dengan tempat romantik terutamanya di Seoul. Salah satunya adalah Namsan Tower.

Padlock-love-namsan-tower

Pasangan kekasih mengambil peluang untuk kunci cinta mereka di Namsan Tower

padlock-cinta-namsan-tower-mangga

Padlock sebagai kenangan di Namsan Tower

Pastikan anda kuncikan padlock cinta anda di sini sebagai kenangan. Mungkin satu hari nanti, anda dan pasangan akan melancong sekali lagi ke Korea sambil menikmati pemandangan dari puncak Namsan seperti scene dalam drama Korea,

4. Merendamkan kaki di Cheongae Stream

Cheongae Stream adalah sungai yang dahulunya kotor dan buruk, tapi kerajaan Korea telah melakukan pembersihan dan mencantikkan sungai ini untuk tujuan pelancongan.

Cheonggyecheon-seoul

Cheonggye Stream dikala senja

cheonggye-cheon

Pemandangan musim panas di Cheonggye Stream

Rehatkan diri anda sambil merendamkan kaki di Cheongae Stream yang jernih sambil berbual-bual bersama rakan. Suasana yang cantik dan tenang walapun di tengah bandaraya Seoul sangat menenangkan jiwa.

 

5. Menaiki Seoul Subway (kereta api bawah tanah)

Pengangkutan utama di bandar Seoul adalah subway.

Subway_seoul

Gambar Seoul Subway

Dengan menggunakan subway, kita boleh ke mana-mana dengan mudah, selamat dan menjimatkan masa.

Kita juga dapat melihat kehidupan masyarakat Korea dengan lebih dekat. Banyak drama kehidupan yang kita boleh tonton depan mata. Dalam station subway juga terdapat banyak kedai untuk membeli belah dengan harga yang berpatutan.

seoul-subway-shopping

Pusat membeli-belah bawah tanah di station subway

Seoul_Subway_Map

Peta Subway di Seoul

Risiko menaiki subway, anda mungkin sesat di dalam station kerana dunia bawah tanah di Korea sangat luas. Terdapat lebih dari 9 line subway di Seoul.

 

Baca : Panduan menaiki subway ke tempat pelancongan di Seoul

 

6. Ikan Bakar di Dongdaemun

Antara masakan Korea yang sedap dan menjadi menu paling dirindui oleh pelancong adalah Ikan Bakar di Dongdaemun.

lunch

Ikan Bakar di Dongdaemun sedia dimakan

Banyak kedai ikan bakar yang fresh dan sedap di Grilled Fish Street ini. Selain daripada ikan bakar, anda boleh rasa menu masakan laut lain seperti sambal sotong.

\

7. Makan Kimchi

Kimchi adalah makanan traditional Korea, perapan sayur kubis yang digaul dengan cili. Semakin lama kimchi itu diperap, semakin mahal harga dan semakin sedap rasanya.

kimchi-pakej-korea-terbaik

Kimchi (김치) – makanan traditional Korea

Korean_stew-Kimchi_jjigae

Kimchi digunakan dalam masakan. Masakan ini namanya Kimchi Jigae.

Kebanyakkan restoran korea akan memberi kimchi secara percuma. Kimchi juga merupakan makanan utama masyarakat Korea. Ia mempunyai banyak zat dan mampu mencegah masalah obesiti.

 

8. Lepak dan santai di kafe

Antara tempat yang menjadi tumpuan di Korea adalah kafe.
Jika anda berjalan di bandar Seoul, anda akan nampak banyak kafe yang cantik dan mempunyai design yang menarik.

Hello-Kitty-Cafe-pakej-korea

Hello Kitty Cafe di Seoul

Kafe ibarat kedai mamak jika di Malaysia. Orang Korea memilih kafe untuk berjumpa rakan atau lepak minum kopi dan membaca majalah.

cat-cafe-pakej-korea

Cat Cafe – Anda boleh bermain bersama kucing yang comel sambil minum Caramel Machiato

cafe-korea-pakej-murah

Design yang unik menjadi tarikan pengunjung

Design yang menarik dan unik menjadi tarikan kepada pelancong. Kafe yang mempunyai design yang unik dan cantik sering digunakan sebagai scene dalam drama Korea.

 

9. Berbasikal di Persisiran Han River

Han River adalah sungai terbesar di Bandar Seoul dan menjadi tumpuan masyarakat Korea.  Mereka datang ke Han River untuk beriadah dan menenangkan fikiran.

basikal-han-river-taman-2

Musim yang sesuai untuk ke sini adalah pada musim Bunga dan musim panas

 

Pelancong juga ramai datang ke Han River kerana mempunyai taman yang sangat cantik terutamanya ketika musim bunga dan musim panas.

basikal-han-river-park-1

Orang Korea beriadah di Han River Park

Antara aktiviti yang seronok dilakukan di sini ialah berbasikal. Anda boleh menyusuri persisiran sungai Han (Han River) dengan berbasikal kerana sungai ini sangat panjang dan taman yang sangat luas.

 

10. “Cosmetic Heaven” di Myeongdong 

Korea sangat terkenal dengan produk kosmetic dan kecantikan. Bagi anda yang mencari barangan kosmetik dan kecantikan yang berkualiti, popular dan berpatutan, Myeongdong adalah tempat yang wajib anda lawati.

Cosmetic-Shop-myeongdong-1

Deretan kedai kosmetik di Myeongdong

Tidak seperti negara lain, hampir semua kedai kosmetik di Korea memberi anda sample produk mereka. Malah, promoter kedai kosmetik di Korea akan memberi nasihat atau advice produk bagaimana yang sesuai untuk kulit anda.

Cosmetic-Shop-myeongdong-2

Pemandangan Myeongdong Street pada waktu malam

Percayalah, anda tidak akan menyesal ke Korea jika anda pergi ke Myeongdong dan merasai nikmat “cosmetic heaven” di Myeongdong.

 

*** Dapatkan Pakej Korea 2016  di sini

>>> PAKEJ KOREA Private Trip <<<

49 thoughts on “10 Perkara mesti buat jika melancong ke Seoul, Korea

  1. Kami akak ke Seoul pada bln 11 dan check in di hotel grand continental Dan saya ada 2hari yang free untuk berjalan.. Boleh cadang kan tempat menarik di Seoul Dan pengangkutan yg sesuai utk ke destinasi …terimakasih

  2. Tempat tinggal yang sesuai n dkat ngan shopping2 ni yet affordable kat mane erk. any recommendation.. Saya ke korea berdua je 11 april hingga 15 april 2016

    • Ada beberapa kawasan yang menjadi tumpuan pelancong untuk menginap.

      Antaranya, Myeongdong, Itaewon, Hongik Univ.

      Highly recommendated Myeongdong Area. ze best!!!

  3. Alhamdulillah
    Seronok sangat melancong ke Korea dgn group Expectrade.
    Banyak tempat menarik.
    Tempat bershopping pun best

    • Alhamdulillah.
      Percutian yang seronok bila kita travel dengan orang yang kita suka, melawat tempat menarik yang kita teringin lawati dan ofcourse, shopping murah dan banyak pilihan. 😀

    • Setiap bulan mempunyai keistimewaannya sendiri.
      Terpulang kepada kita pelancong ingin merasai musim apa.
      Musim sejuk, seronok dengan bermain salji, musim bunga, pemandangan cantik dengan bunga-bungaan, musim luruh, daun gugur pemandangan warna warni.
      Terpulang pada kita sebenarnya nak menikmati percutian yang bagaimana.
      Selamat bercuti.

  4. Saya akan ke seoul pd bln dis ni selama 9 hari bersama kwn2. Apa cadangan yg sebaiknya utk kami lakukan…musim apa di sana p awal dis

    • Kami ada kongsikan cadangan aktiviti yang boleh dilakukan pada awal december.
      December merupakan musim sejuk di Korea.
      Boleh cari post tentang musim sejuk di blog ini.:)

  5. xsabarnya nk pergi akan ke seoul dis. pergi dengan kawan yg mmg dah ke korea berkali-kali mungkin xsukar perjalanan disana nanti. kena rancang perjalanan betul2 kalau nk pergi banyak tempat disana..

    • Salam, Murah jika beli di Korea. Sebaiknya sediakan pakaian sesuai sekurang-kurangnya sehelai sebelum ke Korea.
      Pakaian travel juga boleh didapati dengan murah di Malaysia seperti melalui online shop dan bundle.

  6. saya nak pergi ke semua tempat di atas . hotel yang berdekatan dengan tempat di atas di mana ? saya akan pergi selama 5 hari 4 malam . saya telah menempah hotel di Fraser place namdaemun . pilihan saya ok ke ??

    • Lokasi penginapan itu sesuai. berada di pusat bandar. Boleh melawat semua tempat ini jika menetap di situ kerana sistem pengangkutan awam di Korea sangat mudah dan selesa.

  7. Salam,
    Sy dan wife plan bercuti ke korea pd 9 hingga 15 may 2016.Time tu masih ad peluang nk tgok bungga sakura n cherry blossom tak?

  8. Kami akan pergi ke sana bermula akhir bulan 7 hingga akhir bulan 8 tahun 2016. Boleh tahu musim apa pada waktu tersebut dan preparation yang perlu kami buat 🙂 Thanks

    • Bulan 7 dan 8 adalah musim panas.
      Jika melancong pada musim panas, dapat jimatkan kos dari segi persiapan pakaian kerana tidak perlu beli winter cloth atau jacket.
      Pastikan minum air secukupnya kerana musim panas di korea agak panas dan kering. Bawa juga sunglass ketika travel. 🙂

  9. Hi…I akan ke korea this Feb ni….can’t wait and hope ur pictures provided akn jd one of the source for me hehehe cuma sy xtahu mcm mana nak bargain harga sbb xtau agt bahasa korea…sikit2 jek tau. Btw…next time I bole survey u punya pakej plak 🙂

    • Bulan 3 dah masuk musim bunga di Korea.
      Suhu tidak terlalu sejuk seperti winter.
      Tapi itu tak bermakna boleh pakai tshirt sahaja untuk keluar.
      Sweater atau jacket sudah mencukupi. Bergantung pada daya ketahanan setiap individu. 🙂

  10. assalamualaikum admin,nk tanya saya akan ke korea pertengahan bulan mac.adakah patut saya bawa bekalan makanan dari malaysia?.mudah ke untuk mendapatkan makanan halal di korea?

    • Waalaikumsalam,

      Bawa bekalan makanan dari Malaysia dapat menjimatkan kos percutian.
      Kos makan di Korea agak mahal. Terutama jika pergi ke restoran halal.
      Harga makanan di restoran yang ada status ‘halal’ agak tinggi berbanding restoran tempatan.

  11. assalamualaikum..saya akan ke korea 3.3.2016-8.3.2016 ..waktu ni masih dalam musim sejuk lg ke..ada peluang x sya ke ski resort.. dan bermain salji

  12. hi…
    saya dan rakan akan ke seoul pada 24 – 29 mac 2016 dan kami akan menginap di itaewon inn. Ok ke? time tue memadai kan kalau bwk jacket biasa jer bukan winter coat kan.. nak guna suway kat sana directionnya agak2 senang hadam ke tidak.. 🙂

    10q in advance..

    • Hi,
      Kami tak pasti condition bilik di situ, tapi lokasinya tak jauh dengan subway station.
      Jacket dah okay sebab musim bunga suhu tak terlalu sejuk. 😀

  13. Salam admin,

    Saya akan ke Jeju pada 13-17 April dan bercuti di Seoul pada 17-22 April. Adakah during those period boleh tengok sakura lagi or bunga dah start gugur?

    And one more thing, kalau time malam during those period, suhu serendah 10 degree celcius ke?

  14. Baru blk dr korea bln Jan 16 aritu..tp tk puas jalan sbb anak asyik meragam je..suhu terlalu sejuk sehingge cecah – 15..So kalo sape2 plan nk bwk anak kecik pegi la time suhu tk bape nk sejuk sgt..

    • Waalaikumsalam.

      Bulan 5 di Korea adalah musim bunga.
      Suhu tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas.
      Cukup sekadar jika pakai sweater. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *